Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / Seagate Keluarkan Harddisk 1.5TB

Seagate Keluarkan Harddisk 1.5TB

Seagate telah mengumumkan pada hari ini - 10/07/2008, bahawa mereka telah mengeluarkan 3 harddisk baru. Harddisk 1.5TB adalah yang pertama didunia dikeluarkan untuk pengguna desktop, manakala dua lagi ialah harddisk separuh terabyte iaitu 500GB dicipta untuk komputer riba.

Seagate mengumumkan juga nama yang diberikan ‘Barracuda 7200.11′ sekali gus menaikkan nama seagate sebagai pengeluar harddisk dengan ruang simpanan terbesar dunia pernah dikeluarkan. Antara saingan lain adalah Hitachi dan Samsung, masing-masing dengan 1TB.

Seagate Barracuda 7200.11 hanya menggunakan empat ’platter ‘ untuk ruang simpanan 1.5TB itu dan menggunakan teknologi Perpendicular Magnetic Recording, PMR untuk keupayaan membaca.

Untuk maklumat lanjut boleh berkunjung ke laman rasmi Seagate.



9 respon untuk entri “Seagate Keluarkan Harddisk 1.5TB”

  1. aman (#)

    aritu time nak beli hardisk, aku usha, dah ada 1terabyte kat mesia…


  2. alone (#)

    woo..

    semakin besar dan besar.. aku teruja kalau ada simpanan filem, drama dan anime yang banyak.. haha

    cuma bagi aku, apa yang aku risau ialah - kalau aku angkut CPU ke mana2, kalau terhentak skit, bila nak on balik - dah ‘disk error’. memang sedih.

    so, aku sedang mencari hard disk yang besar dan anti-hentakan, maksud aku xmudah effect kalau dibawa ke mana-mana. :wink:


  3. Bat (#)

    500 gig untuk laptop? Sangat besar…Tapi kalau saiz makin besar, adakah penggunaan elektrik pun akan tinggi(sebab kalau tinggi, mesti bateri laptop cepat habis)? Tapi dengan saiz yg besar, mesti lagi banyak benda boleh simpan.

    Tapi, 1.5 TB SANGAT BESAR, huhu..


  4. arynet (#)

    @ aman : dah lama rasanya.. ntah laa.. lama tak tgk kat Malaysia tu.. :D
    @ alone : tak kena cara dia kot.. patut jadi mcm tu.. hehe
    @ Bat : ntah la bat, ary tak pernah ada laptop sendiri.. maybe lepas ni..


  5. abdfatah belajar seo (#)

    nih berapa lama mau menunggu scanning kalo ada masalah tatkala nak buat scan? mesti lama kena nunggu sambil belajar seo, sambil scan hardisk. hehehehee..

    singgah sini daaaa….


  6. kita (#)

    ermmm semakin laju kapasiti storan tapi ramai pengguna yang menggunakannya purata 20Gb sahaja…..


  7. aman (#)

    update ler.. :D


  8. pengodam (#)

    Terimas beb ko dah updatekan untuk aku, aku hampir terlupa berkenaan alat penyampan data yang berkasiti super besar ini. hmmmm gak kool untuk simpanan tv series dan anime aku nanti.


  9. lut (#)

    huh..mmg besar betul kapasiti tu!! ada sapa2 yang membeli atau mengunaakan hard disk sebessar tu..??

    ———————————————————————————
    erm..aku rasa aku perasann kat kawasan lubok kmptr kat sini…
    (cairo,egypt) setakat ni yg aku dgr budak2 melayu beli harddsk 1gb=1.5pound=RM0.90. jadi minta la nak baper…tu yg aku dgr
    x gi survey lagi…entah betul ke x.

    kalau kat malaysia ada x org jual hardisk cam tu ke?…


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen