infomalaya - Google Code
infomalaya - Google Code Tema-tema yang pernah diguna oleh infomalaya.com, dan aku sendiri, kini telah diletakkan di dalam Google Code(Jumlah keseluruhan, 10 tema termasuk tema infomalaya.com sekarang). Dilesenkan dengan GNU General Public License v2, jadi sesiapa pun boleh mengubahsuai dan mengedarkan tema ini kepada pengguna asalkan ianya percuma.
Masih banyak kekurangan dan kelemahan tema-tema di situ, jadi sila beri peluang untuk aku luangkan masa memperbaiki mana-mana yang patut. =P Dan, sila muat turun dan isukan maklumbalas anda sekiranya ada pepijat.
Sekian, terima kasih.