Transcending CSS - Siri 6

Okeh, sekarang dah hampir ke penghujung siri Transcending CSS, sekarang aku nak diskus pasal prinsip ke-6 iaitu, gunakan penamaan secara semantik dan gunakan microformats.
Semantik - Kajian mengenai maksud perkataan, jadi kalau di dalam web, kita panggil web semantik, yakni setiap penamaan id dan classes di dalam ID dan CSS adalah bermakna. Contohnya, untuk bahagian header blog ni, agak-agak kalau aku letakkan nama untuk ID header kepada #top, adakah ianya membawa apa-apa maksud? Mungkin bermakna, tapi ianya terlalu umum, kalau guna #header, memang sesuai, tapi macam dah terlalu biasa, jadi aku pun letak la nama dia kepada #branding, sebab tu membawa maksud jenama, logo, dan tagline infomalaya.
Microformats - Dibangunkan khas untuk melebarkan dan memberikan makna(semantik) yang lebih tepat lagi kepada markup xhtml kita. Aku sedang berkira-kira mahu menggunakan hAtom0.1(Salah satu elemen dalam microformats) untuk InfoMalaya v4. Antara web apps yang telah dikenalpasti oleh aku menggunakan microformats ialah twitter dan technorati.
Ok, cukup setakat tu, aku tak nak cerita panjang-panjang, perkara ni boleh dikatakan sebagai subjektif, sebab ada orang yang fikir, tak penting pun semantik ni, tapi bagi aku, penting la, sebab aku koder, jadi kalau aku memain letak nama, susah la aku nak cari balik atau kalau-kalau terlupa nama ID dan class tuh.
Selain tu, semantik dan microformat ni sangat-sangat membantu di dalam pembangunan web sekiranya kita berada di dalam kumpulan pembangun. Contohnya, 2 orang koder ditugaskan membuat sebuah laman web, di mana mereka berdua dikehendaki berkerjasama di dalam projek tersebut. Sekiranya mereka berdua tidak berkolaborasi atau main letak ja nama ID dan classes, tak ka haru biru dan pening kepala mereka apabila masing-masing nak membetulkan kod atau menambah fungsi? Jadi, kalau ID dan classes tu dinamakan dengan nama yang boleh difahami, atau menggunakan microformats, dah tentu makin senang kerja mereka kan?
Sebenarnya banyak lagi kebaikan menggunakan prinsip ni dalam pembangunan web, tapi itu dah berada di luar skop pemahaman aku, dan kalau ada sesiapa yang nak tambah atau komen, sangat-sangat dialukan, ^__^ Sekian dulu..
abdfatah (#)
July 18th, 2007
mereka patutnya mempermudahkan lagi kerja css dengan lebih mudah lagi. lain hari mudahlah cerita nak kendalikan css tersebut…
kena study sungguh2 nih…
omaQ (#)
July 19th, 2007
pening omaq dok baca artikel it it nie.. menatang apa tah hehe… saja buat buat paham pi la. walaupon bukan bidang omaq.. ape ape pon… pandai it.. bijak it.. sejahtera la diri!!
http://www.omaQ.org
mazli murshid (#)
July 19th, 2007
Hmm… bole laa paham skit2 ape yang bat tulis ni… baru nak mula belajar balik bende2 ni… dh lame tinggal.. banyak yg dh lupe.. mungkin bat ble tulis byk lg bende2 camni…
delang (#)
July 20th, 2007
sebenarnya dari siri 1 lagi aku tak berapa paham. kene baca balik nih.
hCard - Satu permulaan (#)
March 10th, 2008
[...] boleh dimuat turun dan disimpan dalam perisian seperti Address Book dalam komputer kita. Ingat lagi microformats? hCard adalah salah satu elemen dalam microformats. Itulah serba sedikit maklumat ringkas tentang [...]