Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / Transcending CSS - Siri 4

Transcending CSS - Siri 4

javascript_DOM

Baik, kita dah tengok bagaimana ketiga-tiga siri sebelum ni digarap dengan info tentang penggunaan CSS. Kali ni, kita akan sentuh tentang Javascript dan DOM(Document Object Model) pula. Jadi prinsip ke-4 dalam Transcending CSS ialah, gunakan javascript dan DOM untuk menutup kelemahan di dalam CSS! Jangan terkejut(Yang jadi web developer mungkin tak terkejut) , CSS pun ada kelemahan jugak. Antara kelemahannya ialah tidak semua browser dapat me’render’ CSS dengan betul(Antaranya IE6), dan sekiranya kita menggunakan absolute positioning, kemungkinan besar bahagian footer tidak turun ke bawah, lebih dikenali sebagai “clearing” dalam CSS. Dalam kepala aku cuma tahu 2 benda ni ja, kalau ada sapa-sapa yang tahu, bolehlah berkongsi.

Jadi macam mana kita nak mengatasi masalah tu dengan javascript dan DOM? Err, senang saja, kita cuma perlu gunakan benda tu. =) Tapi sebelum tu, biar aku senaraikan beberapa javascript dan DOM yang agak popular.

Resolution-dependent layouts - Dibangunkan oleh Cameron Adams, javascript ini akan mengenalpasti resolution browser pelawat dan seterusnya laman web itu akan me’load’ CSS tertentu berdasarkan width browser. Sangat menarik!

Inman Position Clearing - Untuk menyelesaikan masalah footer tidak di’clear’kan. Tapi aku tak guna, sebab aku tak guna position absolute. Aku selalunya guna relative.

3 Column Stretching - Berkenaan layout 3 kolum.

Dan banyak lagi, aku tak dapat nak senaraikan semua, sebab aku pun tidak pakar tentang javascript dan DOM..CSS tak habis belajar lagi nih..hihi..

Ops, ni ada bacaan tambahan :

CSS + DOM = Beautiful Couple?
W3C DOM compatibility
DOM CSS

Sekian saja dari aku untuk kali ni..Selepas ini, berkenaan hacks dan filter dalam CSS. ^__^



9 respon untuk entri “Transcending CSS - Siri 4”

  1. shutterspeaks (#)

    perghh… dah part 3 dah, laju laju. aku suka part 3 column stretching tuh. tq…


  2. Bat (#)

    @shutterspeaks: err, part 4 la..takpa, typo tuh..hehe..Aha, aku belum pernah cuba lagi benda tu.


  3. crynobone (#)

    Hanya satu sahaja kelemahan JavaScript dimana JS tidak dapat nak parse CSS daripada fail CSS (hanya mampu capai data inline CSS). Ya, memang ada cara untuk capai data daripada fail CSS guna JS tapi limited dan tidak praktikal terutama bila gunakan hierartical (untuk elements).


  4. bob (#)

    fuh abe crynobone kite..


  5. Bat (#)

    @crynobone: ya, terima kasih atas info(Aku masih lagi jahil pasal js)huhu..Aku dah cuba nak register kat chronosight, tapi takleh, napa bro? Aku nak mencuba CMS tu.. =)

    @Bob: hehe..Bob pun apa kurangnya..


  6. crynobone (#)

    Cuba sekarang, aku pon baru perasan ada error sikit masa checking existing member (time register). Skrg should be ok.


  7. Bat (#)

    @Crynobone: Ok, dah register! Dan aku dah tengok, canggihnya..Boleh drag2 lagi windows dalam dashboard tu.. ^__^


  8. kucau (#)

    perghhh. sejadah mende aku tak paham. utk org yg mangkuk cam aku css nie payah giler hehehe


  9. Bat (#)

    @kucau: Err..sori sangat-sangat, nanti aku buat artikel yang ringan skit..^__^


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen