Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / USD$45 billion untuk Yahoo!

USD$45 billion untuk Yahoo!

Yahoo + Microsoft

Berita yang menyerang segala pelusuk media massa di Amerika Syarikat malam tadi. Ini adalah mitos pada April 2007 tetapi kenyataan hari ini. Microsoft telah menawarkan USD45 billion untuk membeli Yahoo! yang dalam keadaan meruncing untuk kembali sebagai pesaing dalam industri internet hari ini. Microsoft telah diwar-warkan untuk membeli Yahoo pada 2007 pada saat Windows Live Messenger dan Yahoo Messenger diintergrasikan tetapi tidak menjadi kenyataan apabila Lembaga Pengarah Yahoo melakukan perubahan dalam pentadbran Yahoo! dengna menlantik pengasasnya Jerry Yang sebagai Ketua Pegawai Esekutif yang baru.

Yahoo pada awal penubuhannya yang di era pertama ‘dot com bubble’ menampakan satu anjakan paradigma terhadap kehidupan manusia dengan memulakan berbagai servis internet tetapi mula kehilangan momentum apabila Google muncul sebagai kuasa besar internet dengan produk-produk yang simple dan mudah digunakan untuk mengetepikan segala produk-produk dan servis Yahoo!

Respon dari pihak Yahoo! pula memberi jawapan sedang melakukan penyelidikan ke atas identiti Yahoo sekiranya penggabungan ini berlaku bagi memastikan Yahoo! menjadi syarikat bebas dan bukan diintergrasikan ke dalam Windows Live!

Silicon Alley Insider juga melaporkan akan ada satu lagi tawaran pengambilalihan dari sebuah firma pelaburan di New York dalam beberapa hari lagi. Apa yang pasti sekiranya penggabungan ini berlaku Google pasti meghadapai saingan sengit!



17 respon untuk entri “USD$45 billion untuk Yahoo!”

  1. Fahmishah (#)

    aku rasa memang mencipta sejarah dunia lah jika yahoo setuju.aku x sabar nak tahu keputusan.


  2. aman (#)

    dah dua tahun..tak jadi jadi gak…haha


  3. top0 (#)

    bro bukan USD$45 billion ke??? gila kentang


  4. Hasbullah Pit (#)

    Sun Beli MySQL 1 bilion, takkan Microsoft nak beli Yahoo tak sampai setengah juta.


  5. Ariff Azraai (#)

    dah betulkan. salah kira decimal point.


  6. Azhar Ahmad (#)

    Hummmm…. mampukah Yahoo menentang Google?


  7. Tech Geek (#)

    $44.6 billion bro, bukan 45 juta.


  8. Hasbullah Pit (#)

    eh bilion


  9. Wizurai (#)

    aku tak rasa Yahoo nak jual saham tu… huhuhu…


  10. syia (#)

    kenape tak nak jual ye?

    sebab kalau syia baca dekat Paul Stamatiou.com cam Yahoo ni ada probs je


  11. azraai (#)

    ada probs tak semestinya boleh jual.

    kena paham maksud ‘turnaround’ ni.


  12. aman (#)

    huhu…pengguna flickr pun dah banyak upload gambar tanda protes supaya Yahoo! tidak dijual kepada Microsoft…huhu


  13. allsunday (#)

    em…apa kena mengena dgn diri kita kalo betui pun depa nak beli?…kita takat tu lah juga kan?haha melainkan ada apa2 yg mereka boleh ’sumbangkan’ utk kita.aku rasa la kita punya ramai celik it yg bagus2 tp masalahnya kita suka tiru orang dan masalah paling besar ialah kita cepat sgt kagum ngan orang lain.aku ckp nie bukannya nak kutuk sesapa tapi cuba kita ambil contoh mudah.bolasepak.sbb terlalu kagum dgn thailand dan indonesia, kita slalunya kalah dgn depa.tu blm lagi cerita bab slangor amik eli aiboy balik walhal dulu pukul canang xnak amik pemain import dah…haha sory terbabas.
    apa2 pun kita xperlu kagum sgt dgn dunia luar.orang cakap pandang boleh, kagum jgn.amik suma benda tu sbgai cabaran.ok!


  14. Qaiyum (#)

    Apapun Diharapkan Pengguna Akan Untung. Dan Yahoo! Ini Tidak Akan Di’bisnes’kan Sesuka Hati Oleh Microsoft. Power To The People..


  15. melayubuntu (#)

    microsoft amik kesempatan coz yahoo alami penurunan keuntungan dan terpaksa buang 1000 pekerja..
    meletakkan semua syarikat dibawh satu payung iaitu microsoft adalah satu fenomena tidak sihat sbb yg akan mengawal kesemuanya skali tentulah microsoft…macam media prima yang kontrol tv3,7,8,9…smua berita di kontrol supaya bertepatan dgn kehendak media prima dan hasilnya tiada satu pun yg benar2 independant..hampeh! MIcrosoft tanpa bill gates semakin sucks!!


  16. fazlee (#)

    hari tu bat ada cakap nak beli Yahoo!, nampak gayanya tak sempat la… micro$oft nak beli dulu… hahaha


  17. Alvin Nyau (#)

    Saya rasa yahoo ada rancangan sendirinya di belakang. Microsoft juga memang handal lah…


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen