Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / Transcending CSS - Siri 3

Transcending CSS - Siri 3

CSS3

Wuhuu! Sekarang dah masuk siri ke-3 Transcending CSS. Prinsip ke-3 ialah gunakan CSS3 ketika membangunkan laman web! Ya, aku tahu, sampai sekarang, hanya browser seperti FireFox, Opera dan Safari sahaja yang dapat memahami CSS3, itu pun sebahagian dari kesemua elemen-elemen yang terdapat dalam CSS3. Aku pun tak tahu sebab apa sampai sekarang CSS3 masih belum dapat digunakan sepenuhnya sedangkan CSS3 mula diperkenal pada tahun 1998 lagi. Terkejut tak? Kalau dikira, dah 9 tahun CSS3 wujud. Aku tak mahu memanjangkan cerita mengenai sejarah CSS3, tapi kalau nak teruskan pembacaan, bolehlah lihat perkembangan CSS3 di laman web W3C sendiri. Aku cuma akan bincangkan modul-modul dalam CSS3. =)

CSS3 dipecahkan kepada beberapa bahagian, dan dikenali sebagai modul, antaranya ialah :

Selectors Module - Ingat lagi siri 2? Kali ini fungsi pseudo-classes dan pseudo-elements akan dipertingkatkan. Dan contoh yang aku berikan sebelum ini, itu salah satu darinya.. =)

Paged Media module for printed publications - Sangat berguna untuk page yang akan dicetak. Sebabnya, untuk links, sekiranya dicetak, akan ada url di sebelah links(anchor text). Semuanya hasil dari Generated Content. Dan IE7 tidak menyokong modul ini.

Backgrounds and borders module - Dapat memberikan designer keupayaan untuk memberikan style yang lebih banyak kepada background dan border. Kita dapat meletakkan lebih dari satu image kepada elemen background dan border. Sebelum ni, kita cuma dapat meletakkan satu gambar sahaja bukan? FireFox masih lagi tidak menyokong modul ini, setakat ni cuma Safari sahaja.

Multi-column layout module - Haha, ini yang aku paling minat! Fungsinya untuk memaparkan teks atau kandungan kepada beberapa kolum yang kita hendakkan. Aku pernah menggunakan modul ni dulu, sebab ianya disokong oleh FireFox.

Advanced layout module - Seperti namanya, modul ini bakal menyenangkan designer untuk membuat layout yang pelbagai. Aku sebut bakal sebab sampai sekarang, aku belum pernah lihat hasilnya lagi. Dan sintaksnya sangat berbeza dari sintaks CSS yang pernah aku ketahui sebelum ini. Sangat-sangat ditunggu oleh aku..

Media queries module - Screen, print dan hanheld(PDA dan sebagainya) akan diberi penekanan dalam modul ini. Modul ini akan meng’extend’ ketiga-tiga media tadi ketika memaparkan kandungan laman web. Sekali lagi, aku belum pernah mencuba dan melihat hasilnya. =)

Cascading and inheritance module - Agak familiar, rasanya ramai yang dah tahu tentang modul ni.

Pandangan aku mengenai CSS3.

kalau dilihat pada semua modul yang ada dan sedang dibincangkan ni, rasanya memang tak larat nak ikut dan gunakan semua, betul tak? Tapi percayalah, benda ni salah satu teknologi dalam pembangunan web. Satu hari kita akan guna jugak, jadi lebih baik tahu dari tak tahu langsung. Dan aku ingin bertanya, adakah border-radius itu salah satu dari elemen dalam CSS3? Sebab aku pernah terbaca artikel yang mengatakan ianya masih lagi elemen dalam CSS2.1.

Tapi, perkara yang paling penting patut kita tahu dan sedar ialah, modul-modul ni tetap tak berguna kalau browser developer tak masukkan dalam browser tu. Betul tak? Kita cuma boleh mengharap, dan developer-developer dan W3C tetap akan memastikan modul-modul ini boleh digunakan walaupun ada sebahagiannya cuma draf(working draft).

Sekian saja dari aku, selamat berhujung minggu! ^__^



7 respon untuk entri “Transcending CSS - Siri 3”

  1. flisterz (#)

    aku sangat2 menunggu modul background yg boleh letakkan multiple bground image tu. and image sebagai border.

    versi opera yg akan datang je yg dah fully support css3 tanpa fail.
    http://www.css3.info/opera-95-races-ahead-with-css-3-support/

    Bat, bagaimna dengan fungsi opacity? dalam css3 jugak ke x? firefox je yg boleh. opacity sgt la cool.


  2. Bat (#)

    @flisterz: Wow, tak sangka Opera dah amik langkah tu.. =) tenkiu Dapi..

    Opacity? tu pun css3 juga.. http://www.w3.org/TR/css3-color/#transparency

    Ianya berada dalam color module.


  3. mata-it (#)

    lepas ni kang keluar plak banner “Please use opera for better browsing” biasanya IE dan Firefox jer…hehehe

    Tapi adakah orang akan ikut standard css3 klau pun Opera dah lancarkan 9.5.


  4. Bat (#)

    @mata-it: hehe..boleh jadi jugak..Erm, tu bergantung pada developer laman web tu sendiri. Lagipun kalau bergantung pada CSS2.1 pun dah boleh buat macam2 style.


  5. neutronics (#)

    multi column layout module tu hasil dia macam pakai tables ke? Kalau camtu bagusla, maybe boleh kurangkan “” aku yang beribu2 lapis.. hehe


  6. bob (#)

    wah bagus, teruskan teruskan perkongsian seperti ini macam. kool


  7. Bat (#)

    @neutronics: err, macam tables, tapi takda baris..eh betul ka ayat aku nih..Kiranya content tu disusun di dalam kolum..

    @Bob: haha..Bob pun datang sini, cayalah!


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen