Pintasan ke kandungan utama

Arkib untuk tag bunchout

YouthSays beta - Bukan sekadar survey


Satu lagi projek kolaborasi Encik Khailee Ng. Kali ini beliau bersama dengan Joel Neoh untuk membangunkan YouthSays. Sebelum ini, infomalaya pernah membuat ulasan tentang BunchOut iaitu salah satu sentuhan Khailee Ng juga.

Apa itu YouthSays?

Berdasarkan info dari laman rasmi mereka dan ini, boleh disimpulkan bahawa YouthSays adalah komuniti untuk remaja meluahkan pendapat masing-masing dalam bentuk survey yang dijalankan. Yang paling menarik, setiap survey yang dijawab akan dibayar. Survey berbayar sememangnya telah lama dipraktikkan di dunia realiti, tapi di dunia siber Malaysia, ini pengalaman aku yang pertama. Dengar khabarnya, mereka sedang menawarkan RM50,000 untuk 25,000 remaja. Err, aku dah daftar, tapi emel pengesahan belum sampai.


Bukan sekadar survey!

Dengan menjadi ahli, selain mendapat wang selepas menjawab survey, para ahli juga layak untuk turut serta dalam forum mereka yang dinamakan Youth Council.

Lagi?
Hanya mereka yang berumur 35 tahun ke bawah sahaja yang layak memohon untuk menjadi ahli. Pendaftaran adalah percuma dan mudah. Borang pendaftaran juga sangat interaktif dan menarik. tahniah kepada pembangun laman web berkenaan. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh lihat laman FAQ mereka.

Sekian sari berita penting untuk hari ini.