Pintasan ke kandungan utama

Arkib untuk tag Adobe

Adobe CS4 dilancarkan

Baru-baru ini seprti ada di antara kita sedia maklum, pihak Adobe telah pun melancarkan produk terbaru mereka iaitu Adobe CS4(Creative Suite 4). Ada 5 suite yang ditawarkan, iaitu:

1) Adobe CS4 Master Collection

Harga pengenalan ialah RM10,239. Antara suite yang termahal dalam barisan produk Adobe buat masa ini.
Baca entri ini sampai habis »

ADAA - Adobe Design Achievement Awards 2008

Adobe Design Achievement Awards 2008

Adobe telah mengumumkan para pemenang dan finalis untuk anugerah Adobe Design achievement bagi tahun 2008. Apa yang menarik ialah, sebanyak 20 semi-finalis dari 70 peserta dari Malaysia yang bertanding. Keseluruhan submisi ialah sebanyak 979(dari pelbagai negara). Untuk melihat keputusan dan hasil kerja peserta secara terus, sila berkunjung ke laman web rasmi ADAA(Yang sangat interaktif).

Paparan laman web ADAA

Kesimpulannya: Negara kita sememangnya ramai insan-insan yang berbakat dalam bidang rekabentuk dan seni. =) Syabas!

Kredit info : Anne dari PPM Technology Communications Sdn Bhd

Muat turun Adobe Reader 9

Kini Adobe Reader 9 sudah sedia untuk dimuat turun. Sila berkunjung ke laman rasmi Adobe untuk mendapatkan perisian ini atau melihat dahulu fungsi terbaru untuk versi 9. Versi ini boleh didapati secara percuma, berbanding dengan versi berbayar(Adobe Acrobat 9 Pro Extended beta) yang telah direviu baru-baru ini.

Selamat mencuba. =)

Kredit: Anne dari PPM Technolgy.

Review : Adobe Acrobat 9 Pro Extended beta


Alhamdulillah, baru-baru ni aku berpeluang untuk mencuba sendiri menggunakan perisian Adobe Acrobat 9 Pro Extended versi beta. Terima kasih kepada Anne, konsultan dari PPM Technolgy Communications di atas penyediaan CD installasi dan info berkaitan dengan produk ini.

Pengenalan.
Seperti yang kebanyakan kita sedia maklum, Adobe Acrobat selalu digunakan untuk menghasilkan fail yang berformat PDF, manakala Adobe Acrobat Reader pula digunakan untuk membaca fail PDF. Tapi untuk versi Pro, fungsinya agak mantap jika dibandingkan dengan versi percuma.
Baca entri ini sampai habis »

Into Cloud, Adobe

Into Cloud, Adobe - Adobe Acrobat office suite online dari Adobe System, Inc. yang akan turut serta bersaing sesama Google Docs, Microsoft Office Live Workspace dan Zoho. Malangnya, sistem ini hampir 60% dibina menggunakan Flash (atau mungkin Flex On Flash). Service ‘cloud’ lain dari Adobe ialah Photshop Express.