Umat Islam dijangka puasa 24 September
Herm…sekarang ni dah dekat Ramadhan..
Ni aku dapat masa surf website Berita Harian hari ni..
GEORGETOWN: Umat Islam di seluruh negara dijangka mula berpuasa pada 24 September ini dan menyambut Aidilfitri pada 24 Oktober, selepas genap 30 hari mengerjakan ibadat puasa.Pembantu Penyelidik Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia (USM), Jamil Zakaria, berkata anak bulan Ramadan tidak memenuhi kriteria boleh nampak (Imkanur rukyah) pada petang Jumaat 22 September ini bersamaan 29 Syaaban.ÂTidak memenuhi kriteria yang dimaksudkan itu ialah umur bulan kurang lapan jam kerana ijtimak belum berlaku.
“Kriteria bagi melihat anak bulan ialah berdasarkan jarak lengkung dan ketinggian anak bulan serta umur anak bulan. Selalunya ketinggian ialah dua darjah, manakala jarak lengkung ialah tiga darjah,†katanya kepada Berita Harian, di sini.
Pada kedudukan bulan memenuhi kriteria boleh nampak, permulaan puasa iaitu 1 Ramadan 1427 Hijrah dijangka pada Ahad, 24 September 2006.
Berikutan itu, umat Islam juga dijangka berpuasa 30 hari dan menyambut Aidilfitri pada 24 Oktober 2006.
“Keadaan sama dijangka berlaku apabila melihat anak bulan Syawal pada 22 Oktober (petang melihat anak bulan) dengan anak bulan juga tidak memenuhi kriteria boleh nampak,†katanya.
Bagaimanapun katanya, tarikh sebenar berpuas dan Aidilfitri tertakluk sepenuhnya kepada pengumuman dibuat pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
BlackSun (#)
September 15th, 2006
Selamat menyambut kedatangan Ramadhan untuk kali ini … InsyaAllah ..
puasa tau .. jangan tak puasa ..