Program mini untuk backup fail anda

Baik, kali ni aku nak kongsi cara-cara untuk buat program mini, untuk memudahkan kerja untuk buat backup fail-fail yang diingini. Khas untuk pengguna Windows. Ditulis dengan batch programming(guna extension .bat untuk fail program). Sangat mudah, tak sampai 3 minit kalau nak siapkan.
Cara-caranya:
1) Buka notepad.exe.
2) Salin kod dibawah dan letakkan dalam notepad:
xcopy "C:\Documents and Settings\huzairy\Desktop" "F:\backup_desktop" /D /E /C /R /H /I /K /Y
exit
* Nota penting: Bahagian "C:\Documents and Settings\huzairy\Desktop" adalah direktori yang ingin di’backup’, manakala bahagian “F:\backup_desktop” pula destinasi direktori backup akan diletakkan. Sila ubahsuai mengikut kehendak anda.

*Contoh kod yang telah dimasukkan.
3) Simpan sebagai backup.bat. Semasa save, sila gunakan opsyen Save as type dan pilih All Files, dan bukannya Text Documents. Untuk memudahkan pencarian, simpan di Desktop.
4) Dah siap! Untuk guna, hanya klik pada program mini berkenaan, dan proses backup akan dijalankan(Satu tetingkap MS-DOS/Command Prompt akan muncul, tapi akan hilang secara automatik selepas proses backup selesai).
Selamat mencuba. =) Sebarang pertanyaan amat dialu-alukan.