Rumpun 2007 - Sila ambil perhatian
Esok, hari yang dinanti-nantikan oleh semua blogger yang ingin bersua muka antara satu sama lain. Aku pun tak sabar sebenarnya untuk menunggu hari esok. Jadi, pesan aku kepada yang telah mendaftar, sila datang awal. Dan sekiranya mempunyai masalah seperti tidak tahu arah jalan dan sebagainya, boleh hubungi aku di talian 012-5360932. Aku akan menunggu di sana dengan penuh debaran dan sabar. Oh ya, kalau ada yang tidak pernah cam aku, sila kenalpasti lelaki yang berkulit hitam manis, memakai topi biru, dan tinggi dalam 174cm dan berjambang. Itu aku.
IcedNyior telah pun menulis tentang cara untuk ke tapak perjumpaan kita. Terima kasih aku ucapkan. Sila baca dan fahamkan untuk yang tidak pernah ke sana.
Naik Putra LRT sampai KLCC, pastu selepas keluar dari automatic gate (tempat cucuk card) belok kiri jalan melalui terowong tu, naik escalator atas lepas tu keluar naik tangga kiri. Jgn pegi straight menghala ke dlm KLCC dan kedai RotiBoy.
Bila dah kuar dari terowong tu, you akan nampak construction site kat sebelah kanan dan KLCC ada kat kanan tapi belakang skit. Kat seberang jalan (kat kiri) pula ada Lembaga Getah dan Avenue K (depan skit).
Jalan straight je lepas construction site tu you akan nampak bangunan yg ada kedai mamak, jalan straight gi. Pastu akan nampak pelita kat sebelah kanan.
Dan jangan lupa untuk membawa Jalur Gemilang. Itu penting untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan kita. ^_^ Sekian, Jumpa esok, InsyaAllah.
arynet (#)
August 25th, 2007
arrghh.. jeles2.. x bole nak pegi.. kirim salam suma noo..
Mohd Huzairy (#)
August 25th, 2007
@arynet: takpa, tunggu hang balik Malaysia dulu, InsyaAllah nanti ada lagi..
Aku risau nih..Hahaha
crynobone (#)
August 25th, 2007
Mana aku mahu cari Jalur Gemilang ni, huhuhu.
abdfatah (#)
August 25th, 2007
bendera tu bagi free laa masa tandatangan kedatangan nanti…. apa hadiah yang akan datap diperolehi kalo bertemu dengan Bat infomalaya atau tidak akan tertukar orangkah nanti kalo ada yang menyamar di perjalanan nanti… wuahahhaa…
hafreze (#)
August 25th, 2007
well, tak sangka dpt jmpe dpn mata..ehek3..cool gathering..just next time..kite kasik lagi happening lagi…btw..update psl rumpun dh ade!!
nazz (#)
August 26th, 2007
thanks bro gath tadik..mmg best..sory sbb kne blah awl tadik..
IcedNyior (#)
August 26th, 2007
best gath mlm tadi
seronok jumpa ramai blogger 
Mohd Huzairy (#)
August 26th, 2007
@crynobone: Haha..Tapi takda pun orang bawak Jalur Gemilang, aku pun cuma bawak sticker, untuk cukupkan syarat..
@abdfatah: hehe, tiada hadiah, yang ada cumalah senyuman manis dari aku..Hehe
@Hafreze: hehe, terima kasih atas entri..
@Nazz: Tak mengapa, aku pun balik awal jugak..hehe
@IcedNyior: Ya, sangat seronok.. ^_^