Wordpress MU
Wordpress dengan bangganya telah menjadi hakmilik MU, iaitu Gergasi kelab bola sepak Eropah, Manchester United. Sekian berita utama.
Err.. harap maaf, saya ulangi Wordpress MU merupakan ringkasan daripada Wordpress Multi User. Ini bermakna anda boleh mencipta blog baru seberapa banyak anda suka. Seperti yang digunakan di wordpress.com. Memang sesuai untuk dijadikan rangkaian blog (Blog Network), blog percuma dan bermacam lagi. Sekarang kita ikuti liputan ringkas dari wordpress MU :
Semasa proses install anda boleh memilih subdomain atau subdirektori. Begitu mudah bukan?
Seterusnya anda boleh masukkan database, anda perlu create database anda terlebih dahulu.
Anda hanya perlu memasukkan server address sama ada root direktori atau subdomain.
Setelah selesai install beginilah muka hadapan dashboard admin. Klik gambar untuk lebih besar.
Anda boleh setkan kapasiti storan sesebuah blog, file apa yang dibenarkan untuk dimuat-naik dan beberapa lagi fungsi menarik. Cukup mudah, semua jelas dan terang. Untuk fungsi atau maklumat lanjut bolehlah berkunjung ke laman Wordpress MU.
Kepada sukarela yang ingin memberi blog percuma atau berbayar, inilah masanya! hehe. Sebab pendaftaran adalah secara automatik, lihat sini.
Installation info :
- Apache version :1.3.37 (Unix)
- PHP version : 5.2.3
- MySQL version : 4.1.22-standard
- Operating system : Linux
Sekian laporan berita ringkas dari arynet untuk InfoMalaya, Salam sejahtera.
shutterspeaks (#)
September 5th, 2007
utk bat,
takziah atas pemergian nenek ke rahmatullah. moga rohnya dicucuri rahmatnya. al-fatihah.
Mohd Huzairy (#)
September 5th, 2007
Huhu..tenkiu Shutterspeaks..Lama tak nampak hang, mesti bz nih..
Mohd Huzairy (#)
September 5th, 2007
Ary, kalau kita guna WP MU nih, setiap blog yang dibuat, dia akan guna database baru atau dia cuma buat table sahaja?
Aku berminat nak buat, tapi sebab hosting yang guna sekarang limit database cuma sampai 50 sahaja..huhu
naem (#)
September 5th, 2007
erm..menarik ni..memang nak mencuba juga…takyah nak buat banyak sub folder dalam directory
azraai (#)
September 5th, 2007
tak add database atau table baru. dia add row dan ada satu column extra pada table untuk blog id. WP_query dia pun lain sket.
Apa Pendapat Anda? USD$2746.56 Ogos 2007 - Diari Adsense.com (#)
September 5th, 2007
[...] saya fikir nak buat blog macam ramzan fikirkan, kebetulan pula bat info Malaya ada ceritakan di blog beliau. Masih [...]
Mohd Ismail (#)
September 5th, 2007
ini bukan idea songsang atau apa… tapi, sesuatu yang boleh di’praktikkan sebagai Black Hat SEO…
1. Beli satu hosting yang sederhana besar e.g. 1GB space/5GB B/width
2. Install WP MU
3. Bina 5-10 blog setiap hari dan link’kan antara satu sama lain.
4. Untuk sebulan, kau akan ada 150-300 blog yang akan mempunyai Pagerank 3 dengan senang. *Wujud lg ke Google Pagerank ni?*
5. Untuk jangkamasa yang panjang, kau akan bisa generate duit dengan mudah.. ha ha.
Nahh. Aku tahu hati kau kata aku memang jahat, but believe me, somebody will do exactly the same as what I say here. La la laaaa.
chot (#)
September 5th, 2007
xsia2 aku sokong MU…miahaaaa
Ahmad Uzair (#)
September 5th, 2007
Aku ingat betul betul MU beli..
arynet (#)
September 6th, 2007
yap.. buat serabut ada folder bnyk2.. hehe
arynet (#)
September 6th, 2007
haha.. sah ada org akan buat.. tgk ja nanti..
arynet (#)
September 6th, 2007
musuh ni.. hidup chelsea.. hehe..
arynet (#)
September 6th, 2007
jangan kita terpedaya.. kesilapan teknikal.. hehe..
shutterspeaks (#)
September 6th, 2007
aku tak sihat dah dekat seminggu. ujung minggu lps plak aku g langkawi, tu la pasainya heheh….
azraai (#)
September 6th, 2007
cis. apa pasal ko pergi komen pasal mende ni.
baru nak buat.
am (#)
September 7th, 2007
bat apa beza wpmu dengan wpmassinstaller..?
Wizurai (#)
September 7th, 2007
nak buat duit cara camni aku rasa ramai yg buat…
Aviator (#)
September 8th, 2007
WordPress MU direkabentuk untuk menampung berbilang pengguna. Bagi sesiapa yang hanya mahu menjalankan lebih daripada satu blog persendirian dalam satu website dengan hanya satu installation, cuba http://www.mertner.com/allan/index.php?p=15
hafreze (#)
September 8th, 2007
tpkan..klu dlm hosting yg sama, google still consider sume website as dr IP yg sama kan..psl aku ingat dlu..aku pn nk wat cmnie gak..alih2 pak lang aku kata..cam tk effect pn..psl still dikire internal link..since dr IP yg sama..aku rs laa..btul ke tk..tk tau lerr
flisterz (#)
September 9th, 2007
bile aku nk install die, die tulis
“No WPMU site defined on this host. If you are the owner of this site, please check Debugging WPMU for further assistance.”
bagaimanakah?
Sultan hunt-nief (#)
September 9th, 2007
mntak maap tnye ckit..
aku dah install WPMU..selesai..dah ikut arah die dah..dan nie hasilnye..
mase nak log in admin tuh, ape username die ekk..?? x der pon isi mase installation tuh..
plzz help me..
arynet (#)
September 10th, 2007
mungkin masalah server atau anda telah melakukan kesilapan sewaktu install wpmu ni.. ary install x ada masalah pulak.. mungkin boleh masuk forum wp-mu..
arynet (#)
September 10th, 2007
owh.. x ksiah bertanya, username dia ‘admin’, ada dimaklumkan setelah selesai semuanya..
Qaiyum (#)
September 10th, 2007
Aa.. Aku Baru Beli Jersey MU Kat Pengkalan Kubor Smalam.
Eh! Cam Takde Kaitan Pun Aku Citer. Tapi MU Tetap Best. Huahua..
omaQ (#)
September 12th, 2007
idup MU!!! Mohd Umar a.k.a OmaQ
http://www.omaQ.org
Wordpress MU | All Rss Feed (#)
September 25th, 2007
[...] arynet Filed under Review, Pembangunan Web by arynet Permalink • Print • Email [...]
adib (#)
November 10th, 2007
sori kalau salah topik, tapi nak tanya: wpmu dalam bahasa melayu dah ada tak?
kita (#)
December 1st, 2007
i try install n sajer jer nak testing tapi hasil macam u jugak..macam mana un atasi masalah ini..adakah sebab-sebah hosting kita?
kita (#)
December 1st, 2007
kalau keluar mesej ni apa masalah erk…i kurang faham aaa
Problem in wp-config.php - $base is set to BASE when it should be the path like “/” or “/blogs/”! Please fix it!
kita (#)
December 4th, 2007
saya telah berjaya install tapi timbul pulak satu masalah..bila user nak activate akaun tak dapat