Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / Redesign

Redesign

Salam merdeka ke-51 untuk seluruh rakyat Malaysia. =)

Di penghujung Ogos tahun ini, aku ada lihat banyak laman web/blog yang diberikan nafas baru dari segi rekabentuk dan fungsi. Ini di antaranya:

1) jQuery

Laman web ini tidak asing lagi pada para pembangun laman web yang menggunakan javascript. Rekabentuk yang menggunakan tema warna gelap, dan lebih web2.0(bak kata orang sekarang), dan didatangkan dengan logo yang baru.

2) HappyBlogDesign oleh Fath

Fath, dari PelangiPetang.com, mungkin tidak asing lagi dalam industri rekabentuk laman web di Malaysia sekarang. Projek beliau, HappyBlogDesign merupakan tempat pengumpulan tema-tema Wordpress yang cantik, bukan jenis yang biasa kita lihat. Rekabentuk yang sebelum ini juga cantik sebenarnya, tapi mungkin Fath ada sebabnya yang tersendiri untuk membuat rekaan semula.

3) Frozr oleh Aj.

Seorang lagi pereka laman web tempatan , Aj atau Ajmal Eylia memberikan sentuhan terbaru untuk blognya, malam tadi. Rekabentuk yang menawan, sedap dipandang dan katanya, rekabentuk ini ala-ala Tumblr. Beliau juga ada membuat tema percuma untuk Wordpress(Tapi halaman untuk tema nampaknya macam hilang, err..Mungkin terlupa..)

4) Dan, InfoMalaya.com sendiri =)

Sebenarnya, tema ni tak siap 100% lagi. Cuma, kalau ada apa-apa masalah ketika menggunakan blog ini, silalah maklumkan. Aku cuma masukkan apa yang aku rasa pembaca betul-betul perlukan, benda-benda yang aku rasa tak perlu tu, aku dah buangkan. Itu saja.

Sekian, terima kasih!

Sebelum terlupa, selamat menyambut bulan Ramadhan untuk mereka yang beragama Islam yang dijangka esok. =) Minta maaf kalau ada buat apa-apa salah.



9 respon untuk entri “Redesign”

  1. aman (#)

    huhu..4 jer ke bat?


  2. arejae (#)

    salam merdeka….dan selamat berpuasa. :)


  3. Fahmishah (#)

    smart bai!


  4. Bat (#)

    @Amanz: Rasanya ada lagi, tapi 3 tulah yang menarik perhatian aku. =)

    @arejae: Salam merdeka dan berpuasa jugak.. =)

    @Fahmishah: Yup, memang smart ketiga-tiga laman web tu(kecuali infomalaya).


  5. Fath (#)

    Salam Bat, thanks for the mention. Memang design HBD yang baru looks more funky and probably ‘childish’ compared to the previous one which was more ‘professional’ in look. No exact reason - just want some new and fresh look for it. :)

    Salam merdeka and thanks again.


  6. Bat (#)

    @Fath: Salam Fath, funky itu mungkin, tapi kalau ‘childish’, rasanya tak. =) Design yang lama dan yang baru dua-dua nampak elegan.

    Salam merdeka dan sama-sama. =)


  7. melayubuntu (#)

    whoaaa….rupe baru…
    lawa2..siap ada lesen skrg ek..haha


  8. Bat (#)

    @melayubuntu: Yup Zul, sumber terbuka =P hehe


  9. Aj (#)

    thanks bat.

    belum sempat untuk diupdate. baru habis test week.


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen