Review : Adobe Acrobat 9 Pro Extended beta

Alhamdulillah, baru-baru ni aku berpeluang untuk mencuba sendiri menggunakan perisian Adobe Acrobat 9 Pro Extended versi beta. Terima kasih kepada Anne, konsultan dari PPM Technolgy Communications di atas penyediaan CD installasi dan info berkaitan dengan produk ini.
Pengenalan.
Seperti yang kebanyakan kita sedia maklum, Adobe Acrobat selalu digunakan untuk menghasilkan fail yang berformat PDF, manakala Adobe Acrobat Reader pula digunakan untuk membaca fail PDF. Tapi untuk versi Pro, fungsinya agak mantap jika dibandingkan dengan versi percuma.
Installasi.

Screenshot antaramuka yang dipaparkan semasa CD dimasukkan ke dalam komputer

Proses installasi agak mudah. Tapi perlu diingat, sekiranya dalam komputer kita telah dipasang dengan perisian Adobe Acrobat, kita perlu terlebih dahulu membuangnya(uninstall). Aku tak dapat nak cuba perisian Adobe Presenter sebab aku tak guna Microsoft PowerPoint(Adobe Presenter ni perlu digunakan bersama-sama dengan PowerPoint). Boleh rujuk di blog Flavert untuk info berkenaan Adobe Presenter ni.
Penggunaan.
Terus terang aku cakap, aku tak pernah lagi buat sendiri fail PDF. Yang aku tau, cuma baca fail PDF guna Acrobat Reader dan Foxit Reader. Apa-apa pun, sila lihat beberapa screenshot yang sempat aku ambil.

Antaramuka Adobe Acrobat 9 Pro Extended.

Menu di dalam Adobe Acrobat 9 Pro Extended.

Kita juga boleh buat portfolio dalam bentuk PDF dalam Adobe Acrobat 9 Pro Extended.

Fungsi kolaborasi yang ada dalam perisian ini.

Jangan terkejut, kita juga boleh sumbatkan media seperti Flash, 3D dan video fail PDF menggunakan Adobe Acrobat 9 Pro Extended.

Kita juga boleh letakkan komen di dalam fail PDF untuk memudahkan proses semakan dan sebagainya.
Rumusan.
Aku sendiri masih belum habis explore perisian ni. Fungsi dia agak banyak dan memerlukan masa untuk diselami dan difahami. Mungkin perisian ni sesuai untuk individu/syarikat yang selalu membuat borang, dokumen proposal dan yang sewaktu dengannya. Sejujurnya, bagi aku yang lebih berminat ke arah pembangunan web ni, aku tak rasa yang perisian ni perlu untuk aku.
Maklumat tambahan.
Laman Adobe tentang perisian ini.
Kredit.
Terima kasih sekali lagi kepada Anne dari PPM Technology Communications. =)
megat (#)
June 17th, 2008
menarik. sudah compatible dgn lebih banyak aplikasi lain. tp untuk aku hanya menggunakan utk baca fail pdf je. koding dan desing x pakai pun :p
lankapo (#)
June 17th, 2008
mm sesuai utk kompeni yang nak hantar quoataion,brochure,invoice dan sebagainya
takder lah scan hantar kat kita, huduh plak tuh hehe
Bat (#)
June 19th, 2008
@megat: Samalah kita, cuma guna untuk membaca ja, hehe..
@lankapo: Aah, kompeni mesti mampu nak beli perisian ni.
avataranng (#)
June 19th, 2008
dah lame xsinggah sni..hehehe.makin mantap dengan info2 yang menarik
aman (#)
June 21st, 2008
huhu..hang dapat software tue percuma yerk..
erm..ada tak war demo fail pdf ngan video flash..teringin nak tgk.. huhu
Muat turun Adobe Reader 9 | Downloads | InfoMalaya dot Com (#)
July 2nd, 2008
[...] untuk versi 9 ini. Versi ini boleh didapati secara percuma, berbanding dengan versi berbayar(Adobe Acrobat 9 Pro Extended beta) yang telah direviu baru-baru [...]