Sah! Google beli FeedBurner
Hari ini Google mengesahkan usaha mereka untuk menguasai internet dunia dengan membeli FeedBurner, sebuah syarikat yang menguruskan berjuta RSS Feed setiap hari. FeedBurner di’gunakan oleh kebanyakkan blogger profesional di’seluruh dunia & juga mempunyai rangkaian pengiklanan tersendiri yang di’panggil FeedBurner Ad Network (FAN).
FeedBurner di’mulakan dengan modal kapital $10 juta & kini ROI(Return In Investment) yang di’terima FeedBurner melebihi apa yang mereka laburkan pada 2003. Cuma empat tahun beroperasi, suatu perniagaan yang bijak & sangat berkesan apabila Google menawarkan $100 juta.
Di Malaysia, aku tidak lihat lagi trend yang menghampiri fenomena begini. Insya-Allah satu hari, industri blog di Malaysia akan semeriah di’sana.
Tahniah FeedBurner dari InfoMalaya.com
[via TechCrunch]
ikram_zidane (#)
May 24th, 2007
tak paham.. leh terang ?
mohdismail (#)
May 24th, 2007
di Malaysia, belum ada lagi trend pembelian company yang operasinya tertumpu pada internet.
Sebagai contoh, katakan InfoMalaya.com berminat untuk membeli forum WangCyber.com kerana melalui sana InfoMalaya.com dapat melebarkan pengaruh & menjana duit melalui pengiklanan berterusan.
-fuQaHa- (#)
May 24th, 2007
Seingat hamba mr. azraai suah wujudkan satu laman feed utk bloggers dari malaysia.
http://www.blogtitude.com/
semoga projek itu berkembang maju.
@azraai, awat takleh join? Still invitation only eh?
aman (#)
May 24th, 2007
Sebagai contoh, katakan InfoMalaya.com berminat untuk membeli forum WangCyber.com kerana melalui sana InfoMalaya.com dapat melebarkan pengaruh & menjana duit melalui pengiklanan berterusan.
Huhuhu…memang takde yang jual beli web, tapi aku pernah jumpe orang nak jual beli blogspot…
Sergey Brin (#)
May 24th, 2007
infomalaya ni berapa mau jual?
Bat (#)
May 24th, 2007
@sergey Brin? : sejak bila sergey brin leh cakap melayu? haha..jual infomalaya? macam ada orang yang nak beli ja blog ni..
ikram_zidane (#)
May 24th, 2007
lol.. memang la.. orang kat malaysia memang ngan IT ni memang payah.. nak bayar untuk logo design and web design pun taknak, lagi la nak beli benda2 yg bagi service mainly free…
lagipun, aku tak rasa ade website2 malaysia yg harganye mahal pun, kecuali ‘overrated’ ade la..