Pintasan ke kandungan utama

Arkib untuk tag windows

Kemusykilan tentang windows dan ubuntu

Mana yang lebih baik dari segi prestasi?

Pasang Windows Vista di dalam Ubuntu linux dengan menggunakan VMWare/VirtualPC, ataupun sebaliknya, iaitu memasang Ubuntu linux di dalam Windows Vista?

Pendapat rakan-rakan yang lain sangat diperlukan. =)

.Windows 7

Melihatkan tajuk di atas, saya meletakkan ‘.’ sebelum perkataan Windows 7 bukanlah niat main letak tetapi sebagai simbol muktamad atau full stop bahawa nama Windows pengganti Vista yang bakal dikeluarkan pada awal 2010 ialah Windows 7!. Sama seperti kod nama a.k.a. codename 7 yang diberi oleh para jurutera Microsoft, pihak Microsoft semalam mengesahkan Windows seterusnya yang bakal meneruskan penguasaan Vista itu akan dipanggil Windows 7.

And, as you probably know, since we began development of the next version of the Windows client operating system we have been referring to it by a codename, “Windows 7″. But now is a good time to announce that we’ve decided to officially call the next version of Windows, “Windows 7″.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan komuniti blogger nampak tidak senang dengan nama tersebut,mereka mendakwa sepatutnya sistem pengoperasian tersebut patut diberi angka 6 sekurang-kurangya berdasarkan turutan pengiraan OS terdahulu. Penjelasan pihak Microsoft tentang pemberian nama 7.

Ya, mungkin terlalu lambat bagi anda menunggu sehingga awal 2010 untuk melihat rupa sebenar Windows 7 tersebut dan kebanyakan artikel yang ditulis hanya menunjukkan screen-shot Windows 7. Bagi yang tak sabar menanti, apakata anda muat-turun dan install sendiri Windows 7 Transformation Pack atau Windows 7 Theme untuk melihat dan merasai sendiri interface Windows 7 yang saya kira ‘lebih kurang’ interface Vista.

p/s: Baru-baru ini Windows 7 BETA Build 6519 telah pun ‘leaked’ di laman web ThePirateBay.

Review ringkas: JDarkRoom

Kepada mereka yang inginkan kelainan ketika menulis, apa kata jika kita cuba perisian percuma yang diberi nama JDarkRoom. Perisian ini merupakan editor teks yang mengisi penuh ruang lingkup monitor atau LCD anda. Macam taip dalam DOS, tapi ini untuk taip apa-apa saja yang kita nak. Warna latar boleh dipilih, bukan sekadar hitam semata-mata.

Sebenarnya perisian ini diilhamkan dari perisian WriteRoom(hanya untuk Mac), tetapi penulis perisian ini tampil membuat versi sendiri yang boleh dipasang di Windows(guna .NET) dan Linux(guna Java).

Sesuai digunakan oleh penulis novel, buku, cerpen, blog hatta pengaturcara sekalipun sekiranya inginkan kelainan dan ketenangan dari segi gangguan tetingkap lain. =)

Selamat mencuba.