Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / Sejenak bersama Drupal

Sejenak bersama Drupal


Seperti yang dijanjikan, kali ini aku nak menyentuh tentang sebuah CMS yang diberi nama Drupal. Untuk pengetahuan semua, Drupal ialah sebuah CMS yang modular, sumber terbuka, dan prestasinya hampir sama(atau lebih) dengan Joomla dan ExpressionEngine.

Apa bezanya dengan Wordpress?

Berbeza dengan Wordpress yang fungsi utamanya hanyalah untuk membuat blog(Walaupun sememangnya tidak mustahil untuk guna Wordpress untuk laman web jenis lain), Drupal dapat digunakan untuk membina laman web yang berskala besar(Kalau nak gunakan untuk blog pun tak jadi masalah). Contohnya seperti membina laman web untuk Utusan.com.my, HarakahDaily mahu pun MalaysiaKini. Antara laman web yang menggunakan Drupal ialah Adobe(Untuk laman web Flex), Metallica(Rock!), Sun Microsystem, dan banyak lagi laman web berprofil tinggi.

Secara umumnya, sekiranya pengguna hanya ingin membuat blog, disarankan supaya mencuba Wordpress terlebih dahulu, kerana wordpress lebih sesuai dan mudah untuk tujuan berblog berbanding dengan Drupal. Pada pendapat aku, Drupal sesuai digunakan oleh mereka yang ingin membina laman web komuniti, laman web berita(seperti yang dinyatakan di perenggan kedua entri ini), dan laman web syarikat/produk yang mana, isi kandungan dan bahagian/kategorinya cukup banyak dan bersimpang siur.

Drupal di Malaysia?

Setakat ini, aku cuma nampak Drupal.my(Dibuat oleh saudara Najib Habeb) sahaja, yang lain-lain belum ada setakat ni atau pun aku sendiri yang tak tahu. Boleh dikatakan perkembangan Drupal di Malaysia agak perlahan jika dibandingkan dengan Joomla dan Wordpress, walhal bagi aku, Drupal lebih senang digunakan berbanding Joomla dan ExpressionEngine(Mungkin sebab antaramuka pengguna yang tak berapa menawan).

Ingin mencuba Drupal?

Untuk mereka yang berminat, bolehlah mencuba demo yang telah disediakan dan nilai sendiri kelebihan dan kekurangan Drupal, dan sekiranya terpikat, sila muat turun dan pasang di dalam komputer(localhost) masing-masing atau hosting sendiri.

p/s: Aku sendiri sekarang sedang belajar guna Drupal. =)

Selamat mencuba.



15 respon untuk entri “Sejenak bersama Drupal”

  1. arynet (#)

    ya. drupal antara CMS terbaik. Joomla dan drupal saling bersaing untuk award.. hehe.. wordpress pula tak ada untuk 2008 Open Source CMS Award Finalists.


  2. Harith (#)

    aku skrg pakai drupal, drupal mudah nak belajar daripada menggunakan joomla. Aku rasa, sesiapa nak menggunakan CMS, drupal adalah pilihan terbaik. ;)


  3. kita (#)

    ni mesti try….rugi aaa..kalau aku guna drupal kat kongsiblog.com kan bagus..leh tranfser tak data wordpress ke drupal :)


  4. Harith (#)

    Aku rasa ko boleh migrate data dari wordpress ke drupal pakai module migration utilities

    Baca ni, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu ;)

    http://drupal.org/node/43178


  5. Bat (#)

    @arynet: owh, hehe, wordpress untuk anugerah lain agaknya, kan.. :)

    @Harith: Aah, betul tu. Tenkiu sebab bagi pautan untuk migrate wordpress ke drupal tu, hehe..

    @kita: Cuba jangan tak cuba, hehe..Tapi jangan lupa buat backup dulu.. :)


  6. Junaidix (#)

    erm.. sajer nak letak komen.. muahehehe..


  7. Bat (#)

    @Junaidix: hehe.. =P


  8. red (#)

    hmm…bagi aku joomla lebih mudah tapi majoriti disini mengatakan drupal lagi mudah.ntahla sebab aku tgk interface dia agak kurang friendly la…dan susah nak configure.
    maybe 1st impression dia ja mcm tuh ..kot..
    nanti senang2x aku nak guna drupal plak.sebab aku tgh buat business model utk tesis guna joomla hehe


  9. red (#)

    wordpress menang bgi kategori lain social ntworking kot tapi apapun joomla the best !!


  10. Bat (#)

    @Red: Ya, gunalah joomla sebaik mungkin. =) Buat tesis elok2 geng, hehe..


  11. azraai (#)

    CodeIgniter the best. Drupal takde convention. API berserabut.

    nak lagi best Django. no one can beat this one.


  12. Bat (#)

    @Azraai: CI ngan Django tu dah masuk kategori framework..Drupal takda convention? Tak faham…


  13. Dupal Malaysia (#)

    Hello people,

    Najibx here …Thanks for blogging about Drupal.

    Drupal.my was started by me, but the development is now done collaboratively by others. So, the credit shall goes to others as well. The hosting also provided by randukbenua. In fact there’s another group at http://groups.drupal.org/malaysia.

    For those interested to learn Drupal ..welcome !

    There’s no point of stressing which one is better than another. Importantly, how much you know about each and make a full benefit of it (and contribute too).


  14. pensil2b (#)

    najib mmg otai..

    jadi kepada anda sekalian..satu kajian untuk membuktikan ‘usability’ Content management system telah dijalankan..kajian ini membabitkan 2 cms yg sangat popular iaitu Joomla dan Drupal..

    jadi…Online Survey dah siap..anda hanya perlu pergi ke web saya yg x seberapa ini utk menjawab beberapa soalan

    http://www.2b.ceomalaya.com

    marilah menambahkan pahala di bulan puasa ini..hehe


  15. lankapo (#)

    salam semua,

    dulu aku try Joomla.nak belajar..susah lah bagi newbie macam aku ni. Dari theme,component,dll

    ni aku ank try drupal, mmg sng. layout yg baru ni mmg user friendly lah.

    caiyok2 :)


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen