Arkib

rumpun.png

Pertama sekali, minta maaf sebab lambat kemaskini pasal Rumpun 2007. Aku sakit kepala malam tadi, haha..Tentang gambar, aku sedang mengumpul gambar-gambar untuk dimuatkan ke dalam laman web rasmi Rumpun. Setakat ni, gambar-gambar yang ada tak berapa banyak, mungkin esok kita akan lihat gambar-gambar yang lain dari Chot, Shutterspeaks, Iejal dan beberapa blogger lain. Kalau ada yang nak hantar gambar untuk dimuatkan ke dalam galeri, boleh emelkan kepada aku di info_malaya[at]yahoo.com .

Gambar di atas ialah senarai kehadiran dari buku nota aku, ada yang tulis 2 kali dan ada juga blogger yang mungkin tak sedar tentang kewujudan buku nota aku itu..Haha..Akhir kata, aku meminta maaf sekiranya para hadirin mengalami apa-apa masalah sepanjang majlis kita berlangsung. Dan terima kasih aku ucapkan kepada pihak Adverlets, Josh Lim kerana sudi menaja perjumpaan kita. Kita tunggu Rumpun 2008 selepas ini, InsyaAllah.

*Aku sangat-sangat gembira apabila dapat bertemu kalian di sana. Semuanya sangat peramah dan manis-manis. ^_^

Beberapa entri tentang Rumpun 2007 :

Nazz
NoorizamShah
Hafreze
IcedNyior
Momochi Zabuza aka nazri
Advertlets
MohdIsmail
Vangardx
Mirakimura

Kemaskini terbaru:
Chot dah masukkan gambar dalam album flickrnya. Sama-sama kita menghabiskan bandwidth Chot..Haha..Jangan marah Chot..

Lagi baru!
Iejal sudah buka fotopages! Selepas menyerang Chot, apa kata kita serang pula fotopages Iejal, haha..

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh Bat

Laman web penulis : http://mohdhuzairy.blogspot.com/

Bat atau nama sebenarnya, Mohd Huzairy ialah seorang guru pelatih sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur. Tiada apa-apa yang menarik mengenai beliau, kecuali beliau suka tidur secara berlebihan dan kadang-kadang tidak tidur terus semalaman. Beliau merupakan ketua editor di infomalaya dot com.

Sudah ada 64 respon untuk entri “Rumpun 2007 berjalan lancar!”

  1. Komen dari IcedNyior · August 26, 2007 @ 9:52 pm

    buruk plak tulisan i…haha…nice to meet u guys :D

  2. Komen dari Mohd Ismail · August 26, 2007 @ 9:52 pm

    dalam scan buku ko tu, aku orang terakhir tulis nama kan?

    ha ha ha ha

  3. Komen dari madnilk · August 26, 2007 @ 10:10 pm

    @icenyior: nak kata buruk2 tulisan bad nih kira sama jerk dgn aku hu3 tapi aku nyer jenis tulisa kecik…. nasib baik aku tak post tulisan tangan aku bat.. silap2 icenyior kutuk aku sekali muakakakakaka. aku ader nampak ko hari tu ice tapi jauh ler :) tak dapat nak tegur.. anyhow, nice to meet you also :)

    @bat: pasal gambar tuh sebab aku dah edit ler… sory mungkin lari kualiti so berlainan.. tapi masa kat sana aku tgk yang lelain semua otai2 tu aku diam jerk :( . pasal rumpun 2008 nanti jgn tak ajak aku yerk :(

  4. Komen dari Mohd Huzairy · August 26, 2007 @ 10:23 pm

    @IcedNyior: Hahaha..aku pun..Salam perkenalan..

    @madnilk: Haha..tu bukan tulisan aku la..Tulisan orang lain, err mana ada otai2, semuanya sama ja..Kita semua blogger kan? ^_^

    Tak berani nak jamin pasal Rumpun 2008, ‘mungkin’, mungkin ada..InsyaAllah.. ^_^

    Emelkan sahaja gambar tu..hehe

  5. Komen dari Mohd Huzairy · August 26, 2007 @ 10:25 pm

    @MohdIsmail: ya ya, kau orang terakhir..Aku umpama peminat yang meminta tandatangan dari seorang selebriti..Hahaha..

  6. Komen dari Noorizam Shah · August 26, 2007 @ 10:29 pm

    hohohoho.. selalu juga orang salah tulis nama saya… hehehe biasa tertinggal satu O hehehehe

    apa2 pun saya ada nampak satu nama “Amanz.net” mana satu orangnya???

    sori tak dapat tegur kalian, ambo kurang sehat… :D

  7. Komen dari catz · August 26, 2007 @ 11:07 pm

    erm,1st waktu ko datang aku dah tahu siapakah mamat memakai topi ini. Don’t worry aku dah decided nak tolong korang semua utk next Rumpun.Selagi ada di M’sia, ok jerk..buku tu aku ngan omar tolong kerjakan jadi “cantik” then tambah ngan tgn “halus” monster..hahaha…cun gile

  8. Komen dari Mohd Ismail · August 26, 2007 @ 11:56 pm

    Bat, Nora Elina tu ko mintak tulis nama je? Mintak autograf sekali… ha ha.. artis tu wei..

  9. Komen dari xeroxaven · August 27, 2007 @ 12:08 am

    syabas dan tahniah kepada semua yg menjayakan..

    :( sedey tak dpt hadir..

  10. Komen dari hafreze · August 27, 2007 @ 12:51 am

    tulisan aku plg last n plg buruk n sume pakai capital letter..hahaha..pnyer laa nk iklan nama besar-besaran..ekeke

  11. Komen dari tekong [ nazri//mysight ] · August 27, 2007 @ 1:02 am

    ape lagi next rumpun event.. majlis buka puasa.. hoho

  12. Komen dari nazz · August 27, 2007 @ 1:05 am

    bat..thanks di atas layanan ko..memang superb la..aper2 hal jgn lpe upload gambar…aku nak tgk..kekeke

  13. Komen dari azwanhadzree · August 27, 2007 @ 3:02 am

    ha..ha..ha.. patut lah aku tak perasan kau, kau guna gambo lain and guna nama penuh .. ha..ha.. anyway, Bat .. terima kasih. dan untuk Rumpun 2008, kita gebang awal2 bagi lagi meriah.

  14. Komen dari Qaiyum · August 27, 2007 @ 4:00 am

    Mael Orang Last. Aku Orang Second Last Tulis. Ingatkan Buku Kehadiran. Takdela Aku Nak Tulis Add Blog Aku. Tapi Tetibe Cam Nak Tulis.

    Apepun Thanks Bebanyak Bat Atas Peluh² Yang Dah Dicurahkan Untuk Rumpun Ni Untuk Cover Ke’curang’an Mael. Hehe.. Dengar Siap Bertikam Lidah Ngan Mamak. Ye Ke?

  15. Komen dari bob · August 27, 2007 @ 4:53 am

    meriah bangat. tulisannya seperti ingin menjadi doktor. muahahaha.. ko memang rawk!

  16. Komen dari Mohd Huzairy · August 27, 2007 @ 6:52 am

    @Noorizam Shah: Amanz.net dia balik awal skit..Ada hal katanya..Salam kenal ya Noorizam.. :)

    @Catz: Alamak, dasat gak kau kenal aku sekali pandang sahaja, hehe. Kau orang rupanya yang melarikan buku nota aku..Haha..Aku harap kau dan tag team kau tidak membaca rahsia2 kerajaan langit yang aku tulis di dalamnya..Hahaha..

    @Xero: Huhu..Nasib baik hang ada alasan tak jadi datang..

    @hafreze: Hahaha..Aku pun baru perasan..

    @tekong: Sampai hati kau tak promote PSP kat aku. Bukan hang taktau aku ni ada hati sama itu PSP..Haha..Berbuka puasa? *wink wink* hehe..

    @nazz: Sama2 nazz. Erk, aku harap orang lain tidak fikir perkara lain tentang ‘layanan’ yang aku berikan..Haha..Melawak ja..Gambar aku sedang cari, dalam proses.. ^_^

    @Azwan: Sampai hati kau melemparkan tuduhan kepada aku yang terpingan-pinga..Haha..Takda apa2lah Azwan, aku mengaku yg aku sedikit malas sekarang..huhuhu..Sama2, ya, kita gebang awai2 biaq ramai lagi yang tau!

    @Qai: Erk, itu bukan peluh, itu titisan2 air hujan yang bercucuran..Haha..Tak mengapa, semuanya sudah dirancangkan dari awal lagi, aku dan mael sebenarnya sudah buat backup plan. Kan Mael? Hehe..

    @Bob: Ya, Mael mungkin menjadi doktor. Siapa tahu..Hehe..

    *perhatian: sila emelkan gambar2 ke emel aku untuk dimuatkan ke dalam galeri Rumpun 2007.

  17. Komen dari Mohd Huzairy · August 27, 2007 @ 7:02 am

    @mael: Alamak. lupa..ruginya aku..huhuhu..aku cuma sempat bersembang sahaja dengannya..

  18. Komen dari novatech · August 27, 2007 @ 7:42 am

    woi..! ada awek cun ke pegi?
    alamak.. rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi rugi

  19. Komen dari shida · August 27, 2007 @ 9:50 am

    Tumpang lalu jap.. sy nak kidnap-ing gmbr yg terlibat. Kurang lebih mintak halal ye.. Mmg best dpt jumpa u all semua..! BRAVO!

  20. Komen dari chot · August 27, 2007 @ 10:09 am

    aku dah update dlm flickr aku di http://www.flickr.com/photos/pseudo_hatred/

  21. Komen dari Saharman · August 27, 2007 @ 10:19 am

    Sorry laaa…. aku tak tulis dalam buku tu …. aku , anak ( MHariz.com ) dan isteri hadir pada hari tuu….. terima kasih kepada semua ..

  22. Komen dari Robotys · August 27, 2007 @ 10:47 am

    Hahaha! berjaya sungguh buruk lukisanku bila di scan.. Mamat yg gatal tangan conteng gambar kartun diatas adalah aku..(sekarang baru aku kesalkan perbuatan itu)

    BTW, Rumpun07 pasti mengisi ruang otakku dalam section “Memori Indah” . sgt Best!

    Jumpa lagi tahun depan guys. Takpon minggu depan pon boleh, Tuh Catz nak tolong tuh.. ;)

  23. Komen dari iejal · August 27, 2007 @ 10:48 am

    Salam bat… gambar2 semua dalam pemprosessan pengemailan… hehehe

    nnt tgk le, mana yg elok… pakai… mana idak… buat koleksi hang je lah… hehehe aku hantar guna domain sendspace key…

  24. Komen dari shai · August 27, 2007 @ 10:48 am

    nama saya tidak ada kerana saya datang paling lambat.hu3

  25. Komen dari Mohd Huzairy · August 27, 2007 @ 11:07 am

    @novatech: Hahaha..tulah kau, nanti kau kena datang..hehe

    @shida: sila2, kira halal..Heh..Terima kasih sebab datang.

    @chot: Terima kasih Chot! Aku tengah memuat turun semuanya..Kredit jangan risau, aku akan letak maklumat setiap camera man.

    @Saharman: takpa abang, bisa diatur..Hehe..Beruntung MHariz tu, kecik2 dia dah ada blog..^_^

    @Robotys: Hahaha..Kau rupanya yang jadi kartunis..Aku harap kau tidak mendedahkan apa2 maklumat dalam buku nota aku tuh..Haha..Erk, acara minggu pulak ek?huhu..

    Apa nama betul kau da?

    @iejal: Salam iejal, baik, aku tunggu. Terima kasih sebab datang dan mengambil gambar2 kami semua.. ^_^

    @shai: Tak apa, aku tau kau yang mana satu, yang duduk sebelah Sodep tu..hehe

  26. Komen dari shutterspeaks · August 27, 2007 @ 11:14 am

    akhirnya dapat jugak aku jumpa org kuat infomalaya, sampoi sekali. dan dia seorang yg slim ekekeke. setelah membaca komen pak cik baru tahu nih ko :-p kenapakah ko tidak menggunakan nama bat? aku ada dgr komen ko, “sampai bila² lah orang panggil aku bat infomalaya”, oklah tu, branding bai..

    oh kalau mael orang terakhir, aku lagi istimewa :-p xde pun dlm buku tuh ;;)

  27. Pingback dari Ro.botys.com » Blog Archive » Rumpun07 dan buah Tangan yg Terlewat · August 27, 2007 @ 11:21 am

    [...] nih.. lambat sampai sbb bas rosak.. hmm, sistem pengangkutan awam kita masih belum cukup mantap..) BatInfoMalaya (Org kedua saya tegur, Sgt mudah dikenali dengan truck-cap nya) Chot (Cameraman tak rasmi yg ceria [...]

  28. Komen dari Mohd Huzairy · August 27, 2007 @ 11:26 am

    @ShutterSpeaks: aku lepas kahwin baru la berisi..Hahaha..Polisi InfoMalaya sekarang kena guna nama penuh..Haha..Merapu la aku..

    Ya, hampir 90% orang mengenali aku dengan nama itu, jadi aku pun terima dengan seadanya..Heh ^_^

    Kau memang, malas tulis..Haha..Mana gambar shutterspeaks? Aku nak tengok nih..hehe

  29. Komen dari along a.k.a mentor_ulung · August 27, 2007 @ 12:22 pm

    salam to all ^_^

    mekasih daun keladi, ada mase jumpe lagi

    daun kelapa burung kedidi, len kali anjurlah lagi

    [kullu 'am, antum bikhoir; thanks for those moments ^_^ ]

  30. Komen dari syed · August 27, 2007 @ 12:54 pm

    Tahniah

  31. Komen dari Azhar Ahmad · August 27, 2007 @ 12:58 pm

    Hummm… nama saya ada. maksudnya tak MIA kan kan kan…

  32. Komen dari iejal · August 27, 2007 @ 1:06 pm

    ok bro… aku ada email. Tapi kalo lum dapat, ni url bagi file tuh..http://www.sendspace.com/file/842hj3

    boleh donlod trus dari situ

  33. Komen dari catz · August 27, 2007 @ 1:09 pm

    erm, aktiviti mingguan lebih kepada mereka yg ingin lari dr partner buat seketika dan berjingga bersama bachelor2 sahaja..hehehe..robotys aku nak cover ko pasal pic tu tp sendiri dah ngaku..muah..muah..

  34. Komen dari azraai · August 27, 2007 @ 1:31 pm

    haha. nama aku tak letak pun.

  35. Komen dari mixterr · August 27, 2007 @ 1:37 pm

    sama la kite azraai..kite xfamous ma..kkeeke

  36. Komen dari shai · August 27, 2007 @ 1:48 pm

    sama lah nama kita pun x de dlm list.xfamous juga. (dtg lepas habis kerja)
    nasib baik tahu mana satu diriku

  37. Komen dari Mohd Huzairy · August 27, 2007 @ 2:32 pm

    @along: hehe..siap berpantun..Terima kasih juga.

    @syed: Sama2..Nanti kalau ada lagi, datang la Syed.

    @azharahmad: Ya, kau memang datang, sekali pandang sahaja dah kenal itu
    ialah AzharAhmad, blogger yang berjaya menambat hati aku melalui penulisannya yang bagus!..Aku akan simpan buku nota aku tu baik2, sebab dalamnya ada tulisan orang-orang yang hebat.. ^_^ Janganlah bersedih ya Azhar.

    @iejal: Terima kasih Iejal, aku sedang muat turun, tapi internet slow tengahari nih..Takpa, aku akan cuba sampai boleh.

    @catz: Alamak, bunyinya macam menarik..Ahaha..Tapi aku sabtu ahad selalunya ada training..huhu..

    @azraai: Pirah hang, semua orang dah kenal hang tau..Hahaha

    @mixterr: Elelele, kalau kau tak famous, camna aku leh tahu blog mixterr.com? hehe

    @shai: Eh jangan camtu, aku kalau boleh nak kenal dengan semua. Tiada istilah famous atau tak famous.

    *Perhatian: Gambar di atas tidak membawa maksud apa-apa..Jangan bimbang sekiranya nama anda tiada, asalkan anda datang, itu dah cukup bagi kami. Helaian kertas itu cumalah kenangan aku bersama kalian semasa di sana. ^_^

  38. Komen dari Noorizam Shah · August 27, 2007 @ 3:41 pm

    hohohoho.. elina tu memang aku perasan dia nih artis kot.. macam familiar dalam kotak TV jer… tapi dimana yer?

  39. Komen dari iejal · August 27, 2007 @ 3:45 pm

    update!2x… aku baru buka fotopages…. huhuhu

    http://iejaljafa.fotopages.com/

  40. Komen dari Fahmishah · August 27, 2007 @ 4:11 pm

    wah..best nye…taun depan buat lagi! aku nak join

  41. Komen dari BAGAK · August 27, 2007 @ 7:22 pm

    Tahniah semua

  42. Komen dari hafreze · August 27, 2007 @ 10:09 pm

    utk next Gathering Rumpun..u all blh assign member2 yg duduk dkat ngan KL utk uruskan sume bende..aku mengoffer diri aku sebagai AJK Rumpun 2008!!..haha..

  43. Komen dari hafreze · August 27, 2007 @ 10:11 pm

    btw..aku buat pertandingan menang dapat domain name sendrik..worth rm30 tue..5 pemenang bakal dipilih..disponsor sepenuhnya oleh poket daku ini..meh2 join..komen jerk..tk susah..kite meriahkan lagi blogger melayu2 nie..

  44. Pingback dari Advertlets.com » Putting the ‘bling’ in ‘blogging’ » Article » Terima Kasih Kerana Menjayakan Rumpun 07! · August 27, 2007 @ 11:31 pm

    [...] Melayu Iced Nyior – Rumpun Gathering Farid Zenon – RUMPUN 07 Mixterr – Thanks To Rumpun ‘07 InfoMalaya – Rumpun 2007 berjalan lancar! Robotys – Rumpun 07 Quaiyum – Rumpun 07 Mirakimura – rumpun 2007 Omar Bahrin – Imbasan Rumpun [...]

  45. Komen dari abdfatah · August 28, 2007 @ 8:45 am

    wahahaaa… ini mesti dah femes habis nih citer pasal rumpun… mesti ranking dah naik mendadak agaknya… ish ish ish mana nama saya haaaa? tiada bernama nampaknya….

  46. Pingback dari rumpun 07, bloggers santai, advertlets, happymediapeople, pcmalaya · August 28, 2007 @ 9:26 am

    [...] Semuanya dok citer pasal rumpun yang popular tu… [...]

  47. Komen dari catz · August 28, 2007 @ 1:37 pm

    erm selagi aku ada kat KL, akupun offer diri utk jadi ad-hoc Rumpun 2008.

  48. Komen dari am · August 28, 2007 @ 4:57 pm

    woi bat… best2… mrase pasni kita buat rumpun 2 kali setahun…. atau ala2 sure heboh tiap2 negeri kita jalan nak… melancong sambil berkenalan… hehe..

  49. Komen dari anasxz · August 28, 2007 @ 6:37 pm

    ada catatan peserta?
    ok la tu.

  50. Pingback dari [one] blog, world, life. Live It! » Kita Serumpun · August 28, 2007 @ 7:09 pm

    [...] idaman satu Malaya .. ha..ha.. syok sendiri, lantaklah, blog ini aku yang punya kan? Bersama-sama Mohd Huzairy, AzharAhmad dan Faiziq. Gambar ini diambil dengan kebenaran daripada Chot. Untuk melihat [...]

  51. Komen dari azwanhadzree · August 28, 2007 @ 7:11 pm

    Bat, aku dah update
    gambar-gambar yang aku ambil, ada di
    http://azwanhadzree.com/2007/08/kita-serumpun/

  52. Komen dari edt83 · August 28, 2007 @ 8:20 pm

    aku tgh tulis…x sempat pon nk abes…da ade org amik buku tuh… tggl http://www.omarbahrin jek… meh aku samong tulis sini…

    http://www.omarbahrin.com

  53. Komen dari along · August 28, 2007 @ 9:41 pm

    jom, iftar Ramadhan sama2 ^_^ V

  54. Trackback dari MEGAT · August 29, 2007 @ 10:34 am

    RUMPUN 2007 GATH…

    Sudah berlalu… tapi walaupun aku tak dapat menghadirinya, aku terasa teramat rugi kerana ramai antara bloggers yang aku kenal melalui ‘online’ dapat hadir. Aku bukan boleh tengok bila ada majlis camni… mmg seronok la. Aku selalu…

  55. Pingback dari Ada Apa Dengan Rumpun - shutterspeaks.com · August 29, 2007 @ 6:29 pm

    [...] InfoMalaya – Rumpun 2007 Berjalan Lancar [...]

  56. Pingback dari BICARA ADAR » Blog Archive » Rumpun 2007, Mood Aku Down · August 30, 2007 @ 2:21 am

    [...] InfoMalaya – Rumpun 2007 Berjalan Lancar [...]

  57. Komen dari -fAiZiQ- · September 1, 2007 @ 1:12 am

    wahhh… alamat blog sy pun ade dlm buku tu,….
    hmm…. harap, rumpun tahun depan lebih baik dr tahun ni… insyaallah…

  58. Komen dari vangardx · September 5, 2007 @ 12:54 am

    salam bro bat, nanti ada masa delete je la link blog aku tu, dah tak wujud dah, dalam proses nak kembalikann kepada yg baru, jom tukar2 link

  59. Pingback dari Rumpun 2007 - Malay blogger gath part 1 at syamsulariff.com · September 10, 2007 @ 11:58 pm

    [...] InfoMalaya – Rumpun 2007 berjalan lancar! [...]

  60. Pingback dari Rumpun 2007 - Malay blogger gath part 3 at syamsulariff.com · September 11, 2007 @ 12:56 am

    [...] InfoMalaya – Rumpun 2007 berjalan lancar! [...]

  61. Trackback dari Keflex effects. · September 28, 2007 @ 8:50 am

    Why keflex smells like sulfur….

    Keflex znd urinary tract infections. Keflex….

  62. Trackback dari Phentermine phentermine. · January 3, 2008 @ 2:53 pm

    Phentermine blue….

    Phentermine 37 5mg. Phentermine. Buy phentermine online. Phentermine pharmacy….

  63. Trackback dari Order cheap tramadol. · January 10, 2008 @ 5:36 am

    Order cheap tramadol….

    Order cheap tramadol….

  64. Pingback dari Pengumuman untuk pengumpulan idea - Blogger’s meetup « InfoMalaya dot Com · March 10, 2009 @ 8:57 pm

    [...] sejahtera buat semua. Masih ingat lagi majlis RUMPUN 2007 yang lalu? Atas permintaan beberapa orang rakan, infomalaya, Aman, Junaidix dan Hafreze [...]

Sila tinggalkan komen anda di bawah

.

.


Pengumuman Terkini

Tema InfoMalaya dot com versi 10 tidak dapat digunakan lagi kerana terdapat banyak masalah teknikal. Hal ini sedang diuruskan oleh pihak kami, dan segala pemberitahuan akan diumumkan kelak. Sementara itu, sila semak halaman facebook kami untuk bersosial.


  • Log masuk


  • Pautan Komuniti (?)

    Lihat arkib pautan komuniti »