Demoplanet.tv – Website

DEMOPLANET.TV telah ditunaskan berdasarkan satu kefahaman yang mudah; setiap orang harus mendapat akses kepada internet sebagai kaedah untuk pembelajaran dan merungkai kekayaan ilmu yang tak berbatasan di alam raya ini. Tim demoplanet.tv berusaha untuk membawakan yang terbaik dari aplikasi internet agar ianya tidak menjadi asing dan menggerunkan, Sebaliknya ianya haruslah dilihat sebagai sahabat yang memudahkan untuk menjalin persahabatan lintas sempadan, berkongsi ilmu sebagai milik bersama dan sebagai satu-satunya kaedah menjembatani jurang social ke arah mempromosi toleransi sebagai jalan menuju damai. Dengan naluri inilah demoplanet.tv menyeru satu dan semua untuk bersama dalam apa yang dilihat akan mempengaruhi dunia ini menjadi tempat yang lebih baik untuk didiami. Sebagaimana pepatah berbunyi; ketakutan pada apa yang tidak diketahui itu adalah ketakutan yang paling besar, jadi mari kita bersatu hati membasmi sama sekali ketakutan yang telah menghantui kita selama berkurun lamanya ini dan menggantinya dengan dunia yang mampu bukan sahaja membela dirinya sendiri tetapi generasi mendatang. Lagipun kehidupan itu pendek, hiduplah dengan gembira, bermanfaat dan bebas.
Sireh dan Cengkeh Terpilih - Website

Sireh dan Cengkeh Terpilih adalah webzine mengenai manusia dan idea inovatif mereka. SDCT menemubual pereka grafik, pemilik perniagaan, dan aktivis yang mempunyai visi dan idea untuk dikongsi bersama.