Review ringkas: JDarkRoom

Kepada mereka yang inginkan kelainan ketika menulis, apa kata jika kita cuba perisian percuma yang diberi nama JDarkRoom. Perisian ini merupakan editor teks yang mengisi penuh ruang lingkup monitor atau LCD anda. Macam taip dalam DOS, tapi ini untuk taip apa-apa saja yang kita nak. Warna latar boleh dipilih, bukan sekadar hitam semata-mata.

Sebenarnya perisian ini diilhamkan dari perisian WriteRoom(hanya untuk Mac), tetapi penulis perisian ini tampil membuat versi sendiri yang boleh dipasang di Windows(guna .NET) dan Linux(guna Java).

Sesuai digunakan oleh penulis novel, buku, cerpen, blog hatta pengaturcara sekalipun sekiranya inginkan kelainan dan ketenangan dari segi gangguan tetingkap lain. =)

Selamat mencuba.

E-Majalah ubuntu versi pertama siap sedia untuk dimuat turun

*Sebahagian screenshot dari muka hadapan e-majalah ubuntu karya Zul melayubuntu

Tahniah aku ucapkan kepada Zul kerana berjaya menerbitkan sendiri e-majalah setebal 27 mukasurat tentang ubuntu linux dalam bahasa Malaysia. Boleh dikatakan kewujudan e-majalah ini sebagai satu titik permulaan dalam menjadikan ubuntu mendapat hati di tempat pengguna komputer di negara kita(jadi kuranglah sedikit isu penggunaan Windows XP versi lanun).

Baik, cepat pergi muat turun!

Terdapat 3 cara untuk memuat turun e-majalah ni, iaitu melalui savefile, Box.net, atau baca secara online. Lepas tu jangan lupa baca dan ucapkan terima kasih kat penulis :). Aku dah baca, dan dengan senang hatinya aku nak buat beberapa ulasan tentang e-majalah ni. Ehem ehem ^_^..
Baca entri ini sampai habis »

Cheat sheets untuk pengguna Linux-Unix

Linux-Unix cheat sheets — Scott Klarr ada menghimpunkan koleksi cheat sheet untuk arahan linux/UNIX. Tapi err, sila jangan rambang mata sebab koleksi tu ‘ramai’ sangat, heh.

Arkib InfoMalaya

Mengikut Kategori


Mengikut Bulan

Atau, mengikut kata kunci:

Tentang InfoMalaya

Masukkan emel untuk melanggan RSS infomalaya:

Dibawakan oleh FeedBurner