Arkib

Memperkenalkan SecretSaya.Com, sebuah laman web khas untuk meringankan beban menanggung rahsia peribadi. Didatangkan dalam 3 pakej untuk berkongsi rahsia iaitu melalui Artwork(Hasil seni), suara(Audio) dan juga penulisan(Penceritaan). Tapi jangan risau, identiti peribadi adalah sulit. Jadi takda masalah kalau nak ceritakan tentang perasaan sayang kita kepada seseorang, cewah, hahaha…Yang menariknya, ahli lain boleh memberikan cadangan atau komen tentang apa yang kita kongsikan.
Ok la, buat apa aku nak berkongsi rahsia aku dengan orang lain?
Pada pendapat aku, selagi kita simpan sesuatu perkara/rahsia tu dalam diri kita, kita akan rasa serba tak kena. Rasa macam nak luahkan, tapi tak tahu kat mana. Kalau nak ceritakan kat orang lain, takut tersebar(Tambah-tambah kalau dapat kawan jenis mulut tempayan), tapi kalau dapat kawan yang tahu simpan rahsia, itu dah kira bagus. Dan, dengan berkongsi atau buat luahan perasan, tak ke rasa lega bila buat macam tu? Aku rasa selama menulis dalam blog ni(Bukan blog InfoMalaya.Com, blog lain tau), dah berpuluh-puluh luahan hati yang aku buat, dan aku rasa sangat lega! Tambah-tambah bila ada orang lain kasi komen dan cadangan, hahaha…Betul tak?
Dan, berbalik pada SecretSaya.Com
Seperti biasa, untuk gunakan servis laman web ni, kita kena daftar dulu. Lepas tu barulah boleh nak buat sessi berkongsi rahsia dan melihat rahsia orang lain. Ops, sebelum terlupa, laman web ni hasil buatan orang Malaysia! =) . Sekian.
Entri sebelumnya « Lama tak nampak? Apa cerita?
Komen dari emptyspace · January 15, 2008 @ 3:33 am
nama domain yg sedap, grafik yg familiar.. adekah artgeex designernye?
Komen dari hafreze · January 15, 2008 @ 5:58 am
wow, lepas tgk website dieorg, agak best la gak service yg dijalankan. share rahsia tanpa org tau siapa kita. ya bat, ape lagi, luahkan isi hati kau disana..
Komen dari kita · January 15, 2008 @ 8:02 am
cewahhhh…satu lagi services masyarakat nampak..maknanya sikit lagi orang kita akan semakin cantik dan sihat ler coz apa-apa masalah dapat diluahkan pada seluruh dunia
..bagus-bagus
Komen dari Pembebel · January 15, 2008 @ 9:16 am
Hui, tak berani lah aku nak kongsi. Kui3. Ok lah. Ok lah. Secret aku adalah aku suka Bat(?) Er.. Geli siot! Kekeke.
Komen dari Fahmishah · January 15, 2008 @ 9:18 am
betul bro. kalau kita pendam je n x luahkan sampai itulah beban kita berasa berat bebanan kita.
Komen dari syia · January 15, 2008 @ 9:45 am
bagus la pulak bile pikir lame2 idea ni.. nanti leh jadi trend
Komen dari megat · January 15, 2008 @ 10:05 am
Dalam dunia yang penuh dengan cabaran, kejar masa. Makin ramai yang menghadapi tekanan. Tekanan dalam dunia moden ini datang dalam pelbagai cara dan dari pelbagai sumber.
Bagus klu kita dpt meluahkan di tempat seperti di laman baru ini. Satu lagi produk orang kita. Tahniah!
Komen dari Pembebel · January 15, 2008 @ 10:59 am
Cis, kenapa komen aku masuk spam? Haha.
Komen dari Pembebel · January 15, 2008 @ 10:59 am
Aik, boleh ler plak. Huhu.
Komen dari Rjuna · January 15, 2008 @ 11:33 am
Hebat juga idea webmaster nih buat website, kalau cara biasa, macam kita cari penulis untuk blog/website kita
Komen dari Mohd Ismail · January 15, 2008 @ 12:45 pm
oh kool.. dia macam PostSecret ;p tp lebih comel & sempi design’nya.. he he
Komen dari Pembebel · January 15, 2008 @ 12:49 pm
Sempoi. Haha.
Komen dari novatech · January 15, 2008 @ 1:06 pm
tiru postsecret.com ke?
ah..
Komen dari Azhar Ahmad · January 15, 2008 @ 5:50 pm
Oh2 oh…..Saya suka kongsi rahsia hati dengan Babat jew… Ahahahha… Skeptik!
Komen dari chah_el · January 15, 2008 @ 7:04 pm
hermm..mmg best idea ni..boleh la klu sape yang rase suaranya tak “didengar” boleh la meluahkan kat situ…hehehe
Komen dari SecretSaya · January 15, 2008 @ 7:47 pm
Terima kasih untuk Bat kerana review secret saya dan feedback dari anda sgt2 kami hargai.Tentang meniru postsecret.com pula – jika nak bicara tentang originality, kami rasa agak subjektif. Bagi kami semuanya tentang improvisation and innovation. =)
Di Malaysia tak banyak lagi online support group mcm nie. Tujuannya selain untuk bantu diri sendiri, kita boleh bantu org laen gak. Kami bukan ahli saikologi, atau ahli theraphy. Cuma kami rasakan malaysian perlu lebih terbuka untuk bebicara tentang masalah dan bagaimana berdepan dengan masalah. Harap dapat sokongan yg positif dari semua pihak…
Komen dari Bat · January 15, 2008 @ 11:13 pm
Err..Bukan, team lain rasanya.. =)
Komen dari Bat · January 15, 2008 @ 11:14 pm
Hehe..Dalam proses..haha =)
Komen dari Bat · January 15, 2008 @ 11:15 pm
Arghhh…Gelilah wei Pembebel, hahaha…
Komen dari Bat · January 15, 2008 @ 11:17 pm
Aisehmen, aku baru guna plugin Defensio ni sebab Spam dah makin mengganas kat blog ni, nak harap Akismet pun takleh gak.
Tapi jangan risau, kalau masuk dalam spambox, nanti aku keluarkan balik..
Komen dari Bat · January 15, 2008 @ 11:18 pm
Owh, tiada rahsia antara kita kan? uhuhuhuhu…melentik!
Komen dari Bat · January 15, 2008 @ 11:20 pm
Sama-sama team SecretSaya. =)
Komen dari AllSunDay · January 16, 2008 @ 12:27 pm
We Share Because We Care.
itu jer aku nak cakap….hahaha
Komen dari liya_dis85 · January 17, 2008 @ 6:13 pm
hai, aku nk join blh x?
Komen dari WaWa · January 17, 2008 @ 9:30 pm
sharing is caring kan? haha.
Komen dari allsunday · January 18, 2008 @ 9:44 am
dah tentulah wawa…kalau tak share macam mana nak orang care…haha. tp kalau share pun bukan suma orang nak care…huhu..sodihnyer..
Komen dari NOR AL YANI · January 18, 2008 @ 11:04 am
HI! I’M NEW HERE…. MAY I JOIN US?
Komen dari NOR AL YANI · January 18, 2008 @ 11:05 am
IT OK… U CAN JOIN US!
Komen dari NOR AL YANI · January 18, 2008 @ 11:07 am
I’M BORED RIGHT NOW!!!!!!!! MY PHONE WAS BROKED AND MY MY WAS STUCK RIGHT NOW…. DO U WANNA BE A FRIEND WITH ME?
Komen dari NOR AL YANI · January 18, 2008 @ 11:09 am
HI BAT!
Komen dari NOR AL YANI · January 18, 2008 @ 11:09 am
PROSES????????? WHAT????
Komen dari NOR AL YANI · January 18, 2008 @ 11:12 am
NAK MESEJ MY LOVER PN XBLEY…. BOSAN ARRR… HELP ME.. I’M REALLY SAD..:(
Komen dari NOR AL YANI · January 18, 2008 @ 11:12 am
HAI liya_dis85
Komen dari NOR AL YANI · January 18, 2008 @ 11:15 am
a short word as u know da… buts it ok daa.. cute words
Komen dari vangardx · January 18, 2008 @ 2:54 pm
huhu, nor nmpaknya sedang mengaplikasi kan pakej secretsaya tanpa perlu mendaftar
Komen dari rightbrainer · January 18, 2008 @ 8:24 pm
jumpa ni kat secretsaya:
“Secret #100
aku suka korek hidung time traffic light merah……”
LOL. ha3
Komen dari zaki blogjer · January 20, 2008 @ 9:45 am
Idea nie mmg best, tak pernah lagi nmpk concept website mcm ni sblm ni, satahu sayala
Pastu, dia punya design mmg class, appeal utk international user, loading pun cepat.
Ni klu kena gaya dan promotion, ada potensi besar utk naik nih
Komen dari zyn · January 25, 2008 @ 9:22 pm
dulu memang ada gak jenguk postsecret.com.. sedih gak tgk luahan orang kat situ..tp nak kongsi rahsia tu, setakat ni disimpan saja dalam hati..huhuhhu!