Transcending CSS - Siri 7
Akhirnya, sampailah kita ke penghujung artikel Transcending CSS ni, lambat betul nak habis kan? ^_^ Dan, prinsip terakhirnya ialah berkongsi dan berkolaborasi pengetahuan kita tentang CSS dengan orang lain. Itu saja, nampak mudah tetapi membawa maksud yang mendalam. Walaupun CSS ni ramai yang tahu, tetapi penggunaannya boleh dipertingkatkan, dioptimakan dan digunakan secara lebih meluas lagi. Dan sampai sekarang, rasanya masih banyak teknik dan pendekatan yang masih belum diterokai di dalam CSS itu sendiri.
Pada pandangan aku, CSS dapat menjadikan kita kreatif ketika membangunkan sesebuah laman web. Kerana kita akan cuba menyelesaikan masalah (Problem solving; Istilah dalam programming), dan kita akan cuba selesaikan masalah tu dengan mengeluarkan atau mencari kaedah-kaedah yang berkesan dan kreatif. Dan, sekiranya kita berjaya memikirkan kaedah yang dapat menyelesaikan masalah kita tadi, jangan lupa kongsikan di dalam blog atau web. Sebabnya, mungkin teknik tu masih ada kekurangan, dan ini membolehkan programmer lain membantu kita untuk memantapkan lagi kaedah kita tu.
K alau pun kaedah kita tu benar-benar mantap, jangan simpan beb, kongsikan dengan orang lain yang memerlukan. Sebab benda ni ilmu, jadi ianya tidak akan luak langsung malah mendatangkan kebaikan kepada kita sendiri. Faham kan? Prinsip ni sama seperti Sumber Terbuka (Open Source).
Mengenai kolaborasi, erm.. Berlaku apabila lebih dari seorang programmer cuba menyelesaikan satu masalah untuk datang dengan kaedah yang mantap. Itulah kolaborasi. Setakat ni, aku cuma pernah membuat kolaborasi dengan Azraai dan Xero sahaja, dan yang menariknya, aku dapat belajar sesuatu yang baru dari mereka. Seronok kan? ^_^
Akhir sekali, aku ingin mengucapkan tahniah dan salam hormat aku kepada designer dan programmer, termasuk juga blogger yang aku kenal, yang sudi berkongsi dan membuat tutorial mengenai pembangunan web di blog mereka. Insan-insan tersebut ialah Flisterz, Novatech, ikram_zidane, Crynobone, Cypherhackz, Zeo, dan juga Bob. Ada di antara mereka yang sanggup mengedarkan theme Wordpress percuma kepada blogger lain. Bukan senang nak buat theme dari zero. Kalau ada sesiapa lagi, sila maklumkan pada aku, aku nak update list ni.
Jadi, sekian saja diskusi kita berkenaan Transcending CSS, dan aku pohon maaf sekiranya ada info yang bercanggah dengan mana-mana sumber, penulisan ni berdasarkan apa yang termaktub di dalam pengetahuan aku. Apa-apa pun, majulah pembangunan web untuk negara! Hehe.. ^_^
p/s: Nanti aku edarkan dalam bentuk PDF, tapi taktau bila nak buat, tunggu kerja surut dulu la..
aman (#)
July 25th, 2007
wah…bler nak kuar pdf…
tak sabar nak baca balik dari siri 1.. 
xeroxaven (#)
July 26th, 2007
besh ym ngan bat nih..hehari die aja aku..
Bob (#)
July 26th, 2007
xeroxaven@ ciri-ciri keguruan tu..
mudah anak buah nak paham sok..
omaQ (#)
July 27th, 2007
menatang apa css nie.. hehe…. macam besh ajer
http://www.omaQ.org
Bat (#)
July 27th, 2007
@Aman: nanti2 la, kerja bertimbun sekarang ni..huhuhu..
@Xero: banyak la hang, bukan hang ka yg ajaq aku bab2 nih?haha
@Bob: Tapi aku mungkin takkan ada peluang nak ajar bab web, sebab aku major dalam Kemahiran Hidup dan Pendidikan Jasmani ja..hehe..
@Omaq: CSS ni guna untuk lawakan dan bagi style kita punya website la cikgu Omaq..hehe..
xeroxaven (#)
July 27th, 2007
memandai je bat petik aku byk aja die..isk isk isk..
flisterz (#)
July 28th, 2007
thank you bat letak name aku skali
sama-sama kita menyumbang. cewah. haha
Bat (#)
July 30th, 2007
@xero: huhuhu..betul la tuh..
@flisterz: Sama2, hehe..Teruskan menyumbang ek..
bob (#)
July 30th, 2007
hehe.. bat, nanti ko amik alih tugas cikgu data. haha. dah lama sikit, boleh naik ke PPD untuk jadi PSM. Pastu gi kursus sana sini. best woo! ahak
Bat (#)
July 30th, 2007
@Bob: huhu..Aku kalau boleh, nak sambung lagi nih, tapi kalau la diberikan peuang, aku nak merasa mengajar dari sekolah rendah sampai la ke peringkat universiti..huhu..