Pintasan ke kandungan utama

Arkib untuk tag pelayar web

Google Chrome - Pelayar web

Google kini sedang cuba untuk mengeluarkan pelayar webnya yang diberi nama, Chrome. Belum ada versi beta untuk dicuba, tetapi Google ada mengeluarkan komik yang menerangkan apa itu Chrome.

Screenshot Chrome

Dikhabarkan, pelayar web ini menggunakan enjin webkit(Sama seperti Safari dan Pelayar web untuk telefon bimbit berasaskan Symbian). Entri ini akan dikemaskini setelah versi beta Google Chrome telah keluar dan dicuba oleh aku. Sudah dicuba, sila baca keseluruhan entri.

Untuk screenshot yang lain, sila berkunjung ke blog Blogoscoped.

Kemaskini: Google Chrome sudah boleh dimuat turun!. (Terima kasih Arynet di atas pemberitahuan)

Kemaskini: Aku dah cuba. =) Berikut ada beberapa paparan dan benda menarik mengenai Google Chrome.

InfoMalaya dot com di dalam Google Chrome

Bila kita melakukan aksi klik kanan, tetingkap ini akan muncul.

Tetingkap ini pula yang akan muncul sekiranya kita melakukan aksi klik kanan pada mana-mana pautan.

Antara fungsi terbina yang ada di dalam Google Chrome ialah fungsi Inspect Element(Seperti Firebug untuk Mozilla Firefox).

Selain itu, sepanjang pengalaman ketika aku guna pelayar web ni, terasa agak laju bila masuk laman web. Tak tahulah apa yang buat jadi laju, tapi err, memang lajulah, kalau tak percaya cuba sendiri. =P

Selepas ini, cuma tunggu dan lihat perkembangan Google Chrome, mungkin akan ada plugin, tema, dan modifikasi yang boleh kita pasangkan. Tak mustahil, pelayar web ini akan menggugat pelayar web lain seperti Firefox 3, Safari, Opera dan yang terbaru, Internet Explorer 8 versi beta.

Sekian saja dari aku. Majulah pelayar web untuk pengguna.

Mozilla Labs - Ubiquity


Ubiquity for Firefox from Aza Raskin on Vimeo.

Sila luangkan masa anda untuk melihat video ini. Nampaknya mereka yang berada di belakang tabir Mozilla Labs sangat kreatif dan genius. Teknologi oh teknologi…

Aurora : Video Konsep bahagian 1


Aurora (Part 1) dari Adaptive Path, video oleh Vimeo.

Sila lihat video di atas terlebih dahulu.

Hasil rekaan AdaptivePath untuk Mozilla Labs.

Diharap kemunculan pelayar web yang canggih seperti ini akan menyemarakkan lagi dunia web. =)

Sumber : Arynet

Kemaskini: Video konsep Bahagian 2 sudah muncul semalam.