Pintasan ke kandungan utama

Arkib untuk tag planetaki

Planetaki - kembar tak seiras Tumblr


Aku dapat tahu pasal servis ni dari statistik infomalaya. Hairan bagaimana hits yang diterima dari laman web berkenaan agak tinggi. Setelah diselidiki, rupanya laman web berkenaan menyediakan servis yang boleh dianggap serupa dengan tumblr, tapi sedikit berbeza dari segi penggunaannya(Tumblr lebih champion sebab boleh pos entri).

Hits yang datang dari planetaki. Mengalahkan hits dari Beras Padu milik brader Hasbullah Pit

Boleh disimpulkan planetaki ini seperti aggregator peribadi, yang mana kita boleh kumpulkan feeds dari pelbagai blog yang kita inginkan. Kalau ada yang berminat untuk cuba, boleh daftarkan diri masing-masing di sana. Tapi digalakkan dahulu untuk melihat secara kasar bagaimana rupanya planetaki ini berfungsi.