Halaman
Tentang
[Nota: Halaman ini sedang dikemaskini...]
Berikut, ialah beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang InfoMalaya dot com:
Sejarah Awal InfoMalaya dot Com
InfoMalaya diasaskan oleh Mohd Huzairy Bin Mohd Rezuan dan Mohd Yazid Bin Zaaba pada awal tahun 2006. Menyedari kepesatan pembangunan media generasi baru di Malaysia, InfoMalaya telah berkerjasama dengan beberapa orang blogger, pembangun web, dan pereka grafik prolifik untuk menubuhkan HappyPeople Media pada Jun 2007.
Atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, InfoMalaya telah keluar dari rangkaian HPM pada April 2008 untuk mencari haluan sendiri.
Kini, InfoMalaya mengorak langkah dengan memulakan konsep blog pelbagai penulis untuk merancakkan lagi dunia blog di Malaysia. Jadi, infomalaya dot com ialah sebuah blog yang:
InfoMalaya juga pernah ditutup secara tiba-tiba pada 1 Ogos 2009 bersempena dengan ulangtahun ke-3 blog ini. Antara sebab utama penutupan dibuat ialah, sikap emosional ketua editor yang semakin menjadi-jadi. Mujur niat beliau berjaya dipatahkan oleh penulis InfoMalaya yang lain serta para pembaca setia. Akhirnya, InfoMalaya dihidupkan semula pada 9 Ogos 2009. Alhamdulillah…
InfoMalaya ialah sebuah blog yang:
Berkisar tentang perkara-perkara menarik di dalam internet, atau di sekeliling kita. Berbentuk ilmiah dan menduga pemikiran kritis dan kreatif para pembaca. Kadang-kadang, kami sengaja menanyakan soalan kepada para pembaca kerana kami tahu, pembaca juga mempunyai pengalaman dan pendapat mereka sendiri. Rumusannya, infomalaya dot com ialah sebuah blog kolektif tentang perkara ilmiah dan berinformasi.
Barisan Editor dan Penulis Jemputan InfoMalaya
Berkisar tentang perkara-perkara menarik di dalam internet, atau di sekeliling kita. Berbentuk ilmiah dan menduga pemikiran kritis dan kreatif para pembaca. Kadang

Mohd Huzairy @ Bat
Ketua Editor

Ariff Azraai @ mknx
Pegawai Teknikal

Ahmad Rushdi @ Arynet
Editor Kanan

Junaidi @ Junaidix
Penulis

Mohd Khairul Naim @ Awqi_zar
Penulis

Affuan Ramzai @ Affuan
Penulis

Irfan Jani @ Sang Pelangi
Penulis

Muhammad Khairul @ MK
Penulis Jemputan

Imran Abdul Jabar @ Imran
Penulis Jemputan
Pencapaian InfoMalaya
- Memenangi pingat perak untuk anugerah WebMasterMalaysia 2007.
- Tersenarai dalam 70 weblog popular oleh Syed Syahrul Zarizi untuk tahun 2007.
- Tersenarai dalam 70+29 weblog popular oleh Syed Syahrul Zarizi untuk tahun 2008.
- Menjadi penaja bersama untuk acara RAPAT 060708 yang turut dimuatkan dalam akhbar Sinar Harian.
- InfoMalaya.com kini telah menjadi media blogger rasmi bagi pihak Adobe Inc di Malaysia. Tugas kami ialah untuk membuat hebahan tentang acara-acara yang melibatkan Adobe di Malaysia, serta membuat review untuk produk Adobe yang akan dipasarkan.
Hubungi Kami
Emel kami di info_malaya[at]yahoo.com
*Gantikan [at] kepada @
Langganan RSS
Inginkan kemaskini di InfoMalaya dot com dihantar terus ke peti mel anda? Sila masukkan alamat emel anda di ruangan yang disediakan. Kami takkan sesekali menyalahgunakan emel anda, lagi pun kami bukan orang jahat.
*Sila rujuk artikel ini sekiranya anda masih samar-samar tentang langganan RSS.
Rangkaian Sosial
Demi bersaing dengan teknologi internet yang semakin pesat dan kesat, kami pun tak ingin ketinggalan. Sertai kami di laman rangkaian sosial di bawah.
Atau, jika anda ada sebarang pertanyaan, sila ajukan ke hello@infomalaya.com