Pintasan → entri / sidebar / carian / Peta laman

Arkib→

Tekanan Si Penulis Blog

image Baru-baru ini, dunia blog antarabangsa telah dikejutkan dengan kejadian yang menimpa dua orang penulis blog terkemuka iaitu Marc Orchant dan Om Malik. Hal ini dikaitkan dengan tekanan yang terpaksa dihadapi oleh penulis-penulis blog, terutamanya mereka yang berada dalam bidang teknologi.

Kenapa bidang teknologi? Ini kerana orang-orang seperti ini harus sentiasa peka dengan perkembangan terbaru. Ianya bagaikan satu pertandingan: siapa yang lebih dahulu mendedahkan cerita, dialah yang menang. Ini yang membuatkan mereka sentiasa berjaga, agar tidak terlepas satu berita pun.

Keadaan ini bukan sahaja berlaku di arena blog antarabangsa. Malah, blog tempatan kita ni pun turut terkena tempiasnya. Hong Kiat sendiri mendedahkan yang beliau semakin banyak mengambil kaffein dan nikotin, dan LiewCF pula semakin bertambah beratnya.

Bukan Penulis Blog Sahaja Yang Mengalami Tekanan

Alex Iskold dari ReadWriteWeb mempunyai pendapat tersendiri dalam hal ini. Menurut beliau, masalah ini tidak berlaku kepada penulis blog semata-mata. Ianya berlaku kepada semua pekerjaan yang memerlukan informasi untuk disebarkan dengan pantas, termasuklah pembaca berita di TV dan radio, serta wartawan-wartawan akhbar.

Orang ramai sentiasa inginkan berita yang paling hangat dan terbaru, lebih pantas dari Berita Terkini di TV3. Keadaan inilah yang memaksa penulis blog untuk bekerja lebih keras dan berjaga sepanjang malam.

Betul Ke Blog Ni Senang Buat Duit?

Ada orang kata, tulis blog adalah cara yang mudah untuk mendapatkan wang. Hanya perlu duduk di rumah dan kerja selama 2-3 jam sahaja, duit akan masuk ke dalam poket. Ops, realiti tidak semanis itu.

Mungkin benar penulis blog boleh duduk santai sambil menaip entri dari rumah, namun 2-3 jam tidak mencukupi untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Hanya usaha keras mampu mendatangkan pulangan yang berpatutan. Melainkan jika anda mempunyai ilmu yang mendalam, dan bekerja secara bijak. Namun, untuk mendapatkan ilmu itu sendiri memerlukan usaha yang gigih, bukan?

Kesimpulan

Menulis blog sama sahaja dengan bidang mencari rezeki yang lain. Tiada kelebihannya terlepas dari cengkaman bos, jika anda terikat dengan kehendak pembaca. Tiada gunanya wang masuk beribu ringgit sebulan, jika hidup sentiasa sibuk hingga tiada masa untuk diri dan keluarga.

Renungkanlah kembali pesanan Rasulullah yang menasihatkan kita agar bersederhana dalam segala hal. Syukurlah walaupun gaji bulanan anda tak sampai berjuta-juta, asalkan hidup bahagia. Oke? Assalamualaikum ^_^



16 respon untuk entri “Tekanan Si Penulis Blog”

  1. ckundez

    huhu tensen gak rupanya jd penulis blog nie..T.T….kekadang mungkin bukan psl terkejar2 ngan informasi tp kehidupan seharian yg sibuk juga wat kita tensen…aku setuju ngan statement “Tiada gunanya wang masuk beribu ringgit sebulan, jika hidup sentiasa sibuk hingga tiada masa untuk diri dan keluarga” …sbb dulu motivasi aku duit kalo xde duit hidup xhappy tp lepas dh beberapa kali hidup dgn satu sen pn xde dlm poket…aku rasa motivasi aku pada hari ini ialah hidup dgn gembira jer..tp pd hari ini sumanya perlukan duit…huhu…apa2 pn tekanan sentiasa wujud dlm hidup tp kalo xde tekanan xdelah cabaran…dan bila xde cabaran hidup, kita akan rasa kosong


  2. hayat

    om malik da mati ke? belum laa.. he survived the heart attack… ntah… aku tatau…

    bat , bila mau turun loyat lagi hehehe


  3. azraai

    Om Malik kena heart attack jer.


  4. khairul

    astagha. Malik Om tak mati lagi la. sorry2. hehe


  5. megat

    erk. sampai camtu sekali ker!? ya lah mereka full time blogger dan itu merupakan punca pendapatan mereka.

    sebab itu kita kena wujudkan cara yang lebih bijak!


  6. Artgeex

    hey there!

    Ni pendapat aku sendirilah ye. Kalau tak boleh terima, aku awal-awal minta maaf. Bila perkara ni terjadi aku selalu teringatkan lagu Black Eyed Peas, yang pasal satu mamat ni memula buat lagu sebab dia minat, so orang senang dan mudah relate dengan dia dan lagunya. Tapi bila dia dah famous, duit, perempuan, fame dah jadi subjek utama, secepat mana dia naik, secepat itu jugak dia jatuh, jadi maybe kita boleh apply nilai moral dari lagu tu dalam hidup kita as netter/blogger/designer/human.

    Kesimpulannya, buat sesuatu penuh dengan keikhlasan. If you want money, you got money, you will not realize if it will take your sweetness away.

    Nice new life, infomalaya! ;)


  7. Bat

    Sejak aku blogging ni, tertekan dan sleeping disorder tu memanglah selalu terjadi, tapi boleh dikatakan normal sebab komitmen kita dah bertambah. Boleh nak berhenti, itu cara senang untuk lari dari masalah. Tapi aku takmau la nanti aku menyesal di kemudian hari.

    Jadi, aku akan teruskan juga hidup dengan cara hidup aku sekarang. Belajar + ibadat + blogging + designing + mengurat awek. ^_^

    @hayat: haha, taktau lagi, tapi kalau hang pergi, roger2 la ek. :P

    @artgeex: lama tak nampak! Rindunya, hehe..


  8. Affuan

    aku bagi pat belas bintang untuk ayat “ilmu yang mendalam, dan bekerja secara bijak” :D


  9. razifmustapha

    aku cool je blog, pasal blog aku bukan citer pasal teknologi pun, merapu je byk. hahaha


  10. khairul

    @ckundez: yang penting hidup gembira dunia akhirat dah le.. kan.
    @artgeek: ikhlas tu penting. bila hati ikhlas, keje jadi seronok, pahala pun dapat
    @bat: mengurat awek yang mahal tu
    @affuan: tema kaseh cikgu, bagi saya bintang


  11. Tip Blog, Tiada Bahan!? -- MEGAT

    […] yang akan memberikan idea kepada penulisan anda. Tapi jangan menjadikan ia bertambah sukar kerana memaksa diri untuk keluarkan idea dan terus menulis dalam masa yang sama. Aku rasa apabila kejadian seperti ini berlaku maka semua penulis tidak akan […]


  12. Mr. Godam

    kalau buat duit ada dicarta utama diat korang. lupakan sahaja, nanti sumber korang akan kosong. megat terima kasih sebab tajuk yang bagus dan agak lapuk, tapi still boleh buat orang fikir. ehhh apa kata korang buat blog gosip yang mengkayakan korang dan info tak putus-putus. eeeeeee geli aku info blog macam tu.


  13. Bat

    @Mr Godam: Dulu2 niat nak buat duit tu pernah ada gak, tapi lepas dah lama2 tu, rasa dah tak berapa nak minat.

    Duit tu boleh datang dari sumber lain kan? tak semestinya datang dari iklan. Contoh yang dapat aku pikir, kalau ada kemahiran buat web, buat servis buat web, dapat apa duit, tul tak?

    Kalau pandai bahagian penulisan, buat servis jadi content-writer.

    Blog gosip? No komen, sebab aku sendiri pun tak berapa nak gemar..


  14. pengodam

    Bat hang kenal aku. [tak payah salam perkenalan]. tapi mungkin ko dah lupa kot, sebab aku aku tak “terkenal”.. faktor utama blogger kita bosan berblog kerana kita sendiri mahu wang dan pelawat untuk setiap post dan bila kurang wang dapat dan kurang pelawat kita mula bosan dengan blog sendiri. Ramai orang terkejar2 mau wang dan info gosip panas tapi. info berguna agak kurang. macam aku cakap bat dulu blogger bahasa melayu lepas batasan iklan diorang buat tukar bahasa ingeris rojak ” bagus utk belajar” tapi lagi bagus kat tak menyumbang kerana orang luar takkan park iklan kat blog ejaan darjah 3. aku mau?? ahhh aku pun tak mau sendiri malu ada la…. Bat thank but sebab baca entri aku, aku harap ko paham apa yang aku cuba terangkan dalam ejaan pantas dan lintang pukang sikit [papan kunci aku rosak] sorry.. blog taaatap pendapat beribadi cukup lah jaringan soosial tempat korang bercerita pasal “aku makan dengan awek” atau isu
    “pembeli eBook saya mendapat RM10.000 satu bulan selepas membaca ebook berkenaan”. Bahasa melayu rojak tak da hal tapi nilai/pelajaran yang kita nak sampaikan. pergi mampus sama kerajaan pusat buat penilaan diorang, kita kasi info kat pembaca [rakyat] lagi penting, wahhh jauh cita2 aku, tapi tu fokus aku, jangan tergesa untuk maju just stay cool dan buat apa yang kita nak.. kepada blogger-lan {berblog 100 peratus untuk iklan] jangan marah..


  15. Bat

    @penggodam: Err, kalau kalangan bloggers, rasanya mesti aku kenal. Tukar nama ka?huhu..Ni yg aku segan ni, orang kenal aku, tapi aku tak kenal orang, adehh..

    Pelawat dah makin kurang tu perkara biasa, seiring dengan lahirnya berbijik2 blog tiap hari, hehe..

    Risau sebenarnya nak komen pasal fenomena sumbat iklan banyak2 dalam blog ni, isu kontroversi, hehe..

    Tenkiu sebab datang sini bro. =)


  16. khailuck

    Tulis assignment lagi tensen bat.. Hahahahaha…


Tinggalkan komen