Pintasan ke kandungan utama

Arkib untuk tag percuma

Review ringkas: JDarkRoom

Kepada mereka yang inginkan kelainan ketika menulis, apa kata jika kita cuba perisian percuma yang diberi nama JDarkRoom. Perisian ini merupakan editor teks yang mengisi penuh ruang lingkup monitor atau LCD anda. Macam taip dalam DOS, tapi ini untuk taip apa-apa saja yang kita nak. Warna latar boleh dipilih, bukan sekadar hitam semata-mata.

Sebenarnya perisian ini diilhamkan dari perisian WriteRoom(hanya untuk Mac), tetapi penulis perisian ini tampil membuat versi sendiri yang boleh dipasang di Windows(guna .NET) dan Linux(guna Java).

Sesuai digunakan oleh penulis novel, buku, cerpen, blog hatta pengaturcara sekalipun sekiranya inginkan kelainan dan ketenangan dari segi gangguan tetingkap lain. =)

Selamat mencuba.

EasyCapture - Perisian mengambil screenshot untuk blogger

Contoh screenshot yang diambil menggunakan perisian EasyCapture

Kepada blogger, rasanya selalu memasukkan gambar ke dalam entri masing-masing, kan? Tapi kebarangkalian untuk gambar tu diedit terlebih dahulu menggunakan perisian editor gambar adalah tinggi, berdasarkan pengalaman aku sendiri dan apa yang aku lihat pada kawan-kawan aku. Leceh kan nak kena resize, crop bahagian mana yang kita nak dari hasil screenshot(guna kekunci printscreen, hehe) dalam Adobe Photoshop, contohnya.

Ni aku nak kongsi satu perisian percuma yang boleh meringankan beban, menjimatkan masa, dan mengelakkan diri kita dari menggunakan perisian cetak rompak seperti Adobe Photoshop sekadar untuk crop gambar, haha. Perisian tu dinamakan EasyCapture. Dari nama perisian pun kita dah boleh agak yang menda alah ni senang nak guna, hehe..Jadi, disebabkan terlalu senang nak guna, aku malas nak bebel panjang-panjang kat sini. Boleh terus muat turun perisian tu, tapi untuk pengguna Windows sahaja. Dan sila pastikan PC masing-masing sudah dipasang dengan Microsoft .NET framework 2.0 terlebih dahulu.

Kemaskini
Persoalan sama ada perisian ni boleh dipasang dalam ubuntu Linux dengan menggunakan Wine, belum sudah dapat dipastikan. Perisian ini sudah dicuba dan berjaya digunakan di dalam ubuntu linux dengan pertolongan perisian sokongan The Wine(Terima kasih Encik MelayuBuntu). Encik Novatech pula mengatakan The GIMP boleh digunakan untuk mengambil screenshot. Ada di bahagian File>Acquire>Screenshot.

p/s: Aku rasa dulu pernah terbaca entri dalam blog tempatan tentang perisian ni, tapi aku dah terlupa sebab dah terlalu lama. Jadi kalau ada sesiapa yang tahu/pernah jumpa entri asal, sila maklumkan di ruangan komen supaya aku boleh letakkan kredit. Terima kasih.

Kredit pada saudara MK dari Sembang Komputer. Rupanya dari blog dia, huhu, pelupanya aku..Terima kasih Khairul!

Kemaskini - Beberapa perisian yang hampir serupa yang telah digunakan oleh segelintir pembaca:

Sekian dulu dari aku, salam…

Muat turun ikon bendera negeri-negeri di Malaysia

ikon_bendera_negeri.png

Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu! Lama betul aku tak menulis kat sini kan? Minta maaf banyak-banyak, tak dapat dielakkan sebab aku sedang siapkan beberapa kerja-kerja terbengkalai. Justeru, terimalah set ikon Negeri v1.0 yang aku baru siapkan tadi, hehe.. ^_^ Ini versi pertama, jadi cuma ada 13 negeri sahaja buat masa ni, InsyaAllah bila aku ada masa lapang, aku tambah lagi.

Err, sila guna tanpa ragu-ragu, percuma ja, tak payah bayar sebab tak berapa susah nak dibuat. Dan, sila sebarkan set ikon ni, harap-harap dapat memanfaatkan orang lain, ok! Baca entri ini sampai habis »