Entri yang telah ditag dengan ‘kamera’
Kemaskini 6 Julai 2009: Ada beberapa rakan dan anak murid Ustaz yang kehilangan kamera ni dah memberikan klu. InsyaAllah barang tu akan dipulangkan ke tuan empunya yang asal dalam minggu ni. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Eriyza, dan ct-k kerana turut menghebahkan perkara ni. Tak lupa juga, kepada semua para pembaca yang turut membantu. Terima kasih!
Pertama sekali, mintak maaf sebab entri kali ni memang off-topic dan tak sepatutnya ada dalam infomalaya. Cuma aku rasa dah jatuh hukum wajib bagi aku mewar-warkan barang yang aku jumpa pagi tadi.
Baik, pagi tadi(1 Julai 2009), aku dan segerombolan kawan-kawan aku pergi berkelah di Sungai Congkak di Ulu Langat. Sedang aku mengintai-intai kelibat anak-anak ikan(hobi aku kan memancing), aku terjumpa sebiji kamera berjenama yang harga dia aku rasa mahal jugak la. Aku suspek tuan empunya tertinggal kamera ni masa berkelah dengan famili dia.
Klik untuk selanjutnya »