Arkib

jengking

   Semasa berjalan-jalan di pinggir taman, seorang lelaki tua ternampak seekor kala jengking yang tergapai-gapai di dalam lopak. Jengking hitam sebesar ibu jari kaki itu berkali-kali cuba memanjat tebing, tapi setiap kali mencuba, ia jatuh semula ke dalam air. Lelaki tua itu berasa simpati. Dicapainya jengking hitam itu, tapi belum sempat menyelamatkannya, haiwan itu menyengat jari lelaki tua itu. Sakitnya bukan kepalang. Ironinya, tiap kali disengat, orang tua itu tetap juga mencuba untuk mengangkat jengking hitam itu keluar dari lopak.

  “Mengapa pakcik masih lagi nak menyelamatkan kala jengking ini? Dah berkali-kali pakcik disengatnya,tapi pakcik masih lagi nak mencuba. Kenapa?” tanya seorang pemuda yang sejak tadi memerhatikan lelaki tua tersebut. Orang tua itu menjawab,”Menyengat memang sifat semulajadi seekor kala jengking. Tapi sifat semulajadi manusia ialah menyayangi. Mengapa mesti kita korbankan sifat semulajadi kita itu kepada sifat semualajadi seekor haiwan?”.

  Selepas berkata demikian, lelaki tua itu mencuba lagi mengeluarkan jengking hitam itu sehingga berjaya. Lelaki tua itu tersenyum puas biarpun bisa sengatan telah pun menular ke seluruh tubuhnya…Bersama-samalah kita menghayati erti sebenar sifat semulajadi kita yang bernama manusia..

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://www.mentariworks.com

Sedang menunggu status penempatan di sekolah rendah. Sekarang sedang menganggur sepenuh masa sambil melihat langit biru di langit, atau pun sedang nyenyak tidur untuk mengisi masa lapang. Tak hensem, tak rajin, dan tak mesra. Ewww~

Sudah ada 3 respon untuk entri ini »

  1. Komen dari Mohd Azlan · January 18, 2007 @ 12:32 pm

    begitulah sifat2 manusia yang semula jadi, semoga menjadi ikutan dikalangan manusia sekaang ini

  2. Komen dari nurul asyiqin · October 11, 2007 @ 1:09 am

    Harapan saya semoga banyak insan seperti cerita d atas tu..

    Hu hu.Diri sendiri pon x sanggup.

    Camne……..

  3. Trackback dari Tramadol. · November 19, 2007 @ 3:59 pm

    White tramadol with 377 on the side….

    Buy tramadol. Tramadol. Tramadol cheap no rx free overnight shipping….

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.

Langganan RSS

Inginkan kemaskini di InfoMalaya dot com dihantar terus ke peti mel anda? Sila masukkan alamat emel anda di ruangan yang disediakan. Kami takkan sesekali menyalahgunakan emel anda, lagi pun kami bukan orang jahat.

*Sila rujuk artikel ini sekiranya anda masih samar-samar tentang langganan RSS.

Rangkaian Sosial

Demi bersaing dengan teknologi internet yang semakin pesat dan kesat, kami pun tak ingin ketinggalan. Sertai kami di laman rangkaian sosial di bawah.

Atau, jika anda ada sebarang pertanyaan, sila ajukan ke hello@infomalaya.com