Pintasan ke kandungan utama

Arkib untuk tag blog

Zaman dah berubah

Sekarang ni bukan zaman aku pi blog hang, sebab tadi hang mai singgah dan komen kat blog aku. Sekarang ni zaman aku pi blog hang sebab blog hang best!

Setuju? Atau sebaliknya?

Tambahan: Semakin banyak blog yang seronok dibaca sekarang. Alhamdulillah.

Tema Revolution2 menjadi Open Source. [Wordpress]

Bagi yang telah lama menggunakan Wordpress sebagai platform untuk ber’blogging, pasti pernah mendengar tema Wordpress Revolution2 daripada Brian Gardner.Harga untuk tema rekaan beliau iaitu Revolution2 mencecah puluhan Dolar kerana keunikanya!Tema Revolution2 itu banyak digunakan dalam blog yang berkonsepkan News, Photo, Magazine dan memang cun serta seswai.

Tapi mulai hari ini dan seterusnya, tema Wordpress tersebut yang bernilai puluhan Dolar tersebut boleh anda dapatkan secara percuma tanpa apa-apa syarat!Ini kerana mulai hari ini, tema tersebut telah pun menjadi Open Source. Pada mulanya, tema Revolution2 ini akan dijadikan Open Source mulai 1 November tetapi dek kerana perasaan tidak sabar si Brian Gardner, tema yang mahal tersebut telah pun dilepaskan pada hari ini juga. Terima kasih banyak-banyak ler Yob yek.

I am very happy to announce that the Revolution Two open source theme site has officially launched! Yes, I had mentioned earlier that it would launch midnight on 10/31, but I figured I owed you all an early release.

Jadi apa lagi yang ditunggu?Moh sama-sama kita weh muat-turun tema tersebut untuk dicuba pada laman blog kita.


Contoh laman blog yang menggunakan Tevolution2 Theme jenis Magazines.

[Link][Muat-turun]

Tekanan Si Penulis Blog

image Baru-baru ini, dunia blog antarabangsa telah dikejutkan dengan kejadian yang menimpa dua orang penulis blog terkemuka iaitu Marc Orchant dan Om Malik. Hal ini dikaitkan dengan tekanan yang terpaksa dihadapi oleh penulis-penulis blog, terutamanya mereka yang berada dalam bidang teknologi.

Kenapa bidang teknologi? Ini kerana orang-orang seperti ini harus sentiasa peka dengan perkembangan terbaru. Ianya bagaikan satu pertandingan: siapa yang lebih dahulu mendedahkan cerita, dialah yang menang. Ini yang membuatkan mereka sentiasa berjaga, agar tidak terlepas satu berita pun.

Keadaan ini bukan sahaja berlaku di arena blog antarabangsa. Malah, blog tempatan kita ni pun turut terkena tempiasnya. Hong Kiat sendiri mendedahkan yang beliau semakin banyak mengambil kaffein dan nikotin, dan LiewCF pula semakin bertambah beratnya.

Baca entri ini sampai habis »

Kemaskini Blog Anda Melalui Flock!

Salam Sejahtera, suasana baru, theme baru, tutorial baru. Anda tentu perasan berkaitan entri yang ditulis oleh pegawai teknikal Infomalaya, Ariff Azraai bertajuk Flock 1.0, terima kasih kepada beliau. Kali ini kita lihat bagaimana anda boleh kemaskini blog anda menggunakan Pelayar Flock.

Mari kita mulakan. Pertama sekali anda haruslah ada Pelayar Flock ini, sila download dan install jika masih belum ada.

tool

1. Klik tools, kemudian Blog Editor, atau menggunakan shortcut keyboard anda dengan menekan Ctrl+Shift+B.

setup
Baca entri ini sampai habis »