Pintasan ke kandungan utama

Blog / Arkib / Program mini untuk backup fail anda

Program mini untuk backup fail anda


Baik, kali ni aku nak kongsi cara-cara untuk buat program mini, untuk memudahkan kerja untuk buat backup fail-fail yang diingini. Khas untuk pengguna Windows. Ditulis dengan batch programming(guna extension .bat untuk fail program). Sangat mudah, tak sampai 3 minit kalau nak siapkan.

Cara-caranya:
1) Buka notepad.exe.

2) Salin kod dibawah dan letakkan dalam notepad:
xcopy "C:\Documents and Settings\huzairy\Desktop" "F:\backup_desktop" /D /E /C /R /H /I /K /Y
exit

* Nota penting: Bahagian "C:\Documents and Settings\huzairy\Desktop" adalah direktori yang ingin di’backup’, manakala bahagian “F:\backup_desktop” pula destinasi direktori backup akan diletakkan. Sila ubahsuai mengikut kehendak anda.

*Contoh kod yang telah dimasukkan.

3) Simpan sebagai backup.bat. Semasa save, sila gunakan opsyen Save as type dan pilih All Files, dan bukannya Text Documents. Untuk memudahkan pencarian, simpan di Desktop.

4) Dah siap! Untuk guna, hanya klik pada program mini berkenaan, dan proses backup akan dijalankan(Satu tetingkap MS-DOS/Command Prompt akan muncul, tapi akan hilang secara automatik selepas proses backup selesai).

Selamat mencuba. =) Sebarang pertanyaan amat dialu-alukan.



8 respon untuk entri “Program mini untuk backup fail anda”

  1. adi (#)


  2. firdee (#)

    kalau kita nak backup semua file dlm drive c & d camne?…


  3. Bat (#)

    @adi: Wow, lagi advance..Hehe..Tenkiu sebab kongsi..

    @firdee: Kalau nak backup drives tu, agak memakan masa la..Tapi tetap boleh kalau nak cuba.

    xcopy “C:\” “F:\backup_desktop_C” /D /E /C /R /H /I /K /Y
    xcopy “D:\” “F:\backup_desktop_D” /D /E /C /R /H /I /K /Y
    exit

    *Nama direktori boleh tukar, takda hal..


  4. flisterz (#)

    wah.mudah. kena try ni. :D


  5. oran-g-utan (#)

    nak saya tanya la kan, back up file yg akan dihasilkn nih selalu nya ke-besar-saiz dia berapa eh ?


  6. Bat (#)

    @flisterz: Aha, silalah cuba.. =)

    @oran-g-utan: Saiz dia sama dengan saiz fail asal, sebab tiada sebarang compression yang dilakukan.

    Sebenarnya ada cara untuk compress, tapi kena guna bantuan compressor yang support command line untuk compress fail.


  7. arynet (#)

    kalo nak copy satu partion buat camni boleh juga kan? guna commant promt.

    contoh nak copy dari C: ke D: > xcopy32.exe c: d:/r/e/c/h

    betul ke ni tak ni.. x berapa ingat..


  8. aku xtau (#)

    bckp yg korang ajr ni same xfungsinye mcm backup gune norton ghost?


Panduan untuk memberi komen

  • Sekiranya ingin bertanya soalan, sila spesifikkan soalan anda.
  • Jangan terasa hati sekiranya komen anda tidak terjawab. Ada kalanya penulis entri ini terpaksa mengutamakan komitmen masing-masing.
  • Perdebatan secara sihat dialu-alukan. Tapi sila gunakan bahasa yang sopan dan sedap dibaca.
  • Komen yang berbentuk spam akan dipadam serta merta tanpa notis 24 jam(hehe).
  • Dan, terima kasih kerana sudi memberikan komen. ^_^

Tinggalkan komen