Blog / Arkib / YouthSays beta - Bukan sekadar survey

YouthSays beta - Bukan sekadar survey


Satu lagi projek kolaborasi Encik Khailee Ng. Kali ini beliau bersama dengan Joel Neoh untuk membangunkan YouthSays. Sebelum ini, infomalaya pernah membuat ulasan tentang BunchOut iaitu salah satu sentuhan Khailee Ng juga.

Apa itu YouthSays?

Berdasarkan info dari laman rasmi mereka dan ini, boleh disimpulkan bahawa YouthSays adalah komuniti untuk remaja meluahkan pendapat masing-masing dalam bentuk survey yang dijalankan. Yang paling menarik, setiap survey yang dijawab akan dibayar. Survey berbayar sememangnya telah lama dipraktikkan di dunia realiti, tapi di dunia siber Malaysia, ini pengalaman aku yang pertama. Dengar khabarnya, mereka sedang menawarkan RM50,000 untuk 25,000 remaja. Err, aku dah daftar, tapi emel pengesahan belum sampai.


Bukan sekadar survey!

Dengan menjadi ahli, selain mendapat wang selepas menjawab survey, para ahli juga layak untuk turut serta dalam forum mereka yang dinamakan Youth Council.

Lagi?
Hanya mereka yang berumur 35 tahun ke bawah sahaja yang layak memohon untuk menjadi ahli. Pendaftaran adalah percuma dan mudah. Borang pendaftaran juga sangat interaktif dan menarik. tahniah kepada pembangun laman web berkenaan. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh lihat laman FAQ mereka.

Sekian sari berita penting untuk hari ini.



7 respon untuk entri “YouthSays beta - Bukan sekadar survey”

  1. novatech (#)

    We’ve got RM50,000 to give out to 25,000 youths! ??

    2 ringgit sorang ke? hahahah hahahah hahhaha ahhahaha ahahha!!
    aku dah umur 35 ni,takleh join ar.. kasi adik adik aku join je lah


  2. Wizurai (#)

    tang part nak masuk nombor i/c ni yg aku kurang berkenan… terus cancel daftar…


  3. cencorot_91 (#)

    35 tahun ke atas??
    x jadi lah..


  4. [...] else blogging this? :- Mijoo, Infomalaya, Uzairubiah, William soo addthis_url = [...]


  5. Junaidix (#)

    aku rasa diaorang wat program ni macam get paid for survey nyer konsep :D hehe..


  6. Bat (#)

    @novatech: eh, tuanya encik novatech, muahahaha…

    @Wizurai: aha, point yang menarik, kenapa memerlukan nombor IC lak kan? Apa-apa pun, sampai sekarang aku belum terima emel pengesahan akaun lagi..

    @Cencorot: 35 tahun ke bawah la, huhu..

    @Junaidix: aha, aku pun rasa camtu..


  7. mohdfaizalrasid (#)

    mmg la konsepnya get paid for survey pun. tp meyakinkan sebab dirang ada no telepon dan alamat. insyaAllah x tipu la. anyway diorang mintak nombor IC coz nk guna masa nak bagi cek biler nak bayar kat kita la. lagi pun nak komfem kan umur member bawah 35 tahun. tapi tak tau la bila dah sampai banyak mana baru diorang nak bayar. tapi setakat ni aku dah dapat RM4.00… mmg ntah biler la br dpt duit tu. tp x pe la. just enjoy it and make profit of it. bkn kena bayar pun. pasal isu IC, setau aku skang penipuan guna IC org lain dah xde. lain la kalau dia ada salinan IC kita. tu lain la. kalau dia tau no IC kita bkn dia bleh buat apa pun.
    bat, aku dah dapat Philips Stereo Headset SHP2700 dr point yg aku kumpul kat http://www.youthmalaysia.com/ .memang best. cuma lawat website yg diorang hotspot pas tu jawap kuiz. btul dapat 10@20 points. kalau salah boleh cuba lagi sampai betul. pas tu kalau dah cukup point bleh redeem hadiah. nk redeem kena telefon diorang seperti dinyatakan. cuma agak susah la sebab kena amik kat tempat diorang di Subang Jaya. hadiah-hadiahnya memang seseuai dengan remaja. contohnya headset yg aku dapat mmg cool. dah la harganya lebih kurang rm90. dah la cuma 2000 points je. kalau realreward, 2000points dapat la tuala je kot. dah tu nak kumpul points pun RM1 = 1 point. haha… berbaloi sangat. ada skateboard, tshirt echopark etc. aku bkn la nk jd spokeperson diorang. just nk kongsi maklumat. selamat mencuba!
    eh banyaknya komen aku. macam antar artikel lak. haha…


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen

Arkib InfoMalaya

Mengikut Kategori


Mengikut Bulan

Atau, mengikut kata kunci:

Tentang InfoMalaya

Masukkan emel untuk melanggan RSS infomalaya:

Dibawakan oleh FeedBurner