Google Melancarkan Dunia Maya

Google sekali lagi membuktikan kecenderungan mereka untuk menguasai dunia internet. Google baru sahaja melancarkan dunia maya yang diberi nama ‘Lively‘. Ini bertujuan untuk web sosial yang lebih dinamik.

Lively dikatakan seperti Google Talk - menyediakan ruang sembang dan juga kawalan kamera 3D dan suasana seperti laman secondlife. Spesifikasi yang diperlukan untuk menikmati Lively ini juga perlu kepada system terkini yang lebih baik serta menggunakan Windows XP atau Vista.

Pihak google menggabungkan Lively dengan aplikasi google sebelum ini seperti Youtube, Picasaweb, Google Gadget.

Jika anda ingin ber’chating’, bermesra, kongsi muzik dan lain-lain. Lively mungkin adalah yang terbaik. Namun Lively masih pada peringkat ‘beta’. Selamat Mencuba, jangan lupa untuk muat turun dan install aplikasi Lively.

Into Cloud, Adobe

Into Cloud, Adobe - Adobe Acrobat office suite online dari Adobe System, Inc. yang akan turut serta bersaing sesama Google Docs, Microsoft Office Live Workspace dan Zoho. Malangnya, sistem ini hampir 60% dibina menggunakan Flash (atau mungkin Flex On Flash). Service ‘cloud’ lain dari Adobe ialah Photshop Express.

Google Doctype - Google Code

Google Doctype - Google Code — Ensiklopedia berkaitan pembangunan web oleh Google. Untuk menjadi rujukan pembangun laman web, yang juga ditulis oleh pembangun laman web. 100% sumber terbuka, 100% open content(Isi kandungan terbuka?) dan 100% boleh dikemaskini oleh sesiapa saja yang berminat untuk menyumbang.

Sumber — Blog Google Code

Arkib InfoMalaya

Mengikut Kategori


Mengikut Bulan

Atau, mengikut kata kunci:

Tentang InfoMalaya

Masukkan emel untuk melanggan RSS infomalaya:

Dibawakan oleh FeedBurner