Usahasama antara InfoMalaya dan Demoplanet.tv!

Baru-baru ini, termeterailah satu usahasama di antara pihak InfoMalaya dan Demoplanet.tv di mana InfoMalaya menjadi rakan media rasmi( Official Media Partner) Demoplanet.tv.
Laman web Demoplanet.tv adalah salah satu laman web di negara kita yang berkonsepkan TV dalam Internet. Slogan Demoplanet iaitu “Demoing Everyone’s materials online” menunjukkan objektif mereka iaitu ingin berkongsi bahan yang berbentuk ilmiah dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.
“DEMOPLANET.TV telah ditunaskan berdasarkan satu kefahaman yang mudah; setiap orang harus mendapat akses kepada internet sebagai kaedah untuk pembelajaran dan merungkai kekayaan ilmu yang tak berbatasan di alam raya ini. Tim demoplanet.tv berusaha untuk membawakan yang terbaik dari aplikasi internet agar ianya tidak menjadi asing dan menggerunkan, Sebaliknya ianya haruslah dilihat sebagai sahabat yang memudahkan untuk menjalin persahabatan lintas sempadan, berkongsi ilmu sebagai milik bersama dan sebagai satu-satunya kaedah menjembatani jurang social ke arah mempromosi toleransi sebagai jalan menuju damai. Dengan naluri inilah demoplanet.tv menyeru satu dan semua untuk bersama dalam apa yang dilihat akan mempengaruhi dunia ini menjadi tempat yang lebih baik untuk didiami. Sebagaimana pepatah berbunyi; ketakutan pada apa yang tidak diketahui itu adalah ketakutan yang paling besar, jadi mari kita bersatu hati membasmi sama sekali ketakutan yang telah menghantui kita selama berkurun lamanya ini dan menggantinya dengan dunia yang mampu bukan sahaja membela dirinya sendiri tetapi generasi mendatang. Lagipun kehidupan itu pendek, hiduplah dengan gembira, bermanfaat dan bebas.”- Demoplanet.tv
Sehubungan itu, InfoMalaya akan bersama-sama dengan pihak Demoplanet.tv untuk menjadikan internet sebagai satu tempat berkongsi ilmu dan bahan yang berguna dan bermanfaat. Apalah gunanya ilmu kalau tak diamal dan disebarkan…Betul tak?
Namun, tugas yang bakal dipikul oleh kami terlalu berat iaitu ingin menjadikan rakyat Malaysia celik komputer dan suka berkongsi ilmu pengetahuan. Jadi kami memerlukan pertolongan anda iaitu rakyat Malaysia untuk turut serta dalam usaha ini.
Diharap dengan sokongan anda, kita akan melihat lebih ramai rakyat negara kita akan menjadi lebih cekap dan optimis ketika menggunakan komputer dan internet.
Dah tentu kita tak nak rakyat negara kita menjadi mundur dan golongan yang buta IT dan takutkan teknologi bertambah…
Jadi marilah semua, buka minda anda, dan fikirkan apa yang terbaik untuk Malaysia kita… ![]()
tech-scope (#)
September 12th, 2006
tahniah. selamat berbakti dan memperkembangkan servis anda. Ilmu komputer akan menjadi sia2 jika tidak diajarkan.
wantranz (#)
September 12th, 2006
Asalamualaikum…ok batt best mantap…yaaa kita kat sini jugak akan angkat mertabat infomalaya setinggi2 yg boleh….ok ttg lbanner utk info malaya tu hari khamis ni kami akan masukan kat demoplanet.tv sebaris ngan lagendarock n duniasearch.com…..kita jumpa sabtu ni ok
demoplanet.tv
wantranz
BlackSun (#)
September 12th, 2006
Alhamdulillah … apa yang di impikan oleh saudara bat membuahkan hasil yang membanggakan .. syabas bat kerana usama murni mu itu .. daku akan menyokong mu dari belakang ,depan kiri dan kanan.. selebihnye terserah pada yang atas .. Amin …
Fahmishah (#)
September 12th, 2006
wow!..satu usaha yang murni..web TV tu pon besh !
Bat (#)
September 13th, 2006
Assalamualaikum semua..sori sebab dah takleh online hari2..modem kat library terbakar da..hehehe..InsyaAllah kami(aku ngan Yazid) akan cuba sedaya upaya kami untuk memantapkan blog ni dan cuba memuaskan semua pengunjung dan membantu pihak demoplanet.tv..hehehe..
aman (#)
September 13th, 2006
huhuhu…ade project gak..
info_malaya (#)
September 13th, 2006
Aah..rezeki..
Faizal (#)
September 14th, 2006
Apesal Takde tv pun kat demoplanet.tv tak jumpa pun tempat nak klik?
skylinez (#)
September 14th, 2006
ada laaa tempat nak klik tu… tapi bukan nye tgk tv mcm kat umah tuu.. dia ada bahagian2. mcm movie, lagu.. dalm bentuk video clip.. try explore lagi….
corallinkz (#)
October 8th, 2006
tahniah…
moga2 bertambah mau lepas nie..