Tekanan Si Penulis Blog
Baru-baru ini, dunia blog antarabangsa telah dikejutkan dengan kejadian yang menimpa dua orang penulis blog terkemuka iaitu Marc Orchant dan Om Malik. Hal ini dikaitkan dengan tekanan yang terpaksa dihadapi oleh penulis-penulis blog, terutamanya mereka yang berada dalam bidang teknologi.
Kenapa bidang teknologi? Ini kerana orang-orang seperti ini harus sentiasa peka dengan perkembangan terbaru. Ianya bagaikan satu pertandingan: siapa yang lebih dahulu mendedahkan cerita, dialah yang menang. Ini yang membuatkan mereka sentiasa berjaga, agar tidak terlepas satu berita pun.
Keadaan ini bukan sahaja berlaku di arena blog antarabangsa. Malah, blog tempatan kita ni pun turut terkena tempiasnya. Hong Kiat sendiri mendedahkan yang beliau semakin banyak mengambil kaffein dan nikotin, dan LiewCF pula semakin bertambah beratnya.