Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / Transcending CSS - Siri 5

Transcending CSS - Siri 5

css_hacks_and_filters

Dah sampai siri ke-5 pun artikel Transcending CSS kita ni. Prinsip ke-5 ialah elakkan penggunaan CSS hacks dan filters. Sila ambil perhatian, aku cakap elakkan, bukan haramkan..hehe..Sebab apa? Ada kalanya kita TERpaksa gunakan juga hacks untuk memastikan layout laman web kita tu menjadi seperti yang kita harapkan. Tapi ironinya, kadangkala, tak perlu guna hacks pun boleh dapat layout yang kita nak, melainkan layout kita tu terlampau kompleks, dalam kes ni, mungkin tak dapat dielakkan..

Tapi, satu masalah bila kita guna hacks, layout tu jadi tak valid! Tak lulus piawaian W3C. Macam blog ni, tak CSS valid sebab aku pun guna hacks. Tapi ada penyelesaian kepada masalah tu, iaitu dengan menggunakan :

Tantek Celik’s box model hacks - Dibangunkan oleh Tantek Celik, hack ini bertujuan untuk membetulkan width dan height di dalam Internet Explorer. Sila lihat contoh di bawah :

div#content

{

width: 400px;

voice-family: “\”}\”";

voice-family: inherit;

width: 300px;

}

Nota : hacks ini dikira valid mengikut piawaian W3C.

Gunakan conditional comments untuk IE - Seperti namanya, ini cuma khusus untuk Internet Explorer sahaja, dibangunkan oleh Microsoft sendiri. Tapi kita perlu membuat 2 fail CSS untuk laman web, satu untuk browser selain IE, dan satu lagi khusus untuk IE. Dan cara ini juga valid CSS. =)

Nota : Mungkin ramai dah tahu, star html hacks menjadikan CSS kita menjadi invalid. Arghhh!! Aku pun guna hack ni juga, huhu..InfoMalaya versi 4 InsyaAllah aku takkan guna lagi..

p/s: Selepas ini, aku akan cuba mengemaskini entri pada sebelah malam, sebelum ni aku agak sibuk dan letih nak menulis pada sebelah malam..InsyaAllah..



18 respon untuk entri “Transcending CSS - Siri 5”

  1. ikram_zidane (#)

    the tantek hack you wrote is incomplete (other word: not yet pratical)..

    zeldman considered that as not semantic - please check. (i think i’ve read it somewhere)


  2. abdfatah (#)

    ooo gitu punya hacks yer? kalo tak guna langsung camana heh?

    adesh…. teknikal tul, kena kumpul dan fahamkan betul2 baru best. baca ulangkali dan ulangkaji setiap hari… ngeh3


  3. aman (#)

    tgh baca balik dari siri pertama… :D


  4. mata-it (#)

    aku tertarik dengan Gunakan conditional comments untuk IE.

    Malas nak baca link tu. Kesimpulannya kita ada dua file css, satu yg biasa dan satu lagi untuk IE sahaja. Yang IE tu kita kena buat dari mula lah..??


  5. Bat (#)

    @ikram_zidane: cuma tak semantik, rasanya takda masalah besar sangat..Tapi aku tak pernah guna lagi tantek hack dalam kerja aku..

    @abdfatah: kadang2 tak perlu guna, tengok keadaan jugak..

    @aman: hehe..sila2, jangan malu2..

    @mata-it: ya, ada 2 fail css, err untuk IE tu, tak perlu letak kesemua style, memadaai style yang khas untuk fix IE..Tapi kalau nak buat semua, terpulang.. =)


  6. bihunx (#)

    oit..tak tau nak komen pasal css nih.taktau pun apa maksudnya,tapi aku just nak tanya khabar.Tak ku sangka di sini rupanya hang bermain badminton.apa2 hal kontek aku - rashid,A6


  7. Bat (#)

    @bihunx: Rashid!!!Wei hang ka tuh?huhuhu…Camna hang leh sampai sini ha? Cam jejak kasih la pulak..hehe..Rindu wei nak main pantun2 ngan hang.. ^__^


  8. bihunx (#)

    macam mana aku sampai sini?aku pegi kedai beli allagappas tadi.Tengok ada iklan lak kat blakang tue.Nak berpantun?aku dah lama dah tinggal.tapi kalu nak ajak gi Anakku boleh kut beduet.


  9. Bat (#)

    @bihunx: huhu..Tahu kat orang apa dia ‘anakku’ tu, mau ramai2 gelak kat aku..haha..Kasik simpan itu rahsia..

    Ni bila masa aku ada iklan blog ni kat rempah kari allababas nih?huhu..


  10. bihunx (#)

    takda ker? mungkin aku salah pandang kat ramuan rempah ratus tue.Takpa, tiada sebarang kebocoron pada maklumat Anakku.Sebab aku pun tak penah hang beraksi kat situ.haha


  11. neutronics (#)

    lebih kurang macam width dan wid\th ke?


  12. shutterspeaks (#)

    dude, aku nak add ko kat pownce, tp email yahoo ko pownce kata xde. wtf.

    blog aku pakai opacity. tak valid, tp menjadi. jadi aku x kisah miahahaha.


  13. azwanhadzree (#)

    Berapa byk series kau kesemuanya? Nanti bila dah habis jadikan pdf. boleh aku download.


  14. Bat (#)

    @neutronics: yang tu valid tak? Aku selalu guna star html sahaja.

    @shutterspeaks: aku guna emel lain..Sori2..Aku dah pun add hang.. =)

    @AzwanHadzree: Ada 7 siri, PDF? Idea yang baguih dok ada, nanti aku buatkan, InsyaAllah.


  15. neutronics (#)

    yg wid\th tu xtau valid ke tidak.. sbb bila buat je layout x betul :D

    tp ade kat e-books xhtml + css yang aku baca.. xhtml dog x silap..


  16. ikram_zidane (#)

    Gunakan conditional comments untuk IE - Seperti namanya, ini cuma khusus untuk Internet Explorer sahaja, dibangunkan oleh Microsoft sendiri. Tapi kita perlu membuat 2 fail CSS untuk laman web, satu untuk browser selain IE, dan satu lagi khusus untuk IE. Dan cara ini juga valid CSS. =)

    pernah guna tak ni ? aku tak pernah guna.. rasanya mesti susah nanti kalau kita ni jenis yg asyik nak ubah2..


  17. abdfatah (#)

    lepas nih bleh laa pulak buat ebook citer pasal css. atau buat buku panduan fizikal pasal css. sekadar cadangan laa…

    ada rancangan nak buat buku bacaan css tak?


  18. Bat (#)

    @neutronics: aku pernah tengok, tapi tak pernah guna..

    @ikram_zidane: Aku dah try, http://www.infomalaya.com/x7/ie.css , kita tak perlu nak letakkan semua style dalam tu, cukup letakkan style yg dikhaskan untuk fix flaw dalam IE.

    @abdfatah: Err, buku CSS? Aku rasa aku ni tak layak langsung nak buat buku pasal CSS, aku ni novis lagi, sekadar nak berkongsi tu leh la..


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen