Pintasan ke kandungan utama

Arkib untuk tag xhtml

Artisteer - The Automated Web Designer

Artisteer, perisian yang digunakan untuk mencipta atau mereka bentuk laman web dan tema blog/CMS seperti wordpress, joomla dan drupal. Perisian ini mula dikeluarkan berstatus BETA pada May 2008 untuk dicuba secara percuma. Pada akhir September, versi stabil dikeluarkan.

Perisian ini membuatkan anda sebagai seorang professional :D . Anda boleh mereka bentuk laman web dan juga tema dengan mudah hanya beberapa minit, tanpa mengetahui/menaip sebarang kod html dan juga css.

Ianya begitu mudah digunakan, maksud begitu mudah disini, anda tidak perlu menggunakan sebarang perisian tambahan seperti Adobe Photoshop untuk mengubah gambar, Macromedia untuk menulis kod xhtml dan css, dan juga perisian lain yang berkaitan.

Anda boleh menggunakan idea anda untuk kepuasan, ada boleh mengubah layout, color, font, background, header, menu, dan beberapa fungsi mudah lain. Ini contoh yang telah dibuat. Baca entri ini sampai habis »

CSSmalaya - CSS untuk semua

Salam sejahtera buat semua. Aku dengan suka hatinya ingin mengajak para pembaca khususnya bagi mereka yang berminat untuk belajar dan berkongsi pengetahuan tentang css dan xhtml, turut serta dalam forum cssmalaya. Dibangunkan dengan bbpress, dengan harapan ianya dapat mengajak para ahli mengingati tag-tag asas xhtml, kerana selalunya kita cuma klik dan klik butang yang disediakan di dalam forum ketika menghantar pos.

Medium disampaikan dalam bahasa Malaysia, tetapi terma-terma penting tak perlulah dialih bahasa, nanti pening pulak jadinya. Dan, untuk memudahkan lagi penggunaan forum cssmalaya, aku dah bahagikan kategori kepada 5 bahagian utama iaitu:

  • Pengumuman - Berita dan sebagainya.
  • Tutorial dan info - Tutorial dan info mengenai css dan xhtml.
  • Kaunter Pertanyaan - Ruangan untuk bertanyakan penyelesaian masalah berkenaan css dan xhtml.
  • Request Tutorial - Permintaan ahli untuk menyatakan tutorial yang diinginkan. InsyaAllah para ahli yang tahu dan berkelapangan akan cuba memenuhi permintaan.
  • Mencari Freelancer? - Kredit pada Xero di atas idea. Khas untuk mereka yang memerlukan khidmat freelancer untuk menyiapkan kerja berkenaan laman web.

Seterusnya, tak lupa juga penghargaan pada saudara awqi_zar(kerana sudi menaja domain cssmalaya) dan Amanz(Di atas slogan cssmalaya - CSS untuk semua).

Sebenarnya forum ni dah wujud 2 bulan lepas, sebab tu dah ada beberapa ahli lain yang dah daftar. Diharap sesiapa yang ambil kisah tentang forum ni dapat menghebahkan info tentang kewujudan cssmalaya.

Sekian, wassalam ^_^

Markup Maker

Markup Maker — Kepada pambangun laman web, mungkin tools ini dapat menjimatkan masa anda untuk menulis markup, dan kepada mereka yang masih baru, dapat mempelajari cara terbaik untuk menulis markup dengan melihat markup yang telah dihasilkan oleh tools ini.

hCard - Satu permulaan

hcard.png
Tajuk entri yang kurang menyerlah, tapi abaikan dahulu. Sebab entri kali ni agak panjang dan ‘kemungkinan’ berguna untuk blogger. Sebelum kita ketahui bagaimana untuk menggunakan hCard, mari kita ketahui dahulu apa itu hCard.

hCard? vCard?

Sebenarnya vCard yang muncul dahulu sebelum hCard. vCard adalah asas kepada hCard. hCard merupakan format vCard yang boleh diedar, yakni boleh dimuat turun dan disimpan dalam perisian seperti Address Book dalam komputer kita. Ingat lagi microformats? hCard adalah salah satu elemen dalam microformats. Itulah serba sedikit maklumat ringkas tentang vCard/hCard. Baca entri ini sampai habis »