Pintasan ke kandungan utama

Arkib untuk tag perisian

Review ringkas: JDarkRoom

Kepada mereka yang inginkan kelainan ketika menulis, apa kata jika kita cuba perisian percuma yang diberi nama JDarkRoom. Perisian ini merupakan editor teks yang mengisi penuh ruang lingkup monitor atau LCD anda. Macam taip dalam DOS, tapi ini untuk taip apa-apa saja yang kita nak. Warna latar boleh dipilih, bukan sekadar hitam semata-mata.

Sebenarnya perisian ini diilhamkan dari perisian WriteRoom(hanya untuk Mac), tetapi penulis perisian ini tampil membuat versi sendiri yang boleh dipasang di Windows(guna .NET) dan Linux(guna Java).

Sesuai digunakan oleh penulis novel, buku, cerpen, blog hatta pengaturcara sekalipun sekiranya inginkan kelainan dan ketenangan dari segi gangguan tetingkap lain. =)

Selamat mencuba.