Zoho - Work. Online

Mirip Google Docs, tapi jauh lebih hebat, terperinci, jitu dan sekali lagi, hebat. Dan aplikasi online ini juga percuma! Sebenarnya agak banyak perisian yang Zoho tawarkan yang aku nak tulis di sini, tapi rasa macam misi mustahil dan memenatkan. Jadi aku akan fokus pada perisian Zoho Writer dulu, buat masa sekarang. Oh, sebelum terlupa, sebelum guna, kena daftar akaun dulu, baru boleh guna.
Tentang akaun

Pendaftaran tersangatlah mudah dan tak perlu isi banyak maklumat peribadi. Selepas daftar, satu emel pengesahan akan dihantar ke emel kita. Untuk makluman, satu akaun sudah memadai untuk kita menggunakan kesemua servis yang ditawarkan oleh Zoho, dan kita akan dapat satu laman profil, siap boleh letak gambar sendiri. =)
Tentang Zoho Writer

Kalau nak dibandingkan dengan Google Docs, antaramuka Zoho Writer lah ‘champion’nya. Sekiranya kita sudah biasa dengan perisian Microsoft Word, rasanya memang takda masalah langsung nak guna. Tapi ada beberapa fungsi yang agak mantap seperti fungsi ’share’ di mana kita boleh emelkan dokumen kita tadi kepada rakan-rakan. Sangat berguna untuk pelajar IPT waktu nak buat kerja berkumpulan. Kepada pengguna Wordpress(.com sahaja), blogger, LiveJournal dan Typepad, dokumen yang kita tulis tadi boleh di’post’kan terus sebagai entri dalam blog, cuma klik butang “Publish” dan pilih jenis blog berserta ID dan kata laluan. Amboi, mudahnya keja, haha..
Kelebihan berbanding Google Docs
Selain antara muka yang sememangnya berbeza(hampir-hampir seperti langit dengan bumi), Zoho Writer juga boleh digunakan dalam mod ‘offline’. Terima kasih kepada GoogleGears biar pun Zoho tidak ada kaitan langsung dengan Google. Selain itu, ada fungsi untuk ‘templates’, ini bukan templates blog atau sebagainya, tapi templates dokumen. Contohnya macam format surat rasmi dan sebagainya(Tapi kena taip dulu, lepas tu save as sebagai template). Itu saja yang aku dapat kesan mengenai kelebihan Zoho Writer berbanding Google Docs. Mungkin ada lagi, tapi belum jumpa la, hahaha.. =) Kalau ada yang sudi nak kongsi, beritahu la kat ruang komen.
Ada addon/entension untuk FireFox dan Internet Explorer?
Namanya Zoho QuickRead, khas untuk membuka dokumen *.doc,*.xls dan juga *.ppt. Pengguna tegar IE sila muat turun fail EXE manakala pengguna FireFox yang sopan santun sila ambil addon di laman web Mozilla. =)
Kepada para developer
Khas untuk para developer, jikalau ada masa terluang atau ingin menaburkan jasa anda, silalah bermain-main dengan API Zoho. Tapi sila dapatkan dahulu API ‘key’nya.
Ayat penutup
Apa-apa pun, sememangnya kita mempunyai alternatif selain Google Docs. Tapi seperti biasa, perkara ni bergantung kepada citarasa masing-masing. Tak dinafikan antaramuka Google Docs sangat simple, tapi tak dinafikan juga yang Zoho mempunyai lebih banyak aplikasi dan fungsi yang lebih terperinci. Jadi, tepuk dada, tanya selera! Peace!
jolife74 (#)
December 29th, 2007
Sepp, info yang sangat bagus……segera melucur ke sana
megat (#)
December 29th, 2007
Pernah tulis entri mengenainya tapi sudah di blog lama. Nampak gaya ZOHO semakin interesting!
Noorizam Shah (#)
December 29th, 2007
mantap review nih bat… akan ku applikasi segala meteor-meteor zoho ini dalam blog aku.. ohoho
thenthang (#)
December 29th, 2007
menarik!!…mmg sesuai tuk student macm aku…;)
aman (#)
December 29th, 2007
dah takde guna lagi microsoft office..haha
azraai (#)
December 29th, 2007
weh ada margin control tak.
afham (#)
December 30th, 2007
mic office lebih friendly..
ramai orang pakai!!
hohoho
chah_el (#)
December 30th, 2007
erm…at least user ader choice nak gune salah mane2 software or freeware.Zaman skang lagi ramai yang suke benda percume…
naem (#)
December 30th, 2007
bukan sekadar meteor2 zoho yang boleh diaplikasikan, siap ekor komet zoho pun ku ekori..Hohoho..
thanks untuk info ni.. tak pernah pun tahu. Ni dah tahu, nak kodek2 la plak rasanya.
zaki blogjer (#)
December 30th, 2007
Compatible tak dengan office 2007?
sis (#)
December 30th, 2007
bat….macam ner sis nak ctc bat..email???
yonna (#)
December 30th, 2007
salam bat..lol..ni ke web nye :p ngee..
sorry ya..
really x penah masuk..
err..
mane msjbox??
huhu..
Bat (#)
December 31st, 2007
ada, kat bawah menu tu.
Bat (#)
December 31st, 2007
@Sis dan @Yonna: Dah kasi emel ngan url tadi =) Owh, msjbox takda sebab tak daftar, huhu..
Azhar Ahmad (#)
December 31st, 2007
Oh oh, best niiiii
reezluv (#)
January 1st, 2008
apa yang aku suka tang ZOHO ni adalah..logo nya yang cantik..hehe