CSSmalaya - CSS untuk semua

Salam sejahtera buat semua. Aku dengan suka hatinya ingin mengajak para pembaca khususnya bagi mereka yang berminat untuk belajar dan berkongsi pengetahuan tentang css dan xhtml, turut serta dalam forum cssmalaya. Dibangunkan dengan bbpress, dengan harapan ianya dapat mengajak para ahli mengingati tag-tag asas xhtml, kerana selalunya kita cuma klik dan klik butang yang disediakan di dalam forum ketika menghantar pos.

Medium disampaikan dalam bahasa Malaysia, tetapi terma-terma penting tak perlulah dialih bahasa, nanti pening pulak jadinya. Dan, untuk memudahkan lagi penggunaan forum cssmalaya, aku dah bahagikan kategori kepada 5 bahagian utama iaitu:

  • Pengumuman - Berita dan sebagainya.
  • Tutorial dan info - Tutorial dan info mengenai css dan xhtml.
  • Kaunter Pertanyaan - Ruangan untuk bertanyakan penyelesaian masalah berkenaan css dan xhtml.
  • Request Tutorial - Permintaan ahli untuk menyatakan tutorial yang diinginkan. InsyaAllah para ahli yang tahu dan berkelapangan akan cuba memenuhi permintaan.
  • Mencari Freelancer? - Kredit pada Xero di atas idea. Khas untuk mereka yang memerlukan khidmat freelancer untuk menyiapkan kerja berkenaan laman web.

Seterusnya, tak lupa juga penghargaan pada saudara awqi_zar(kerana sudi menaja domain cssmalaya) dan Amanz(Di atas slogan cssmalaya - CSS untuk semua).

Sebenarnya forum ni dah wujud 2 bulan lepas, sebab tu dah ada beberapa ahli lain yang dah daftar. Diharap sesiapa yang ambil kisah tentang forum ni dapat menghebahkan info tentang kewujudan cssmalaya.

Sekian, wassalam ^_^

Markup Maker

Markup Maker — Kepada pambangun laman web, mungkin tools ini dapat menjimatkan masa anda untuk menulis markup, dan kepada mereka yang masih baru, dapat mempelajari cara terbaik untuk menulis markup dengan melihat markup yang telah dihasilkan oleh tools ini.

Google Doctype - Google Code

Google Doctype - Google Code — Ensiklopedia berkaitan pembangunan web oleh Google. Untuk menjadi rujukan pembangun laman web, yang juga ditulis oleh pembangun laman web. 100% sumber terbuka, 100% open content(Isi kandungan terbuka?) dan 100% boleh dikemaskini oleh sesiapa saja yang berminat untuk menyumbang.

Sumber — Blog Google Code

Adobe AIR dan FreshAIRapps.com

Sebelum penerangan mengenai direktori FreshAIRapps dicanangkan, kita lihat dahulu pengenalan mengenai apa itu Adobe AIR.

Pengenalan

Tahu adobe AIR? AIR itu sebenarnya merupakan akronim bagi Adobe Integrated Runtime. AIR merupakan aplikasi sokongan untuk membolehkan aplikasi yang dibangunkan dengan menggunakan AIR dijalankan di dalam komputer. Jadi, langkah pertama untuk menggunakan aplikasi yang dibangunkan untuk AIR ialah dengan memasang dahulu Adobe AIR. Setakat ini, pesaing adobe dalam bidang ini ialah Microsoft, iaitu dengan produk mereka, Silverlight.
Baca entri ini sampai habis »

Akronim lagi~Bahagian ke-2

Ini merupakan entri lanjutan berkenaan penggunaan akronim di dalam entri. Alhamdulillah, sekarang nampaknya dah banyak blog mengaplikasikan penggunaan akronim dalam blog masing-masing, tahniah aku ucapkan!

Baik, kali ni, aku nak kongsi cara nak jadikan akronim tu lebih menyerlah dan bermakna. Contohnya, sila letakkan kursor masing-masing di atas perkataan di sebelah, DVD. Ada nampak simbol tanda soal, kan? Sebelum ni tak ada, sebab aku pun baru perasan hal ni. Kasihannya aku, huhu..Untuk pengguna wordpress yang guna tema Kubrick, cara ni dah tersedia secara default.

Cara-caranya:
1) Masukkan kod CSS di bawah ke dalam fail style.css tema masing-masing. Manakala untuk pengguna blogspot, sila masukkan ke dalam embed CSS halaman blogspot anda.
acronym
{
cursor:help;
}

2) Eh, dah siap! ^_^

Selamat mencuba.

CSS Naked Day ‘08


Pernah dengar CSS Naked Day? Kalau tak pernah, 9 April yakni hari ini merupakan hari memperingati betapa pentingnya CSS dalam pembangunan web. Masuk tahun ni, dah 3 tahun acara ini dijalankan.

Setiap peserta dikehendaki membogelkan laman web/blog masing-masing dari CSS. Hasilnya, laman web berkenaan akan kelihatan togel dengan apa-apa style dan grafik(kecuali gambar yang dimasukkan dalam HTML atau entri). Boleh lihat contoh laman web peserta di sana.

Apa-apa pun, rasanya infomalaya dot com tidak menyertai acara ini pada tahun ini. Lagipun tema blog ni baru guna 3 hari, sayangnya nak biarkan dia togel, hehe..

Jadi, kepada yang berminat, bolehlah sertai mereka di sana dengan mengisi borang pendaftaran.

hCard - Satu permulaan

hcard.png
Tajuk entri yang kurang menyerlah, tapi abaikan dahulu. Sebab entri kali ni agak panjang dan ‘kemungkinan’ berguna untuk blogger. Sebelum kita ketahui bagaimana untuk menggunakan hCard, mari kita ketahui dahulu apa itu hCard.

hCard? vCard?

Sebenarnya vCard yang muncul dahulu sebelum hCard. vCard adalah asas kepada hCard. hCard merupakan format vCard yang boleh diedar, yakni boleh dimuat turun dan disimpan dalam perisian seperti Address Book dalam komputer kita. Ingat lagi microformats? hCard adalah salah satu elemen dalam microformats. Itulah serba sedikit maklumat ringkas tentang vCard/hCard. Baca entri ini sampai habis »

Arkib InfoMalaya

Mengikut Kategori


Mengikut Bulan

Atau, mengikut kata kunci:

Tentang InfoMalaya

Masukkan emel untuk melanggan RSS infomalaya:

Dibawakan oleh FeedBurner