Pintasan ke kandungan utama

Arkib untuk tag gajet

Ada apa dengan Sony PSP?

sony_psp_image.png

Maaf kalau entri ini agak lapuk. Mungkin ramai yang dah tahu pasal Sony PSP (PlayStation Portable) ni, tapi aku tetap nak menulis juga sebab gajet ni sangat kool. Aku tertarik untuk menulis selepas membaca entri dari blog MuidLatif, seorang new media artist yang berbakat di Malaysia. Katanya, gajet ni bukan sekadar untuk bermain games sahaja, tetapi lebih dari itu. Jom kita lihat :

1) Keupayaan untuk memainkan mp3 dan movie(Rasanya ramai dah boleh agak fungsi ni).

2) Boleh melayari internet sekiranya ada akses wifi(Sangat kool, boleh baca emel, tulis entri dan baca RSS feeds).

3) Sudah ada perisian Al-Quran, dibangunkan oleh Nazri Flavert, dinamakan The Raise.(Aku dah jumpa orangnya masa Rumpun tempoh hari).

4) Boleh dipasang dengan kamera(video pun selamba ja boleh tangkap!), dan juga GPS. (Tetapi kena beli secara berasingan)

5) Sekiranya kita men’downgrade‘ firmware PSP kepada versi tertentu(Aku tak pasti versi berapa, boleh sesiapa tolong maklumkan?), kita boleh menjalankan fungsi homebrew, yakni menggodam PSP itu sendiri. Kelebihannya? Boleh la nak main game yang pirate. Rasanya banyak lagi kelebihannya, tapi aku kurang arif tentang itu. Mungkin lepas aku dapat sebiji PSP, baru aku tahu agaknya..Haha..

Ada lagi? Letakkan di ruangan komen, aku sedang survey harga Sony PSP di KL, masih lagi antara 700-800, tapi tu tak termasuk harga games dan aksesori lain. Tahu di mana nak cari Sony PSP murah? Sila maklumkan kepada aku..Hehe..Atau ada yang sudi nak kasi hadiah kat aku..Hahaha..

Kemaskini : Kepada pembangun laman web atau netpreneur, mungkin kau boleh baca artikel tentang pembangunan laman web untuk dilihat dalam Sony PSP. Mungkin, mungkin kita boleh buatkan fail css/xhtml khas Sony PSP. ^_^