Pintasan ke kandungan utama

Arkib untuk tag lailatul qadr

Salam Ramadhan

Sekarang sudah masuk 1(satu) Ramadhan. Bulan yang tidak boleh ditandingi dengan bulan yang lain kerana terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan dan juga limpah rahmat serta keampunan daripada Allah.

Firman Allah dalam Surah Baqarah : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. ”  dan Sabda Rasulallah : “Apabila datangnya ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Muttufaqun ‘Alaihi)

Sebagai Umat Islam, kita perlu mengambil peluang ini, kerana bulan selain Ramadhan, jika kita beribadat adalah untuk kita. Berlainan dengan bulan ramadhan, ianya untuk Allah. Sabda Rasulallah SAW : Maksudnya : Allah SWT telah berfirman : “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukku dan Akulah yang akan membalasnya.” (Muttufaqun ‘Alaihi). Alangkah istimewanya ibadah puasa kerana dinisbahkan secara khusus kepada Allah SWT.

Rasulallah SAW juga menyatakan bahawa orang-orang yang berpuasa mendapat kemuliaan disisi Allah Baca entri ini sampai habis »