
Secara amnya, apabila kita memuat turun video dari laman web youtube(sama ada guna perisian atau pun laman web sokongan seperti vixy.net), kita akan mendapat fail dalam bentuk FLV, dan kemudiannya akan diubah ke dalam bentuk mp4. Agak efektif dan mudah, tapi masalahnya di sini fail dalam bentuk FLV mempunyai kualiti yang agak rendah.
November tahun lepas, pihak youtube telah memulakan gerakan untuk menyediakan video dalam kualiti yang lebih baik, dalam resolusi 448×336 berbanding dengan resolusi lama iaitu 320×240. Tapi sila ambil perhatian, bukan semua video di sana berada dalam format baru ini. Semuanya bergantung kepada nasib, hehe..
Tapi apa-apa pun, tak salah kan kalau kita mencuba. ^_^
Kalau ikutkan hati, aku nak tulis secara lengkap tutorial ni kat sini, tapi aku tak berjaya nak masukkan script pautan javascript untuk bookmarklet tu kat sini(Siapa boleh tolong?huhu). Nak tak nak terpaksalah letak pautan ke laman web yang berkaitan untuk sesiapa yang nak cuba. Tapi rasanya panduan dalam lamab web tu mudah untuk difahamkan. Tapi kalau ada sebarang masalah, boleh usulkan di ruangan komen.