Pintasan ke kandungan utama

Arkib untuk tag akronim

Akronim lagi~Bahagian ke-2

Ini merupakan entri lanjutan berkenaan penggunaan akronim di dalam entri. Alhamdulillah, sekarang nampaknya dah banyak blog mengaplikasikan penggunaan akronim dalam blog masing-masing, tahniah aku ucapkan!

Baik, kali ni, aku nak kongsi cara nak jadikan akronim tu lebih menyerlah dan bermakna. Contohnya, sila letakkan kursor masing-masing di atas perkataan di sebelah, DVD. Ada nampak simbol tanda soal, kan? Sebelum ni tak ada, sebab aku pun baru perasan hal ni. Kasihannya aku, huhu..Untuk pengguna wordpress yang guna tema Kubrick, cara ni dah tersedia secara default.

Cara-caranya:
1) Masukkan kod CSS di bawah ke dalam fail style.css tema masing-masing. Manakala untuk pengguna blogspot, sila masukkan ke dalam embed CSS halaman blogspot anda.
acronym
{
cursor:help;
}

2) Eh, dah siap! ^_^

Selamat mencuba.

Kepada blogger, sila gunakan akronim bila menulis

Tajuk yang agak direct aku rasa. Untuk memulakan entri ini, biarkan aku bercerita tentang sebuah kisah benar yang telah berlaku:

Ahmad(bukan nama sebenar) sering melayari internet terutamanya blog. Pada satu hari, dia ternampak seorang blogger ini menggunakan perkataan LOL di dalam entrinya. Tanggapan Ahmad pada waktu itu, itu adalah cara sebutan perkataan itu, iaitu dengan mengeluarkan bunyi “lool” dari mulut, yang membawa maksud terkejut dalam nada gembira.

Hendak dijadikan cerita, ketika dia sedang berchatting dengan rakannya di YM, kawannya ada memberitahu yang dia(rakannya itu) telah menerima tawaran untuk menjadi creative director di sebuah studio. Ahmad yang ketika itu terkejut dan gembira telah menaip perkataan LOL secara spontan. Kawannya terasa hati dengan tindakan Ahmad kerana kawannya itu tahu maksud sebenar LOL (LOL = Laughing Out Loud). Ahmad terpinga-pinga bila rakannya menegur kebiadapannya. Kesian Ahmad. Dia sepatutnya mengambil langkah bijak dengan mengoogle dahulu perkataan LOL itu.

Baca entri ini sampai habis »