Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / Rakan Media Rasmi InfoMalaya.Com

Rakan Media Rasmi InfoMalaya.Com

Seperti yang dijanjikan, kali ni aku nak menulis tentang beberapa laman web yang berkolaborasi dengan blog InfoMalaya ni. Sekadar ingin membuat hebahan dan menyatakan rasa terima kasih kepada mereka. Jom kita tengok!

demoplanettv.png

Demoplanet.tv, milik sebuah syarikat produksi di Malaysia. Teringat aku ketika mula-mula dihubungi oleh Abang Wantranz, waktu tu macam tak percaya apabila dipelawa berkolaborasi dengan mereka, sebabnya InfoMalaya waktu tu baru diwujudkan dan sangat kecil kalau dibandingkan dengan blog-blog lain. Terima kasih sebab percaya dan memberikan peluang kepada blog ni.

Fakta: Tahu Kaber Hero Kaber Zero? Itu semua di’shooting’ oleh team Demoplanet. ^_^

sirehandcengkeh.png

Sireh dan Cengkeh, dibangunkan oleh saudara Syed Syahrul Zarizi. Konsep yang diketengahkan ialah Web Zine yang memuatkan temuramah dan penemuan inovatif dunia web. Sangat di’rekemen’kan untuk dilawat.

Fakta: Temuramah bersama Timothy Tiah ( Pengarah Eksekutif Nuffnang ) juga ada di sana!

gengturbo.png

Gengturbo.org — Sebuah forum komuniti hantu kereta. Diwujudkan pada tahun 2003, jadi hampir 4 tahun sudah online. Ada kereta? Gila kereta? Boleh la pergi sana untuk berforum ^_^.

DriveProject.Net — Medan ’showcase’ kereta masing-masing. Juga ada bahagian untuk jualan kereta dan peralatan. Sesiapa yang ada kereta yang lawa-lawa mungkin boleh tunjuk belang di sana, haha…

Kedua-duanya dibangunkan oleh saudara Mohd Fazlee dari Phixelcode Systems merangkap abang kandung aku. Tapi aku tiada apa-apa syer di sana ya.

Baiklah, itu sahaja untuk hari ini. Lepas ni, InsyaAllah page Jaringan akan dikemaskini. Dan tinggal 4 HARI saja lagi sebelum Rumpun 2007 berlangsung. Jangan lupa daftar. ^_^



7 respon untuk entri “Rakan Media Rasmi InfoMalaya.Com”

  1. Fahmishah (#)

    sireh dan cengkeh tu aku baru tahu..mmg best blog tu…kasi 4 star


  2. Mohd Huzairy (#)

    @fahmishah: Ya, aku pun selalu gak pergi, nak lagi best, langgan terus RSS feed dia.. ^_^


  3. chot (#)

    makin hebat ko bat…


  4. Mohd Huzairy (#)

    @Chot: Hang pun apa kurangnya…Hehe..Sampai sekarang aku tak dapat lagi master taktik HDR tuh..Susah betul..Siap hang Chot kat Rumpun nanti, haha..Aku akan korek sampai dapat..


  5. pali (#)

    pehhh…. design baru tak berapa uhmp! la.. design sebelum ni nampak lagi ok, nampak ‘kuat & padat’… :)


  6. Order lexapro online. (#)

    Order lexapro online….

    Order lexapro….


  7. Tramadol. (#)

    Tramadol for dogs….

    Comparative potencies of opioids tramadol. Tramadol shipped to florida. Buy tramadol. Tramadol for dogs side effects. Tramadol. Tramadol medication….


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen