WWW dan Perkembangannya!
OK. Mari kita lihat pengetahuan anda tentang World Wide Web?
- Pada tahun berapakah WWW diperkenalkan. WWW diperkenal oleh siapa dan dimana?
- HTML diangkat menjadi piawai Internet pada tahun?
- Apa itu Semantic Web?
- Apakah Web Server pertama di dunia? Tips: Apple rulez!
- Web 2.0, satu piawai Internet atau Strategi Pemasaran?
- Internet Society berfungsi sebagai apa?
- IETF adalah singkatan kepada?
- Antara ATOM, RSS, dan RDF yang mana bukan piawai W3C mahupun IETF?
- Antara ‘C’ dan ‘PHP, yang mana bahasa pengaturancaraan yang sebenar? Kedua-duanya digunakan untuk membangunkan aplikasi WWW.
- Yahoo bermaksud?
Tiada hadiah untuk siapa yang dapat menjawab kesemuanya sekali! Congak pengetahuan anda sahaja. Tiada wikipedia mahupun Google untuk menjawab.
Bat (#)
December 18th, 2007
* Pada tahun berapakah WWW diperkenalkan. WWW diperkenal oleh siapa dan dimana?
Tim Berner Lee, tahun tak ingat wei..
* HTML diangkat menjadi piawai Internet pada tahun?
1996 kut!
* Apa itu Semantic Web?
Penggunaan nama ID dan class yang bermakna/dapat difahami oleh manusia.
* Apakah Web Server pertama di dunia? Tips: Apple rulez!
Apple? Macintosh kut?huhu..
* Web 2.0, satu piawai Internet atau Strategi Pemasaran?
Buzz! strategi pemasaran ja aku rasa.
* Internet Society berfungsi sebagai apa?
Pemangkin dan educator untuk memastikan web menajdi tempat yg lebih baik.
* IETF adalah singkatan kepada?
Arghh!! Taktau!
* Antara ATOM, RSS, dan RDF yang mana bukan piawai W3C mahupun IETF?
RSS!
* Antara ‘C’ dan ‘PHP, yang mana bahasa pengaturancaraan yang sebenar? Kedua-duanya digunakan untuk membangunkan aplikasi http://WWW.
Aku rasa C.
* Yahoo bermaksud?
Gembira!
Teet! Masa tamat! Susah gila soalan!
afham (#)
December 18th, 2007
ceh!!
Clakak nye Bat..
die tanye die jawab!!
Mohd Ismail (#)
December 18th, 2007
post ni bukan Bat tulis, ini tulisan Azraai..
*kene letak gambar author la pulak lepas ni kat setiap post*
ha ha
azraai (#)
December 18th, 2007
yer. yer gambar author lepas ni. info malaya edisi januari
Bat (#)
December 18th, 2007
Apa salah aku wei? hahaha…Mael, gambar tu dalam perancangan, aku amik idea dari a list apart. Tunggu tau!
shutterspeaks (#)
December 19th, 2007
IMHO, Mac OSX being direct descendant to NeXTStep does not make apple rules
Infomalaya terlau sinonim dgn bat infomalaya hehehe… aku pun mula kompius bl bat jawab dulu
azraai (#)
December 19th, 2007
Still. Steve Jobs is great!
shutterspeaks (#)
December 19th, 2007
yupp.. he is, in so many ways hehe…
megat (#)
December 19th, 2007
wakaka memang konpius pun. kena lakukan sesuatu nampak gayanya uhuhu
vangardx (#)
December 19th, 2007
org kadang2 tak perasan sape author dia..sebab icon tu kecik sgt le..

by the way utk soalan2 diatas..er..aku pening2 ini kalau kuar exam mau extend lagi satu sem nie
Bat (#)
December 19th, 2007
huhu..sori la hayat, aku ingat hangpa semua perasan, haha..Lepas ni aku letak gambar kat hujung setiap entri, ngeh ngeh!
Bat (#)
December 19th, 2007
Ya ya, ni apa ni tak jawab soalan? haha..Mengelat ek?
p/s: nanti ada gambar penulis, tunggu!
Bat (#)
December 19th, 2007
Haha, tu la sapa suruh tak studi, kekekeke…Melawak ja vangardx..
Soalan-soalan camni la yang selalu kita tinggalkan, nasib baik Azraai tanya, kalau tak mesti aku taktau apa itu IETF ngan maksud yahoo!
Azhar Ahmad (#)
December 25th, 2007
Pada tahun berapakah WWW diperkenalkan. WWW diperkenal oleh siapa dan dimana?
–> 1989, Tim Berners di Geneva Swiss
HTML diangkat menjadi piawai Internet pada tahun?
–> Ini paling menarik, tahun 2000 beb
Apa itu Semantic Web?
–> Bat dah jawab
Apakah Web Server pertama di dunia? Tips: Apple rulez!
–> NeXT (rasanya, pas Steve Jobs kuar dari Apple)
Web 2.0, satu piawai Internet atau Strategi Pemasaran?
–> Berdasarkan World Electronic Media Forum 3, December 2007 (saya hadir), ia mengikut penggunaannya… Maksudnya, kedua-duanya adalah ya…
Internet Society berfungsi sebagai apa?
–> Kawal penggunaan internet kottt
IETF adalah singkatan kepada?
–> Internet Engineering Task Force, nak buat standard internet
Antara ATOM, RSS, dan RDF yang mana bukan piawai W3C mahupun IETF?
–> Tak tahu pula… Hummm, kena wiki nihhh
Antara ‘C’ dan ‘PHP, yang mana bahasa pengaturancaraan yang sebenar?
–> C, PHP adalah Preprocessing Hyper Text… naaaa, kan ada beza tuh…
Kedua-duanya digunakan untuk membangunkan aplikasi http://WWW.
Yahoo bermaksud?
–> Yet Another Hierarchical Officious Oracle
Bat (#)
December 25th, 2007
Dasatnya kamu Azhar, banyak yg tahu..