Blog / Arkib / Tag Rumpun 2007!

Tag Rumpun 2007!

rumpun2.png

Maka tersebutlah kisah, Rumpun 2007 berakhir dengan gemilangnya. Namun, edisi Rumpun yang akan datang akan diperbaiki lagi kerana banyak lagi yang masih kurang, aku meminta maaf selaku pihak penganjur. Dari blog saudara AzharAhmad, aku mendapat tag Rumpun, sesuai dan tepat pada masanya untuk dijawab demi memastikan kelancaran Rumpun seterusnya. Mari kita lihat!

1. Apakah impresi awal anda sebaik sahaja melangkah masuk ke tingkat atas Restoran Pelita Nasi Kandar KLCC?

Aku terkejut, yang aku kenal pada masa tu ialah cuma Omar seorang..Hehe..Aku datang berteman dengan kawan aku, Razman.

2. Adakah suasana gathering seperti yang anda sangkakan sebelum ini?

Tidak, sebab gathering sebelum ni yang datang cuma 10 orang, hehe..

3. Peserta gathering manakah yang paling ketara kehadiran kepada anda?

Disebabkan aku pihak penganjur, jadi aku menantikan kedatangan semua orang dengan hati yang gembira!

4. Perkara / acara apakah yang paling anda berpuashati sepanjang gathering ini.

Keramahan para tetamu.

5. Apakah cadangan perubahan bagi memantapkan RUMPUN tahun hadapan?

Tempat yang lebih besar! Dan juga PA system.

6. Perkara yang hendak anda sumbangkan kepada RUMPUN untuk gathering akan datang?

Apa-apa sahaja asalkan mampu.

7. Adakah anda ada gambar-gambar menarik yang ditangkap sepanjang gathering? Tampal di sini atau tunjukkan kami fotoblog anda.

Aku haram tak ada kamera, jadi camna nak tunjuk..Haha..

Jadi kau, kau dan kau yang telah pergi ke Rumpun, sila jawab tag ini sama ada di blog masing-masing, ataupun di ruangan komen entri ini. Sekian dari aku, Assalamualaikum. ^_^



12 respon untuk entri “Tag Rumpun 2007!”

  1. arynet (#)

    kejelesan masih belum hilang nih.. lepas nih, buat bagi gempax lagi noo..


  2. anasxz (#)

    insya Allah. kalau ada rumpun seterusnya aku cuba ikut. plan untuk rumpun raya ni boleh gak, sbb time tu musim cuti sekolah. kan?

    yg penting rumpun ni dapat berjalan Alhamdulillah dengan support dari advertlets.com. kalau tak ada penaja susah sikit nak jayakan. sememang kos. ongkos.


  3. ramzy0 (#)

    aku harap rumpun 2008 akan diadakan, dan harap2 diadakan pade mase cuti sekolah.. :)

    p/s: aku siinggah bace post kat blog nurani azhar, huuh, memang pedas..


  4. mixterr (#)

    aku pon masuk gak blog AzharAhmad yeah mmg pedas dan berani…hehehehe


  5. MYBlog (#)

    Ya betul kena buat lagi, Insyallah hamba akan sampai


  6. Noorizam Shah (#)

    ye ye ye.. memang bat orgnya peramah.. dan.. dan.. muka nih senyum jer.. leh jadi pelaris nih.. hohoho


  7. abdfatah (#)

    hahahaa… dah ke hulu ke hilir macam mana bat nak hambik gambo. cubalah bayangkan masa duk bercakap tetiba hambik gambo ketika bercakap. dua kerja dalam satu masa. mana nak jalan lancar majlis… adesh.


  8. azwanhadzree (#)

    Aku rasa tak perlu buat tag ini, Azhar sudah nyatakan segalanya. Memang dia nampak sedikit kecewa dalam hal ini. Tapi dia pun patut tahu, saper suruh datang lambat …kah..kah..kah… Lagipun Rumpun 2007 dijalankan secara tidak formal dan dalam suasana yang santai. Aku pun mengikut rentak dan menikmati yang indah-indah sahaja. Ada aku nyatakan pandangan aku dalam kedua-dua post aku sebelum ini tapi aku sampaikan dalam nada gembira, bukan itu kah tujuan Rumpun 2007 sebenarnya? Berkenal-kenalan dan bergembira, bukan bersedih kerana diri tidak diperkenalkan atau diri tidak diambil peduli. Jika orang lain pasif, apa salahnya kita aktif. Maaf ya, aku rasa aku pun benar.

    Jika aku perlu bayar untuk Rumpun 2007, memang sudah lama aku bengang. Isteriku sudah semestinya tahu perihal mulutku ini, tapi buat apa mengeruhkan keadaan. Kita patut ’seize the day’, lakukan apa yang terbaik. Live it! Bro. Memang terlalu banyak kelemahan yang ketara, lebih-lebih lagi dari pihak Advertlets sendiri. Ada ketika di mana Josh sendiri terlupa siapa Mohd Ismail. Aku ketawa dalam diam.

    Ramai yang menyampaikan khabar gembira mengenai Rumpun 2007, termasuklah aku. Secara tidak langsung, itu sudah cukup untuk mengatakan program itu berjaya pada dasarnya. Aku ulang sekali lagi, berjaya pada dasarnya. Mungkin expectation Azhar terlalu tinggi. Atau mungkin dia sedikit kecewa dengan seseorang .. ha .. ha .. ha .. Hatinya terguris :(

    Cuma kecacatan yang ada perlu diperbaiki lagi dan aku harap penganjur dan penaja tidak serik. Jangan kecewa, terimalah kritikan-kritikan tersebut dengan terbuka untuk memeriahkan lagi Rumpun-Rumpun yang akan datang. Semoga ia lebih ghairah dan mengasyikkan :)

    Kita perlu sentiasa positif dan optimis walaupun dalam keadaaan kelam.


  9. Mohd Huzairy (#)

    @arynet: Cepat la balik Malaysia..Haha..

    @anaszx: Iya, harap datang.. ^_^

    @ramzy0: Err, bagi aku tak pedas, tapi jujur..Hehe..

    @mixterr: Haha..Itu komentar jujur..

    @MYblog: InsyaAllah..

    @NoorizamShah: Ahaha..itu waktu senyum, waktu berduka lara tak tengok lagi..Tak comel langsung..kakaka

    @abdfatah: aku jenis takleh duduk diam..heh

    @awanhadzree: Wahaha..Ya, memang pada dasarnya, objektif berjaya dicapai iaitu semua orang dapat berjumpa, dapat makan, pcmalaya dapat ditunjukkan dan sessi bergambar..Hehe..

    Kami terima dengan hati yang terbuka semua kritikan tu, macam Mael cakap, semua tu penting untuk mematangkan kami dan Rumpun itu sendiri..Kami takkan serik, malah kami akan cuba perbaiki lagi mana yang kurang.. ^_^ Kami kan kool! Ahahaha…


  10. anaszx (#)

    dua pandangan, dua2 ok bagi aku. masing-masing punya pendapat. apa2 pun itu sekadar pendapat dan boleh dibincangkan.


  11. manchurr (#)

    wahh bat! dah matured dah skrg.. dulu masa jumpa.. clean n botak je muka tu.. ni mcm x terurus je.. bz wat event rumpun ni kot huhuhu :P jeles aku x g!


  12. Trojan (#)

    pengalaman pertama bekalan untuk kali kedua dan sterusnya supaya lebih berjaya!!!


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen