Salam sejahtera buat semua. Aku dengan suka hatinya ingin mengajak para pembaca khususnya bagi mereka yang berminat untuk belajar dan berkongsi pengetahuan tentang css dan xhtml, turut serta dalam forum cssmalaya. Dibangunkan dengan bbpress, dengan harapan ianya dapat mengajak para ahli mengingati tag-tag asas xhtml, kerana selalunya kita cuma klik dan klik butang yang disediakan di dalam forum ketika menghantar pos.
Medium disampaikan dalam bahasa Malaysia, tetapi terma-terma penting tak perlulah dialih bahasa, nanti pening pulak jadinya. Dan, untuk memudahkan lagi penggunaan forum cssmalaya, aku dah bahagikan kategori kepada 5 bahagian utama iaitu:
- Pengumuman - Berita dan sebagainya.
- Tutorial dan info - Tutorial dan info mengenai css dan xhtml.
- Kaunter Pertanyaan - Ruangan untuk bertanyakan penyelesaian masalah berkenaan css dan xhtml.
- Request Tutorial - Permintaan ahli untuk menyatakan tutorial yang diinginkan. InsyaAllah para ahli yang tahu dan berkelapangan akan cuba memenuhi permintaan.
- Mencari Freelancer? - Kredit pada Xero di atas idea. Khas untuk mereka yang memerlukan khidmat freelancer untuk menyiapkan kerja berkenaan laman web.
Seterusnya, tak lupa juga penghargaan pada saudara awqi_zar(kerana sudi menaja domain cssmalaya) dan Amanz(Di atas slogan cssmalaya - CSS untuk semua).
Sebenarnya forum ni dah wujud 2 bulan lepas, sebab tu dah ada beberapa ahli lain yang dah daftar. Diharap sesiapa yang ambil kisah tentang forum ni dapat menghebahkan info tentang kewujudan cssmalaya.
Sekian, wassalam ^_^