Entri yang telah ditag dengan ‘Microsoft’
Setelah kira-kira sebulan Microsoft berteka-teki dalam menentukan barisan Windows7′nya yang lengkap sejak membuka pintunya kepada orang ramai untuk mencuba Windows7 Beta.
Akhirnya pihak Microsoft mengumumkan senarai kategori Windows7 yang bakal dijual kepada pengguna pada pertengahan tahun ini atau awal tahun depan.
Senarai lengkap Windows7;
Windows 7 Starter Edition
Windows 7 Home Basic
Windows 7 Home Premium
Windows 7 Professional
Windows 7 Enterprise
Windows 7 Ultimate
[via Microsoft]
Terlalu banyak bukan?Untuk mempermudahkan anda;
Windows 7 Home Premium, Windows 7 Professional, and Windows 7 Ultimate/Enterprise – developed countries.
Windows 7 Home Basic and Starter – will not legally be available for sale in the U.S., Western Europe, Japan, and other developed countries.
[LifeHacker via ZDnet]

Melihatkan tajuk di atas, saya meletakkan ‘.’ sebelum perkataan Windows 7 bukanlah niat main letak tetapi sebagai simbol muktamad atau full stop bahawa nama Windows pengganti Vista yang bakal dikeluarkan pada awal 2010 ialah Windows 7!. Sama seperti kod nama a.k.a. codename 7 yang diberi oleh para jurutera Microsoft, pihak Microsoft semalam mengesahkan Windows seterusnya yang bakal meneruskan penguasaan Vista itu akan dipanggil Windows 7.
And, as you probably know, since we began development of the next version of the Windows client operating system we have been referring to it by a codename, “Windows 7″. But now is a good time to announce that we’ve decided to officially call the next version of Windows, “Windows 7″.
Walau bagaimanapun, kebanyakkan komuniti blogger nampak tidak senang dengan nama tersebut,mereka mendakwa sepatutnya sistem pengoperasian tersebut patut diberi angka 6 sekurang-kurangya berdasarkan turutan pengiraan OS terdahulu. Penjelasan pihak Microsoft tentang pemberian nama 7.
Ya, mungkin terlalu lambat bagi anda menunggu sehingga awal 2010 untuk melihat rupa sebenar Windows 7 tersebut dan kebanyakan artikel yang ditulis hanya menunjukkan screen-shot Windows 7. Bagi yang tak sabar menanti, apakata anda muat-turun dan install sendiri Windows 7 Transformation Pack atau Windows 7 Theme untuk melihat dan merasai sendiri interface Windows 7 yang saya kira ‘lebih kurang’ interface Vista.
p/s: Baru-baru ini Windows 7 BETA Build 6519 telah pun ‘leaked’ di laman web ThePirateBay.
Projek 10 to 100 oleh Google — Google sekali lagi telah menunjukkan yang mereka ingin menguasai dunia internet dengan mengajak sesiapa sahaja untuk menghantar idea kepada mereka. Ada banyak kategori untuk dipilih yang kesemuanya berdasarkan tema “Change The World”. 100 idea akan disenarai pendek, dan selepas itu hanya 20 yang akan dipilih berdasarkan jumlah undi tertinggi(Undian akan bermula pada 27 Januari 2009), dan seterusnya akan dinilai oleh para juri untuk menentukan 5 idea terpilih sebagai pemenang. Para pemenang akan mendapat dana yang telah diperuntukkan iaitu 10 juta USD(Mungkin akan dikongsi kepada 4 pemenang yang lain) untuk merealisasikan idea mereka. Tarikh tutup ialah 20 Oktober 2008.
Perisian percuma dari Microsoft — Kepada pengguna Windows, anda boleh bergembira kerana pihak Microsoft ada membuat ‘giveaway’ secara percuma untuk beberapa aplikasi mereka seperti Visual Studio 2008 Express Editions, DreamSpark, Expression Studio 2, dan pelbagai lagi perisian yang aku tak pernah dengar.
IntenseDebate dibeli oleh Automattic — Automattic, iaitu syarikat yang membuat Wordpress, dilaporkan telah membeli IntenseDebate iaitu sebuah aplikasi yang berasaskan komen pengguna seperti Disqus. Kemungkinan besar selepas ini pengguna Wordpress akan menikmati ruangan komen yang lebih meriah dan ceria sama seperti pembelian Gravatar suatu ketika dulu. Ehem!
Telefon bimbit yang menggunakan Google Android — Dikatakan bakal memberi saingan sengit kepada Apple iPhone 3G.
*Kredit: Terima kasih kepada saudara Awqi_zar dari Asblogger.com di atas info yang telah disalurkan. =)
Pirates of Silicon Valley — Ulasan filem dokumentari Pirates of Silicon Valley oleh Qaiyum. Ulasan yang sangat menarik sampaikan aku terus tanya Qai, dekat mana boleh muat turun filem ni. ^_^ Di laman youtube ada tersimpan filem yang berkisar tentang sejarah Apple dan Microsoft ini.
Microsoft kini sedang mencuba Microsoft Download Center versi beta yang menggunakan teknologi terbaru microsoft, silverlight. Nampak lebih menarik, kemas dan lebih ceria berbanding laman Microsoft Download Center versi lama. Semakin maju dunia sekarang.
Into Cloud, Adobe - Adobe Acrobat office suite online dari Adobe System, Inc. yang akan turut serta bersaing sesama Google Docs, Microsoft Office Live Workspace dan Zoho. Malangnya, sistem ini hampir 60% dibina menggunakan Flash (atau mungkin Flex On Flash). Service ‘cloud’ lain dari Adobe ialah Photshop Express.