Arkib

Melihatkan tajuk di atas, saya meletakkan ‘.’ sebelum perkataan Windows 7 bukanlah niat main letak tetapi sebagai simbol muktamad atau full stop bahawa nama Windows pengganti Vista yang bakal dikeluarkan pada awal 2010 ialah Windows 7!. Sama seperti kod nama a.k.a. codename 7 yang diberi oleh para jurutera Microsoft, pihak Microsoft semalam mengesahkan Windows seterusnya yang bakal meneruskan penguasaan Vista itu akan dipanggil Windows 7.

And, as you probably know, since we began development of the next version of the Windows client operating system we have been referring to it by a codename, “Windows 7″. But now is a good time to announce that we’ve decided to officially call the next version of Windows, “Windows 7″.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan komuniti blogger nampak tidak senang dengan nama tersebut,mereka mendakwa sepatutnya sistem pengoperasian tersebut patut diberi angka 6 sekurang-kurangya berdasarkan turutan pengiraan OS terdahulu. Penjelasan pihak Microsoft tentang pemberian nama 7.

Ya, mungkin terlalu lambat bagi anda menunggu sehingga awal 2010 untuk melihat rupa sebenar Windows 7 tersebut dan kebanyakan artikel yang ditulis hanya menunjukkan screen-shot Windows 7. Bagi yang tak sabar menanti, apakata anda muat-turun dan install sendiri Windows 7 Transformation Pack atau Windows 7 Theme untuk melihat dan merasai sendiri interface Windows 7 yang saya kira ‘lebih kurang’ interface Vista.

p/s: Baru-baru ini Windows 7 BETA Build 6519 telah pun ‘leaked’ di laman web ThePirateBay.

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh awqi_zar

Laman web penulis : http://www.asblogger.com

Saban hari suka melepak di GMail dan GReader. Selalu bookmark laman Web2.0 dan juga web apps di diigo.com dan delicious.com . Juga suka submit article yang difikirkan menarik ke laman mixx.com. Rajin juga update status di twitter.com.

Sudah ada 6 respon untuk entri “.Windows 7”

  1. Komen dari kita · October 16, 2008 @ 4:01 pm

    ermmm….patut kena keluarkan lebih awal kerana ramai beranggapan vista seperti windows me

  2. Komen dari aman · October 16, 2008 @ 7:30 pm

    @kita: biar lambat, janji menepati citarasa pengguna. huhu. better tunggu ubuntu 8.10 yang akan kuar 13 hari lagi.

  3. Komen dari Bat · October 16, 2008 @ 11:09 pm

    Sampai sekarang aku tak pernah lagi pasang vista. Tapi windows xp sangat user-friendly, bagi aku la. Linux?ubuntu? Ntah, macam susah skit untuk pengguna baru.

    Tapi tak sabar nak tunggu ubuntu 8.10, hehe.. =)

  4. Komen dari bird · October 17, 2008 @ 10:09 am

    haha…vista lawak giler, nak wt file operation pun slow giler.

    mmm…hope yg win7 ni:
    - x buggy
    - x slow
    - compatible dgn pelbagai device, out-of-box
    - simple

    tp mungkin dalam mimpi je kot. kebelakangan ni Microsoft kuat merapu, even Steve Balmer pun nk kutuk2 OS lain (Android, etc etc) in defense of operating system Microsoft sendiri. belum kira kmpen2 ntahape2 mcm Mojave Experiment dan kempen iklan terbaru (yg sememangnya iklan yg bukan iklan). sume makan juta2 tp xde perubahan pada produk tu sendiri.

    skepticism aside, saya tunggu win7 kuar dulu dan tengok macam mana. mungkin tunggu service pack nombor brape ntah dulu la baru le install.

  5. Pingback dari IzoBlog- Ikatilah ilmu dengan menuliskannya » Windows 7 · November 4, 2008 @ 10:01 pm

    [...] Baca lebih lanjut berkenaan Windows 7: Windows 7 – Wikipedia Windows 7 Selepas Vista Nama Windows 7 Di Gunakan Secara Rasmi InfoMalaya -Windows 7 [...]

  6. Pingback dari Windows 7 « Dupahang’s Weblog · November 6, 2008 @ 9:33 am

    [...] Baca lebih lanjut berkenaan Windows 7: Windows 7 – Wikipedia Windows 7 Selepas Vista Nama Windows 7 Di Gunakan Secara Rasmi InfoMalaya -Windows 7 [...]

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.


Pengumuman Terkini

Tema InfoMalaya dot com versi 10 tidak dapat digunakan lagi kerana terdapat banyak masalah teknikal. Hal ini sedang diuruskan oleh pihak kami, dan segala pemberitahuan akan diumumkan kelak. Sementara itu, sila semak halaman facebook kami untuk bersosial.


  • Log masuk


  • Pautan Komuniti (?)

    Lihat arkib pautan komuniti »